Pemilihan PKR: Selepas laporan SPRM, seorang calon Ketua Cabang tampil buat penafian

May 19, 2022 · Politik

Seorang calon Ketua Cabang PKR di Perak tampil membuat penafian berhubung tuduhan termasuk terlibat dalam penyelewengan dana dan penyalahgunaan dadah.

Calon Ketua Cabang Tambun, Mustapa Mansor membuat penafian selepas seorang ahli wanita PKR membuat laporan rasmi kepada Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) baru-baru ini dengan mendakwa seorang calon yang sedang bertanding terlibat dalam salahguna dana sebuah Pertubuhan Bukan Kerajaan (NGO).

Selain itu, satu laporan polis juga sudah dibuat Mustapa berhubung tuduhan yang dilemparkan terhadapnya berhubung satu video yang tular di media sosial memaparkan beberapa tuduhan tersebut.

“Saya menafikan semua tuduhan yang dilemparkan itu malah saya sedia disiasat dan akan beri kerjasama sepenuhnya kepada pihak berkuasa. Serangan peribadi seperti ini ketika pemilihan tidak sepatutnya berlaku di dalam PKR.

“Calon-calon yang bertanding sepatutnya lebih matang dengan menampilkan idea-idea bernas untuk menyelesaikan permasalahan rakyat dan parti, bukan mencari keburukan lawan untuk menang,” katanya menurut laporan Sinar Harian.

Bagaimanapun, Mustapa yang juga Timbalan Pengerusi Otai Reformis berkata, segala tuduhan dan fitnah dilemparkan itu tidak langsung melunturkan semangat dalam pemilihan kali ini.

Pada 17 Mei lalu, seorang ahli PKR Tambun, Mahanim Abdul Hamid membuat laporan di di Pejabat SPRM Perak bagi mendesak kertas siasatan dibuka terhadap individu berkenaan.

Mahanim mendakwa individu itu secara terang menyalahgunakan dana NGO bagi kegunaan peribadi menjelang pemilihan parti berkenaan yang sedang berjalan ketika ini.

Katanya, kutipan dana NGO tersebut merupakan derma daripada orang awam bagi tujuan membantu madrasah, pelarian dan orang Islam yang memerlukan namun ia disalahgunakan.

“Saya difahamkan individu itu menggunakan dana tersebut untuk kepentingan diri sebagai calon Ketua Cabang Tambun menjelang pemilihan parti.

“Perkara ini dimaklumkan oleh individu itu sendiri kepada saya dalam pertemuan tiga minggu lalu yang mana beliau memberi wang untuk perbelanjaan pemilihan bagi tujuan memenangkan beliau sebagai Ketua Cabang Tambun,” katanya dipetik laporan.

Mahanim berkata, individu berkenaan bukan hanya menyeleweng dana sebuah NGO yang diuruskannya malah turut melakukan perkara sama kepada beberapa NGO lain yang dia turut terlibat.

Ditanya jumlah wang yang disalahgunakan individu berkenaan, Mahanim berkata, ia melibatkan jumlah yang besar sehingga mencecah ratusan ribu ringgit namun beliau mengakui tidak boleh memaklumkan jumlah yang tepat.

“Saya berharap SPRM menyiasat perkara ini kerana kita tidak mahu ada salah guna dana yang dikutip daripada orang awam untuk membantu orang awam tetapi digunakan atas kepentingan peribadi bertanding sebagai ketua cabang,” katanya lagi.

Berita berkaitan
Isteri Tun Daim cabar kesahihan pertuduhan SPRM di Mahkamah Tinggi
March 5, 2024· Isu semasa
Isu RM750 juta, PAS minta PMX beri penjelasan jangan melulu buat tuduhan
January 10, 2024· Politik
Jangan jadi ‘orang suruhan’ untuk kepentingan pihak tertentu, kata MB Kedah
January 8, 2024· Berita
Banjir: Kelantan dan Perak catat peningkatan mangsa dipindahkan
December 17, 2023· Isu semasa
Popular
DAP sahkan video tular lelaki kecam ‘parti serban’
August 11, 2023
Gesaan DAP supaya pilihan raya PBT diadakan di KL, pemimpin UMNO membisu
December 17, 2023
Nak bangun negara madani apa, lantik TPM ada kes mahkamah: Sanusi
January 24, 2023
Kit Siang bangkitkan isu PM bukan Melayu, tapi Puad pula bidas PN
December 17, 2023
Lagi Politik terkini
Rafizi balas kecaman Puad, ‘dia saja seorang bising’
March 27, 2024 · Politik
Selepas Zahid, Isa Samad juga dibebas daripada tuduhan rasuah RM3 juta
March 6, 2024 · Politik
Anwar patut jawab kejatuhan ringgit bukan orang lain, kata Ahli Parlimen
March 5, 2024 · Politik
Dewan Rakyat: Usul gantung Wan Saiful ditarik balik
March 5, 2024 · Politik
Sekarang rakyat cakap balik kepada Tambun, ‘Hang yang tak reti jaga negeri’
March 5, 2024 · Politik
Video / Foto
[VIDEO] Mahathir dakwa SPRM ugut Mirzan untuk dakwa dirinya
January 22, 2024
[VIDEO] Siasat saya senang, yang susah siasat PM sebab ada kuasa, kata Mahathir
January 22, 2024

Agenda Daily

Berita tepat dan menyeluruh.

Umum

Tentang kami

Hubungi kami

Penafian

Sosial media

Facebook

Twitter

Youtube

Instagram

TikTok