Pemilihan PKR: Rafizi hantar bantahan, dakwa sistem pengundian tak diuji

May 16, 2022 · Politik

Bantahan secara rasmi dihantar Rafizi Ramli berhubung masalah sistem pengundian melalui aplikasi undian fizikal, ADIL, yang digunakan semasa Pemilihan PKR 2022 yang sedang berlangsung.

Calon Timbalan Presiden PKR itu mendakwa langkah membuat bantahan kepada Jawatankuasa Pemilihan Parti (JPP) PKR memandangkan terdapat kelemahan dalam sistem tersebut dan bimbang terdapat pihak yang mengambil kesempatan.

“Mohon ambil maklum supaya tidak ada pihak yang akan mengambil kesempatan,” katanya dalam kenyataan di akaun Twitter.

Melalui surat bantahan yang dilampirkan, Rafizi menyatakan, beliau memahami kelemahan berkenaan berpunca daripada keputusan pimpinan parti yang berkeras untuk menjalankan pemilihan, sedangkan tempoh masa yang diberikan kepada JPP tidak mencukupi.

“Sebagai seorang usahawan ‘tech’ yang memperkenal beberapa produk dan aplikasi teknologi di Malaysia dan rantau Asia Tenggara, saya faham masa yang diberikan kepada JPP (sekitar dua hingga tiga bulan) tidak mencukupi untuk membangunkan dan menguji aplikasi pengundian ADIL dengan sepenuhnya.

“Aplikasi undian ADIL sewajarnya diuji dengan jumlah pengguna yang jauh lebih besar, berbanding keadaan sekarang, sistem yang dipakai tanpa diuji secara menyeluruh,” katanya lagi.

Menurut Rafizi lagi, data yang digunakan terdapat pertindihan serta tidak lengkap sehingga menimbulkan masalah semasa pengundian.

“Tambahan lagi, daftar keanggotaan yang bermasalah dan mempunyai banyak data yang bertindih atau tidak lengkap akan menyebabkan mana-mana sistem yang dibangunkan akan bermasalah kerana apabila satu nombor kad pengenalan dimasukkan, sistem tidak dapat memanggil data yang tepat kerana terkeliru dengan data yang bertindih/tidak lengkap,” katanya.

Rafizi turut meminta perkara itu dibawa kepada Presiden PKR, Datuk Seri Anwar Ibrahim supaya keputusan yang adil untuk semua anggota dapat diambil.

“Saya mengambil pendirian, sepanjang kempen pemilihan ini, adalah profesional untuk tidak mengambil bahagian dalam apa-apa keputusan parti yang boleh mempengaruhi kempen pemilihan kerana itu tidak adil kepada calon lain.

“Jalan yang adil dan profesional adalah membuat aduan rasmi kepada JPP untuk diputuskan, berikutan JPP diberikan mandat mengikut perlembagaan, menjadi badan bebas untuk mengendalikan pemilihan,” katanya.

Beliau turut meminta JPP mempertimbang untuk menangguhkan pengundian fizikal bagi negeri yang masih belum melaksanakan pengundian bagi pemilihan kali ini, bagi memastikan semua sistem hampir sempurna dan sudah diuji sepenuhnya bagi mengelakkan pembatalan, penangguhan dan kekecohan yang menyusahkan anggota biasa.

Berita berkaitan
Isu RM750 juta, PAS minta PMX beri penjelasan jangan melulu buat tuduhan
January 10, 2024· Politik
Barang bernilai rendah diimport kena cukai jualan 10 peratus mulai 1 Jan 2024
December 16, 2023· Isu semasa
Johari Ghani dilantik Menteri Perladangan dan Komoditi
December 12, 2023· Isu semasa
Rombakan Kabinet: Jumlah Menteri bertambah jadi 31, ada wakil DAP di MOF
December 12, 2023· Politik
Popular
Pegawai Kor Ming diletak calon DAP pada PRK Kuala Kubu Bharu
April 24, 2024
BN kalah PRU-15 sebab Zahid, kata Annuar Musa
November 21, 2022
Tiada laporan polis diterima berhubung rakaman tular perbualan lucah
November 17, 2023
Azmin dakwa rumah terbuka Aidilfitri Bersatu disekat kerajaan Selangor
April 18, 2024
Lagi Politik terkini
Pegawai Kor Ming diletak calon DAP pada PRK Kuala Kubu Bharu
13 jam lalu · Politik
Tengku Zafrul hanya hadir sekali ke mesyuarat UMNO Selangor, kata Megat
April 22, 2024 · Politik
Kerajaan boleh dianggap derhaka jika ingkar adendum, kata Annuar Musa
April 22, 2024 · Politik
UMNO kekal pendirian beri laluan kepada calon DAP, kata Mat Hasan
April 22, 2024 · Politik
Tengku Zafrul mohon kebenaran betulkan fakta Zahid dalam kes pengampunan Najib
April 22, 2024 · Politik
Video / Foto
[VIDEO] Mahathir dakwa SPRM ugut Mirzan untuk dakwa dirinya
January 22, 2024
[VIDEO] Siasat saya senang, yang susah siasat PM sebab ada kuasa, kata Mahathir
January 22, 2024

Agenda Daily

Berita tepat dan menyeluruh.

Umum

Tentang kami

Hubungi kami

Penafian

Sosial media

Facebook

Twitter

Youtube

Instagram

TikTok