Pemilihan UMNO: Khairy balas Tok Mat, “Lagi cepat lagi bagus”

April 4, 2021 · Politik

Bekas ketua pemuda UMNO, Khairy Jamaluddin Abu Bakar mengulangi gesaan agar pemilihan parti tersebut dipercepatkan dan tidak perlu menunggu sehingga akhir tahun ini.

Kenyataan Ahli Parlimen Rembau itu secara tidak langsung adalah respon balas terhadap Timbalan Presiden UMNO, Datuk Seri Mohamad Hasan yang mahu isu pemilihan parti tidak dibangkitkan dan boleh ditunda sehingga akhir tahun ini.

“Bagi saya lagi cepat lagi bagus,” kata Khairy dipetik dalam Utusan Malaysia.

Ini bukan kali pertama Khairy mengutarakan pandangan sedemikian, 30 Mac lalu beliau juga secara terbuka menggesa agar pemilihan parti tidak ditangguhkan selepas Pilihan Raya Umum ke-15 (PRU-15) jika mahu menyelesaikan kemelut dalaman yang dihadapi parti ketika ini.

Mohamad semalam berkata pemilihan UMNO dijangka diadakan hujung tahun ini, namun tarikh sebenar pemilihan bergantung kepada PRU-15.

Jelas Mohamad, UMNO mempunyai tempoh masa sehingga 18 bulan untuk menangguhkan pemilihan bermula dari tarikh Perhimpunan Agung UMNO yang diadakan pada 28 Mac lalu.

Pemilihan UMNO terpaksa ditangguhkan berikutan Perintah Kawalan Pergerakan (PKP) yang diumumkan kerajaan akibat pandemik Covid-19.

Mengikut perlembagaan UMNO, penangguhan bagi pemilihan parti dibenarkan dibuat dalam tempoh 18 bulan.

Berita berkaitan
Zahid sepatutnya berundur, jadi perosak kestabilan negara: Wan Saiful
6 jam lalu· Politik
Tarikh PRU-15, Utusan dedah tidak pernah ada perbincangan ‘Top 5’ UMNO
7 jam lalu· Politik
Pemilihan parti, akar umbi UMNO bimbang akan dikuasai pemimpin berjawatan
13 jam lalu· Politik
Zahid sahut cabaran Dr M, mahu dedah bukti video diugut bubar parti
13 jam lalu· Politik
Popular
Pemilihan parti, akar umbi UMNO bimbang akan dikuasai pemimpin berjawatan
July 4, 2022
Zahid sahut cabaran Dr M, mahu dedah bukti video diugut bubar parti
July 4, 2022
Tarikh PRU-15, Utusan dedah tidak pernah ada perbincangan ‘Top 5’ UMNO
July 4, 2022
Ambillah kuda tua UMNO, kata Nur Jazlan label menteri PAS cap ayam
July 4, 2022
Lagi Politik terkini
Selepas audit forensik undian Rafizi disahkan timbalan presiden PKR
2 jam lalu · Politik
Sultan Selangor nasihat pemimpin politik Melayu hentikan perbalahan
4 jam lalu · Politik
Ambillah kuda tua UMNO, kata Nur Jazlan label menteri PAS cap ayam
8 jam lalu · Politik
Parti akan bincang guna lambang PN, kata Tuan Ibrahim
July 3, 2022 · Politik
PBM bakal hantar permohonan sertai BN dalam masa terdekat: Zuraida
July 3, 2022 · Politik
Video / Foto
[VIDEO] Tak serius, kerajaan ambil lewa isu harga barang, kata pemimpin Amanah
July 1, 2022
[FOTO] Himpunan bantahan kenaikan harga
July 1, 2022

Agenda Daily

Berita tepat dan menyeluruh.

Umum

Tentang kami

Hubungi kami

Penafian

Sosial media

Facebook

Twitter

Youtube

Instagram

TikTok