Pemilihan Timbalan Presiden PKR: Saifuddin ucap tahniah kepada Rafizi

May 29, 2022 · Politik

Calon Timbalan Presiden PKR, Datuk Seri Saifuddin Nasution Ismail mengucapkan tahniah kepada pencabarnya Rafizi Ramli yang juga bekas naib presiden parti, susulan keputusan tidak rasmi pemilihan kepemimpinan yang diumumkan hari ini.

Ucapan itu dibuatnya setelah Rafizi terus mendahului beliau dalam undian yang dijalankan di semua cabang di seluruh negara.

Berdasarkan undi yang dikira sehingga jam 8.30 malam ini, kecuali Sarawak, Rafizi kini memperoleh 67,895 undi.

“Jawatankuasa Pemilihan Parti telah paparkan keputusan pemilihan pada hari ini.

“Biarpun belum dikira keputusan rasmi, namun saya telah mengutus ucap tahniah kepada Rafizi Ramli, Nik Nazmi, Chang Li Kang dan lain-lain pemenang.

“Syabas juga diucapkan kepada semua yang terpilih Ketua Cabang, AMK dan Wanita dan Jawatankuasa,” katanya dalam kenyataan malam ini.

Saifuddin yang juga Setiausaha Agung PKR mengambil sikap mudah dan jelas serta menghormati keputusan yang dibuat anggota parti, khususnya dalam melaksanakan amalan demokrasi.

“Amalan demokrasi menentukan ada yang terpilih dan ada yang tidak. Jangan sesekali carikkan silaturrahmi. Sentiasa jaga perpaduan sesama anggota parti. Insya-Allah Keadilan akan terus kuat.

“Tugas saya masih tertumpu penganjuran Kongres Nasional pada Jun ini. Kongres masih perlu berlangsung dengan tertib dan mengikut peraturan sesuai Akta Pertubuhan 1966,” katanya.

Menurutnya kira-kira 3,000 perwakilan akan memilih 20 Ahli Majlis Pimpinan Pusat.

Katanya selesai sahaja proses pemilihan itu Presiden PKR Datuk Seri Anwar Ibrahim akan mempunyai satu barisan kepemimpinan yang baharu dan lengkap.

“Tugas saya bernoktah di situ. Tugas seterusnya .. kepimpinan baru mempersiap parti mendepani Pilihan Raya Umum Ke-15,” katanya.

Berita berkaitan
Bersatu tak bicang kedudukan Ismail Sabri sebagai PM, fokus isu rakyat
June 13, 2022· Politik
Saifuddin bidas Dr Mahathir sendiri yang tidak tunai janji
June 3, 2022· Politik
Dua artis tewas pemilihan cabang PKR, orang kanan Anwar tewas di Gombak
May 29, 2022· Politik
Teruskan pemilihan PKR, cadangan Rafizi ditolak calon yang bertanding
May 16, 2022· Politik
Popular
Ketua Penerangan UMNO tak tahu siapa Tajuddin jumpa di Putrajaya?
June 29, 2022
Zahid, cikgu dan Najib dicabar bersumpah pendedahan Tajuddin
June 29, 2022
Pendedahan Tajuddin, apa agaknya janji Anwar kepada anak murid?
June 28, 2022
Tajuddin sudah sahkan siapa punca MN jadi porak-peranda, kata PAS
June 28, 2022
Lagi Politik terkini
Zahid, cikgu dan Najib dicabar bersumpah pendedahan Tajuddin
4 jam lalu · Politik
Pemuda UMNO minta PM batalkan lantikan Tajuddin sebagai Duta
5 jam lalu · Politik
Mat Maslan yakin UMNO tidak berpecah selepas pendedahan Tajuddin
9 jam lalu · Politik
Kabinet tak pernah bincang PRU-15, fokus bantu rakyat: Menteri agama
10 jam lalu · Politik
Ketua Penerangan UMNO tak tahu siapa Tajuddin jumpa di Putrajaya?
12 jam lalu · Politik
Video / Foto
[VIDEO] Tajuddin sedia jadi calon Bebas atau Pas jika UMNO ‘main kasar’
June 27, 2022
[VIDEO] Zahid wajar fokus kes mahkamah, mudah-mudahan selamat, sindir Tajuddin
June 27, 2022

Agenda Daily

Berita tepat dan menyeluruh.

Umum

Tentang kami

Hubungi kami

Penafian

Sosial media

Facebook

Twitter

Youtube

Instagram

TikTok