
Pelakon, penerbit dan pengarah Datuk Afdlin Shauki tewas dalam saingan merebut jawatan Ketua Cabang PKR Setiawangsa.
Selepas dua artis – Datuk Hans Isaac dan penyanyi Syed Ahmad Abdul Rahman Alhadad atau Altimet – gagal merebut jawatan ketua cabang pada pemilihan PKR 2022, kini giliran seorang lagi selebriti turut kecundang.
Pelakon, penerbit dan pengarah Datuk Afdlin Shauki tewas dalam saingan merebut jawatan Ketua Cabang PKR Setiawangsa.
Cabang itu dimenangi penyandang yang juga Ahli Parlimen Setiawangsa, Nik Nazmi Nik Ahmad selepas memperoleh 482 undi, sementara Afdlin sekadar berpuas hati dengan 372 undi.
Keputusan terbaru itu, menyaksikan saingan membabitkan personaliti dan artis dalam Pemilihan PKR 2022 kali ini gagal meraih kejayaan.
Terdahulu, Hans Isaac dan Altimet juga tewas dalam saingan merebut jawatan Ketua Cabang Ampang.
Hans atau nama sebenarnya Gerald Hans Isaac, 51, sekadar memproleh 609 undi sementara Altimet (589 undi).
Pemilihan bagi Ketua Cabang Ampang dimenangi Daing Muhammad Reduan Bachok, yang memperoleh 942 undi.