Pemilihan PKR: Ada kewajaran audit forensik dibuat, kata Pengerusi JPP

June 5, 2022 · Politik

Jawatankuasa Pemilihan Parti (JPP) PKR berpendapat ada kewajaran untuk melakukan audit forensik ke atas undian dalam talian bagi pemilihan parti itu tahun ini.

Pengerusi JPP Dr Zaliha Mustafa menegaskan bahawa daripada aduan diterima selepas pemilihan itu, ada kewajaran untuk audit forensik dijalankan.

Bagaimanapun, menurutnya JPP kini memfokus kepada siasatan awal berhubung undi ragu dan aduan dibangkitkan di cabang, serta melihat kepada kemenangan membabitkan majoriti tipis di cabang.

“Bagi memastikan perkara itu, maka kita menjalankan audit dalaman dulu supaya kita buat dengan teliti sebelum audit forensik dilakukan.

“Biar kita menyelesaikan dulu isu undi ragu dan permintaan cabang serta calon untuk kiraan semula, termasuk kes yang kalah dengan satu undi. Dalam sehari dua ini akan selesai,” katanya mengulas dakwaan calon jawatan Naib Presiden, Farhash Wafa Salvador Rizal Mubarak.

Farhash yang turut kalah kepada Menteri Besar Selangor Datuk Seri Amiruddin Shari bagi kerusi Ketua Cabang PKR Gombak, mendakwa bahawa lebih 25,000 undi hilang dalam Pemilihan PKR 2022, baru-baru ini.

Farhash mendakwa seramai 147,000 ahli PKR mengundi calon Timbalan Presiden, namun undi diperoleh Rafizi Ramli dan Datuk Seri Saifuddin Nasution Ismail hanya berjumlah 119,030.

Namun Ketua Biro Undang-undang, Angkatan Muda Keadilan (AMK) PKR, Chiew Choon Man, menafikan dakwaan itu serta memaklumkan bahawa ahli PKR tidak diwajibkan mengundi setiap jawatan dalam pemilihan itu.

Chiew memberi contoh dalam pemilihan di Cabang Penampang, di mana jumlah undi yang diberikan kepada semua calon timbalan presiden adalah sebanyak 274 undi, manakala jumlah jumlah undi yang diterima oleh semua calon Ketua Cabang adalah sebanyak 576 undi.

“Dalam kes ini, tidak timbul isu “hilang undi” sebanyak 302 undi kerana ahli di Cabang Penampang yang mengundi untuk Ketua Cabang mempunyai hak untuk tidak mengundi jawatan Timbalan Presiden,” kata Chiew.

Berita berkaitan: Tiada undi hilang, tuduhan Farhash tak tepat: Kata biro guaman AMK 

Sementara itu, mengulas lanjut berhubung Dr Zaliha berkata JPP akan menjalankan audit dalaman terlebih dahulu sebelum audit forensik dilakukan.

Buat masa ini, beliau berkata, JPP sedang memfokus kepada siasatan awal berhubung undi ragu dan aduan dibangkitkan di cabang, serta melihat kepada kemenangan membabitkan majoriti tipis di cabang.

“Biar kita menyelesaikan dulu isu undi ragu dan permintaan cabang serta calon untuk kiraan semula, termasuk kes yang kalah dengan satu undi. Dalam sehari dua ini akan selesai,” katanya.

Selain itu, beliau berkata, JPP kini memberi tumpuan kepada pencalonan bagi 20 jawatan Majlis Pimpinan Pusat (MPP), Majlis Pimpinan AMK Pusat dan Ahli Majlis Wanita Keadilan Pusat.

“Senarai penuh pencalonan itu akan siap pada 7 Jun ini,” katanya.

Berita berkaitan
Menjelang tamat MoU dengan Ismail Sabri, Anwar kata kerajaan ‘bangang’ pula
21 jam lalu· Politik
Tangguh pemilihan, UMNO kena tunggu keputusan RoS 16 Julai ini: Ismail Sabri
July 2, 2022· Politik
Fahmi bidas Asyraf tak sensitif kesusahan rakyat desak PRU awal
July 2, 2022· Politik
Jawab dahulu SD sokong Anwar, bukan sibuk desak bubar MPN
June 30, 2022· Politik
Popular
Sedarlah diri Anwar tiada sokongan majoriti nak jadi PM: Annuar
July 3, 2022
Selepas dibidas ‘bangang’, Noh bidas Anwar pula tak tahu cerita sebenar
July 3, 2022
PBM bakal hantar permohonan sertai BN dalam masa terdekat: Zuraida
July 3, 2022
Tajuddin sokong Ismail Sabri jadi PM, beri amaran jangan main-main
July 3, 2022
Lagi Politik terkini
Parti akan bincang guna lambang PN, kata Tuan Ibrahim
10 jam lalu · Politik
PBM bakal hantar permohonan sertai BN dalam masa terdekat: Zuraida
11 jam lalu · Politik
PH belum muktamadkan agihan kerusi pada PRU-15
12 jam lalu · Politik
Sedarlah diri Anwar tiada sokongan majoriti nak jadi PM: Annuar
12 jam lalu · Politik
Tajuddin sokong Ismail Sabri jadi PM, beri amaran jangan main-main
12 jam lalu · Politik
Video / Foto
[VIDEO] Tak serius, kerajaan ambil lewa isu harga barang, kata pemimpin Amanah
July 1, 2022
[FOTO] Himpunan bantahan kenaikan harga
July 1, 2022

Agenda Daily

Berita tepat dan menyeluruh.

Umum

Tentang kami

Hubungi kami

Penafian

Sosial media

Facebook

Twitter

Youtube

Instagram

TikTok