Pemilihan UMNO: Dua muka baharu menang Naib Presiden, Khaled kekal jawatan

March 19, 2023 · Politik

Dua muka baharu, iaitu Pengerusi Perhubungan UMNO Pahang Datuk Seri Wan Rosdy Wan Ismail dan Pengerusi Badan Perhubungan UMNO Wilayah Persekutuan Datuk Seri Johari Abdul Ghani berjaya meraih tempat dalam barisan naib presiden pada Pemilihan UMNO kali ini.

Pemilihan bagi jawatan tertinggi UMNO sedang berlangsung dan keputusan rasmi masih belum diumumkan.

Menurut keputusan tidak rasmi yang dikongsikan oleh Setiausaha Agung UMNO Datuk Seri Ahmad Maslan menerusi satu hantaran di laman twitternya, Pengerusi Perhubungan UMNO Johor Datuk Seri Mohamed Khaled Nordin turut berjaya mempertahankan jawatannya sebagai naib presiden, menurut laboran Bernama.

Selain itu, bagi jawatan Pengerusi Tetap UMNO, penyandang bagi jawatan itu Tan Sri Badruddin Amiruldin berjaya mengekalkan kedudukannya manakala Timbalan Pengerusi tetap adalah milik Datuk Seri Abdul Fattah Abdullah.

Bagi Ahli Majlis Kerja Tertinggi (MKT) UMNO pula antara nama yang diumum menang secara tidak rasmi ialah Datuk Seri Dr Shamsul Anuar Nasarah, Menteri Luar Datuk Seri Dr Zambry Abdul Kadir, Menteri Perdagangan Antarabangsa dan Industri Tengku Datuk Seri Zafrul Tengku Abdul Aziz, Timbalan Menteri Kewangan Datuk Seri Ahmad Maslan, Datuk Seri Bung Moktar Radin, Datuk Seri Abdul Azeez Abdul Rahim, Datuk Azian Osman, Datuk Seri Shahaniza Shamsuddin serta Datuk Dr Ir Shaik Hussein Mydin.

Nama-nama lain ialah, Datuk Mohd Razlan Muhammad Rafii, Datuk Seri Dr Md Alwi Che Ahmad, Datuk Seri Abdul Rahman Mohamad, Datuk Seri Mohd Sharkar Shamsudin, Datuk Zahida Zarik Khan, Datuk Dr Mohd Puad Zarkashi, Datuk Johan Abdul Aziz, Isham Jalil, Datuk Seri Dr Ahmad Said, Datuk Seri Jamil Khir Baharom, Datuk Seri Abdul Rahman Dahlan, Datuk Lokman Noor Adam, Datuk Abdul Razak Abdul Rahman, Datuk Suraya Yaacob, Datuk Seri Jalaluddin Alias.

Bagaimanapun, hantaran yang dikongsikan oleh Ahmad itu turut memaklumkan, bagi keputusan MKT UMNO perubahan di saat-saat akhir membabitkan senarai calon yang berjaya memenangi jawatan itu mungkin berlaku, disebabkan terdapat keputusan di beberapa bahagian lagi yang belum diterima, belum dimasukkan ke dalam sistem, atau belum dimuktamadkan.

Berita berkaitan
Shahidan cadang pasport Rosmah juga dipulangkan sama seperti Zahid
March 27, 2023· Politik
Isu cukai Yayasan AlBukhary, Guan Eng baharu nak saman Muhyiddin
March 27, 2023· Politik
Timbalan Menteri DAP gagal jawab soalan di Dewan Rakyat, elok letak jawatan
March 27, 2023· Isu semasa
Zahid dapat pasport semula secara kekal, tidak dibantah pendakwa
March 27, 2023· Politik
Popular
Takut jawab di Parlimen isu PMX ke Arab Saudi, buat kenyataan media
March 28, 2023
DAP tegur pemimpin MCA bertindak seperti sekutu Perikatan Nasional
March 28, 2023
Saya mahu saman Anwar kerana dia sekarang PM, kata Dr Mahathir
March 28, 2023
Dulu tuduh lawatan Muhyiddin gagal, kunjungan Anwar pula?
March 29, 2023
Lagi Politik terkini
Dulu tuduh lawatan Muhyiddin gagal, kunjungan Anwar pula?
22 minit lalu · Politik
DAP tegur pemimpin MCA bertindak seperti sekutu Perikatan Nasional
12 jam lalu · Politik
Takut jawab di Parlimen isu PMX ke Arab Saudi, buat kenyataan media
15 jam lalu · Politik
Kerajaan takut nak bincang lawatan PMX ke Arab Saudi, usul PN ditolak
19 jam lalu · Politik
Saya mahu saman Anwar kerana dia sekarang PM, kata Dr Mahathir
21 jam lalu · Politik
Video / Foto
[VIDEO] Menteri, timbalan menteri cuai, jangan salahkan pegawai gagal jawab isu RMT
18 minit lalu
[VIDEO] Wakil rakyat ada hak, tak salah jatuhkan kerajaan ‘cakap banyak’, kata Mahathir
1 jam lalu

Agenda Daily

Berita tepat dan menyeluruh.

Umum

Tentang kami

Hubungi kami

Penafian

Sosial media

Facebook

Twitter

Youtube

Instagram

TikTok