Alasan UMNO tak boleh buat pemilihan sebab darurat, PKP

April 2, 2021 · Politik

UMNO memberi alasan darurat dan perintah kawalan pergerakan (PKP) sebagai sebab pemilihan parti itu tidak boleh diadakan dalam masa terdekat.

Memetik laporan Sinar Harian, Ahli Majlis Kerja Tertinggi UMNO, Datuk Seri Abdul Rahman Dahlan berkata, pemilihan itu bukan suatu proses yang mudah kerana ia perlu dibuat secara fizikal.

Katanya, pemilihan parti yang membabitkan perjumpaan seramai tiga juta ahli UMNO dari seluruh negara bukanlah proses yang mudah kerana sistem pengundian perlu dibuat secara fizikal.

Katanya, ia bagi mengelakkan timbul pertikaian terhadap keputusan pemilihan terbabit.

“Macam mana nak minta tiga juta ahli UMNO ini berkumpul. Ia tidak mudah. Kena buat serentak itu.

“Kita tidak ada sistem mengundi secara maya. Nanti keputusan akan dipertikai, kena bawa ke mahkamah dan pelbagai perkara boleh berlaku.

“Jadi kalau kita ada pemilihan, kita perlu adakan secara fizikal,” katanya.

Pada masa sama, Dahlan berkata, UMNO mempunyai ramai calon Perdana Menteri sama ada yang berada di luar atau dalam parti.

“Tapi soalnya sekarang kalau kita menamakan mereka apa keperluannya? Tidak ada keperluan untuk menamakannya sekarang kerana kita tidak tahu bila akan ada pilihan raya.

“Kalau Perdana Menteri, Tan Sri Muhyiddin Yassin kata pilihan raya esok, semalam kita umum calon Perdana Menteri kita,” katanya.

Berita berkaitan
Tengku Zafrul hanya hadir sekali ke mesyuarat UMNO Selangor, kata Megat
April 22, 2024· Politik
Kerajaan boleh dianggap derhaka jika ingkar adendum, kata Annuar Musa
April 22, 2024· Politik
UMNO kekal pendirian beri laluan kepada calon DAP, kata Mat Hasan
April 22, 2024· Politik
Tengku Zafrul mohon kebenaran betulkan fakta Zahid dalam kes pengampunan Najib
April 22, 2024· Politik
Popular
Azmin dakwa rumah terbuka Aidilfitri Bersatu disekat kerajaan Selangor
April 18, 2024
Kor Ming mahu UMNO bantu habis-habisan calon DAP di Kuala Kubu Bharu
April 22, 2024
Kerajaan boleh dianggap derhaka jika ingkar adendum, kata Annuar Musa
April 22, 2024
Tengku Zafrul letak jawatan bendahari UMNO Selangor, tak sehaluan
April 1, 2024
Lagi Politik terkini
Kor Ming mahu UMNO bantu habis-habisan calon DAP di Kuala Kubu Bharu
April 22, 2024 · Politik
Azmin dakwa rumah terbuka Aidilfitri Bersatu disekat kerajaan Selangor
April 18, 2024 · Politik
Terdapat ‘kesilapan fakta’ dalam afidavit Zahid, kata Tengku Zafrul
April 18, 2024 · Politik
Pengapungan harga petrol dijangka beri tekanan kepada rakyat, kata Bersatu
April 18, 2024 · Politik
Tengku Zafrul letak jawatan bendahari UMNO Selangor, tak sehaluan
April 1, 2024 · Politik
Video / Foto
[VIDEO] Mahathir dakwa SPRM ugut Mirzan untuk dakwa dirinya
January 22, 2024
[VIDEO] Siasat saya senang, yang susah siasat PM sebab ada kuasa, kata Mahathir
January 22, 2024

Agenda Daily

Berita tepat dan menyeluruh.

Umum

Tentang kami

Hubungi kami

Penafian

Sosial media

Facebook

Twitter

Youtube

Instagram

TikTok