Pemilihan PKR: Ketua Penerangan tak tolak kemungkinan sistem boleh digodam

May 16, 2022 · Politik

Selepas gesaan dibuat Rafizi Ramli supaya pemilihan PKR ditangguhkan, Ketua Penerangan PKR Datuk Seri Shamsul Iskandar Md Akin tampil mengakui tidak menolak kemungkinan sistem aplikasi ADIL boleh digodam.

Shamsul Iskandar yang juga calon Naib Presiden itu berkata terdapat kelemahan dalam penggunaan aplikasi ADIL dan menggesa agar masalah melibatkan sistem tersebut diselesaikan dengan kadar segera.

Beliau menjelaskan beberapa kelemahan yang dikenalpasti melibatkan sistem tersebut dan senario yang dihadapi sepanjang proses pengundian berjalan ketika ini.

“Tadi kita temui seorang pengundi lelaki umur 70-an yang mana dia sendiri menggunakan telefon bimbit lama dan tiada internet….namun apabila nak undi secara fizikal, dalam sistem (tertera namanya) adalah pendaftar dalam talian.

“Bila kita hubungi nombor dalam sistem pendaftaran itu, ia milik seorang anak muda yang tiada kaitan langsung dengan warga emas itu dan saya lihat ini antara kelemahan aplikasi yang perlu diberi perhatian walaupun ia mungkin kes terpencil,” katanya dipetik laporan BH.

Terdahulu, beliau hadir meninjau Pusat Pengundian Cabang Hang Tuah Jaya di Dataran Mat Riau, Bukit Baru.

Shamsul Iskandar yang juga calon Ketua Cabang Hang Tuah Jaya berkata, kelemahan lain aplikasi yang baru diperkenalkan 28 Februari lalu itu adalah kebarangkalian sistem itu boleh digodam.

“Ada kelemahan kemungkinan sistem itu boleh digodam yang dikhuatiri boleh mengganggu proses pengundian.

“Contohnya, jika seseorang pengundi itu mengundi saya, selepas menekan butang mengundi, tiba-tiba calon lain yang diundi dan ini boleh berlaku,” katanya.

Semalam, calon Timbalan Presiden PKR, Rafizi Ramli menghantar bantahan secara rasmi kepada Jawatankuasa Pemilihan Parti (JPP) parti itu berhubung masalah sistem pengundian melalui aplikasi undian fizikal, ADIL, yang digunakan pada Pemilihan PKR 2022 ketika ini.

Beliau yang juga calon Timbalan Presiden PKR dilapor meminta JPP segera menambah baik sistem itu, bagi menjaga integriti pemilihan parti.

Melalui surat bantahan dilampirkan, Rafizi menyatakan beliau mendakwa memahami kelemahan berkenaan berpunca daripada keputusan pimpinan parti yang berkeras untuk menjalankan pemilihan, sedangkan tempoh masa diberikan kepada JPP tidak mencukupi.

Berita berkaitan
Rafizi balas kecaman Puad, ‘dia saja seorang bising’
March 27, 2024· Politik
Isu RM750 juta, PAS minta PMX beri penjelasan jangan melulu buat tuduhan
January 10, 2024· Politik
Yasin bebas pertuduhan kes dadah, diarah ke Hospital Bahagia
November 29, 2023· Isu semasa
Wahab dalam kemurungan belum boleh keterangan, kata peguam
November 27, 2023· Politik
Popular
Azmin dakwa rumah terbuka Aidilfitri Bersatu disekat kerajaan Selangor
April 18, 2024
Selepas Muhyiddin gesa tangani isu inflasi dan nilai ringgit, baharu Anwar desak
September 28, 2022
Akar umbi tolak Anwar, tapi Presiden mahu pula: Ismail Mohamed
April 25, 2021
Pemuda UMNO kekal pendirian, tak takut cabaran Dong Zong: Akmal
May 2, 2023
Lagi Politik terkini
Azmin dakwa rumah terbuka Aidilfitri Bersatu disekat kerajaan Selangor
April 18, 2024 · Politik
Terdapat ‘kesilapan fakta’ dalam afidavit Zahid, kata Tengku Zafrul
April 18, 2024 · Politik
Pengapungan harga petrol dijangka beri tekanan kepada rakyat, kata Bersatu
April 18, 2024 · Politik
Tengku Zafrul letak jawatan bendahari UMNO Selangor, tak sehaluan
April 1, 2024 · Politik
DAP Johor bidas tindakan Akmal, boleh jadi benih ekstremisme
April 1, 2024 · Politik
Video / Foto
[VIDEO] Mahathir dakwa SPRM ugut Mirzan untuk dakwa dirinya
January 22, 2024
[VIDEO] Siasat saya senang, yang susah siasat PM sebab ada kuasa, kata Mahathir
January 22, 2024

Agenda Daily

Berita tepat dan menyeluruh.

Umum

Tentang kami

Hubungi kami

Penafian

Sosial media

Facebook

Twitter

Youtube

Instagram

TikTok