Pemimpin AMANAH gesa tukar ketua pembangkang, aura Anwar hilang

August 22, 2021 · Politik

Datuk Seri Anwar Ibrahim mula dijadikan liabiliti dan semakin hilang kepercayaan di kalangan anggota parti komponen Pakatan Harapan (PH) apabila ada pemimpin gabungan itu yang mula menggesa beliau digantikan.

Gesaan terbaharu datang daripada pemimpin AMANAH yang melihat kepercayaan terhadap Anwar berkurangan susulan hanya memperoleh 92 sokongan dalam usaha meletakkan dirinya sebagai calon Perdana Menteri (PM) ke-9.

Agenda Daily baru-baru ini melaporkan rakyat ditipu hidup-hidup dengan diberikan harapan kononnya blok pembangkang mempunyai majoriti. Dalang sebenarnya adalah Anwar dan ia terbukti apabila sehingga kini tiada angka sahih yang didakwa dimilikinya boleh menjadikannya sebagai PM yang baharu.

Impian untuk Anwar menjadi PM ke-9 sudah terkubur dengan pelantikan Ahli Parlimen Bera, Datuk Seri Ismail Sabri Yaakob, susulan peletakan jawatan Tan Sri Muhyiddin Yassin pada 16 Ogos lalu.

Malah, jika Muhyiddin melepaskan jawatan PM kerana hilang majoriti, adakah Anwar juga akan meletak jawatan sebagai ketua pembangkang?

Hari ini, Ketua AMANAH Bukit Bintang, Ahmad Asri Talib menggesa PH menggantikan Anwar sebagai ketua pembangkang di Dewan Rakyat selain melantik pengerusi baharu gabungan itu susulan kegagalan memperoleh sokongan bagi melayakkan dirinya menjadi PM.

“Calon PH, Datuk Seri Anwar Ibrahim hanya mampu mengumpul 92 SD berbanding 114 diperoleh Datuk Seri Ismail Sabri Yaakob.

“Oleh itu, AMANAH Bukit Bintang mendesak supaya AMANAH dan parti pembangkang lain mengambil ketetapan mewujudkan semula PH Plus, melantik pengerusi PH Plus yang baharu, seterusnya menukar dan mencalonkan ketua pembangkang baharu bagi menggantikan ketua sedia ada,” katanya dalam kenyataan, hari ini.

Memetik laporan BHOnline beliau berkata calon ketua pembangkang di Dewan Rakyat mestilah pemimpin yang dipercayai penuh oleh semua parti pembangkang dalam PH dan sekutunya.

“Dasar ‘grand coalition’ oleh AMANAH perlu direalisasikan dan jangan dibunuh kerana tekanan mana-mana pihak. Menukar ketua pembangkang adalah jalan terbaik bagi mengembalikan kepercayaan rakyat dan membina kembali kerajaan yang dihormati.

“Ramai calon boleh diketengahkan seperti Tun Dr Mahathir Mohamad, Datuk Seri Mohd Shafie Apdal atau mereka yang dipersetujui PH Plus,” katanya.

Ahmad Asri berkata, PH dibina atas dasar kesepakatan PKR, DAP dan AMANAH, manakala parti pembangkang lain adalah Parti Pejuang Tanah Air (Pejuang), Parti Warisan Sabah (Warisan), Pertubuhan Kinabalu Progresif Bersatu (UPKO), Ikatan Demokratik Malaysia (Muda) dan Bebas.

“Kemenangan PH semasa Pilihan Raya Umum ke-14 adalah kerana mempunyai seorang calon Perdana Menteri yang diyakini rakyat Malaysia ketika itu, iaitu Dr Mahathir.

“Beliau disokong oleh rakyat dan membawa satu kejayaan serta sejarah dengan menjatuhkan kerajaan UMNO, Barisan Nasional. Sokongan tidak berbelah-bahagi parti-parti dari Sabah dan Sarawak juga memberi dukungan penuh kepada calon PM ketika itu hinggalah terbinanya kerajaan PH,” katanya.

Berita berkaitan
Barang bernilai rendah diimport kena cukai jualan 10 peratus mulai 1 Jan 2024
December 16, 2023· Isu semasa
Johari Ghani dilantik Menteri Perladangan dan Komoditi
December 12, 2023· Isu semasa
Rombakan Kabinet: Jumlah Menteri bertambah jadi 31, ada wakil DAP di MOF
December 12, 2023· Politik
Spekulasi rombakan Kabinet Anwar esok?
December 11, 2023· Politik
Popular
Azmin dakwa rumah terbuka Aidilfitri Bersatu disekat kerajaan Selangor
April 18, 2024
Pemuda UMNO kekal pendirian, tak takut cabaran Dong Zong: Akmal
May 2, 2023
Akar umbi tolak Anwar, tapi Presiden mahu pula: Ismail Mohamed
April 25, 2021
MP UMNO Kalabakan bakal sertai GRS? Pemuda dakwa dipinggirkan
May 6, 2023
Lagi Politik terkini
Azmin dakwa rumah terbuka Aidilfitri Bersatu disekat kerajaan Selangor
April 18, 2024 · Politik
Terdapat ‘kesilapan fakta’ dalam afidavit Zahid, kata Tengku Zafrul
April 18, 2024 · Politik
Pengapungan harga petrol dijangka beri tekanan kepada rakyat, kata Bersatu
April 18, 2024 · Politik
Tengku Zafrul letak jawatan bendahari UMNO Selangor, tak sehaluan
April 1, 2024 · Politik
DAP Johor bidas tindakan Akmal, boleh jadi benih ekstremisme
April 1, 2024 · Politik
Video / Foto
[VIDEO] Mahathir dakwa SPRM ugut Mirzan untuk dakwa dirinya
January 22, 2024
[VIDEO] Siasat saya senang, yang susah siasat PM sebab ada kuasa, kata Mahathir
January 22, 2024

Agenda Daily

Berita tepat dan menyeluruh.

Umum

Tentang kami

Hubungi kami

Penafian

Sosial media

Facebook

Twitter

Youtube

Instagram

TikTok