Pemilihan parti, akar umbi UMNO bimbang akan dikuasai pemimpin berjawatan

July 4, 2022 · Politik

Pemilihan parti UMNO jika diadakan sebelum pilihan raya umum ke-15 (PRU-15) diadakan dibimbangi akar umbi akan dikuasai pemimpin atasan yang berjawatan, sementara yang tidak berjawatan bakal berdepan halangan besar.

Selain bimbang UMNO akan berpecah, akar umbi parti tidak menolak terdapat pemimpin yang berjawatan khususnya menerusi lantikan Perdana Menteri (PM) Datuk Seri Ismail Sabri Yaakob dalam kerajaan akan mendominasi pemilihan parti.

Kebiasaannya, mereka yang diberikan jawatan dan kedudukan dalam syarikat berkaitan kerajaan (GLC) sama ada sebagai ahli lembaga pengarah atau pengerusi mempunyai kelebihan kerana akan dapat mempengaruhi pengundi semasa pemilihan nanti.

Untuk rekod, sejak Ismail Sabri yang juga Naib Presiden UMNO dilantik sebagai PM, banyak pemimpin UMNO yang dilantik untuk mengisi kekosongan jawatan dalam GLC dan agensi-agensi kerajaan.

Pemimpin yang berjawatan dan mempunyai kedudukan dikatakan mempunyai sumber dana yang mampu mempengaruhi akar umbi untuk menyokong mereka semasa pemilihan nanti, sementara yang tidak mempunyai sebarang kedudukan dalam kerajaan pasti akan tersisih.

Majoriti lantikan politik yang dibuat dalam kerajaan ketika ini banyak menyebelahi kem pro-Ismail Sabri, tidak banyak lantikan melibatkan kem yang menyokong Presiden UMNO, Datuk Seri Ahmad Zahid Hamidi.

Sebagai contoh, Ketua Pemuda UMNO Datuk Asyraf Wajdi Dusuki yang diketahui sering mempertahankan Zahid dan mengkritik kerajaan, sehingga hari ini masih tidak berjawatan dan tidak mendapat tempat dalam kerajaan ditadbir Ismail Sabri.

Isu lantikan politik dalam kerajaan bukan perkara baharu, ia boleh dikatakan batu loncatan kepada mana-mana individu dalam UMNO yang mahu bergerak lebih jauh dalam karier politik mereka.

Ketua UMNO Bahagian Wangsa Maju, Datuk Seri Dr Mohd Shafie Abdullah mengakui perpecahan dalaman akan berlaku sekiranya pemilihan parti diadakan sebelum PRU-15 kerana bakal berlaku perebutan kuasa sesama sendiri dan mereka yang berjawatan pasti mempunyai kelebihan untuk menang.

“Kita tak tahu sama ada Jabatan Pendaftaran Pertubuhan (ROS) lulus atau tidak pemilihan ke tahun depan iaitu enam bulan selepas PRU. Kalau ada pemilihan di peringkat bahagian-bahagian, cawangan-cawangan tahun ini takut berpecah perang di bahagian maka nanti ada pemancing-pemancing akan timbul.

“Pemancing-pemancing kali ini adalah dalam kalangan yang high class, ada jawatan, berduit maka nanti akan berkocak akar umbi.

“Bayangkan kalau berkocak kita tidak kira sapa menang kerana akhirnya Parti Pribumi Bersatu Malaysia (PPBM) jadi kuat, mereka ini sudah nak mati kenapa mesti bagi nyawa?” katanya dipetik UMNO Online semasa program Bengkel Pemantapan Jentera PRU-15 Parlimen Wangsa Maju yang diadakan di Sekin Fisherman Village Hotel Dan Resort semalam.

Pada Mei, UMNO telah menghantar surat kepada Jabatan Pendaftaran Pertubuhan (RoS) berkaitan pindaan Perlembagaan UMNO yang telah dibuat.

Pindaan tersebut diluluskan pada Perhimpunan Agung Khas UMNO supaya pemilihan parti diadakan dalam tempoh enam bulan selepas PRU.

Ia diluluskan selepas 2,586 perwakilan bersetuju untuk meluluskan usul yang dibentangkan oleh Naib Presiden UMNO, Datuk Seri Mohamed Khaled Nordin dan disokong oleh Ismail Sabri.

Berita berkaitan
Ismail Sabri balas Mat Maslan, buat unjuran tanpa fakta semasa PRU-15
6 minit lalu· Politik
Pemuda UMNO tak paksa DAP minta maaf, kerjasama dengan PH masih kukuh: Akmal
24 minit lalu· Politik
Bekas ahli tak mahu subahat dengan pemimpin menyamak dan sucikan DAP
37 minit lalu· Politik
Tak ada salah Pemuda UMNO gesa DAP minta maaf: Tok Mat
5 jam lalu· Politik
Popular
48 ahli UMNO masuk PAS, cawangan Taman Dato’ Hormat lumpuh
June 9, 2023
Tajuddih dedah kerajaan BN-PH dirancang sebelum PRU-15 lagi
June 9, 2023
Minggu depan saya jumpa Muhyiddin, kata KJ
June 10, 2023
PAU 202: Poster tuntut Najib dibebaskan tersebar
June 9, 2023
Lagi Politik terkini
Ahli UMNO berharap Najib dikeluarkan segera, kata Rosmah
5 jam lalu · Politik
Minggu depan saya jumpa Muhyiddin, kata KJ
19 jam lalu · Politik
48 ahli UMNO masuk PAS, cawangan Taman Dato’ Hormat lumpuh
23 jam lalu · Politik
Tajuddih dedah kerajaan BN-PH dirancang sebelum PRU-15 lagi
23 jam lalu · Politik
Tajuddin kata Ahmad punca pengaruh UMNO merosot
June 9, 2023 · Politik
Video / Foto
[VIDEO] Zahid sebak laungan bebas Bossku bergema depan Anwar
June 9, 2023
[VIDEO] Pemuda menangis teruk Najib dapat anugerah
June 8, 2023

Agenda Daily

Berita tepat dan menyeluruh.

Umum

Tentang kami

Hubungi kami

Penafian

Sosial media

Facebook

Twitter

Youtube

Instagram

TikTok