Pemilih di negeri tak bubar DUN masih perlu keluar undi Parlimen

October 16, 2022 · Politik

Pemilih masih tetap perlu keluar mengundi ahli Parlimen mereka pada Pilihan Raya Umum Ke-15 (PRU-15), walaupun negeri mereka tidak mengadakan pengundian serentak dengan Persekutuan, jelas badan pemantau pilihan raya Bersih 2.0.

Dengan potensi sekurang-kurangnya dua negeri yang membubarkan Dewan Undangan Negeri (DUN) untuk mengadakan PRU serentak dengan Parlimen, terdapat kekeliruan sama ada pengundi masih perlu membuang undi jika mereka berdaftar untuk mengundi di negeri yang tidak mengadakan Pilihan Raya Negeri (PRN).

Pengerusi Bersih 2.0 Thomas Fann menjelaskan bahawa PRU bermakna pengundian masih perlu tanpa mengira sama ada ia hanya untuk ahli Parlimen atau kedua-duanya – negeri dan persekutuan.

“Ini bermakna pengundi di negeri itu hanya akan mengundi ahli Parlimen mereka, bukan ahli DUN (ADUN). Mereka masih perlu keluar mengundi kerusi Parlimen kali ini dan mengundi lagi tahun depan untuk kerusi DUN,” jelasnya.

Beliau berkata perbezaan utama pada hari pengundian ialah pengundi di negeri tanpa PRN hanya akan mendapat satu kertas undi untuk memilih ahli Parlimen mereka; dengan pengundian serentak, mereka juga akan mendapat dua kertas undi untuk memilih ADUN mereka.

Beliau berkata sebelum PRU-14, hampir semua negeri kecuali Sarawak mengadakan PRN serentak dengan PRU.

“Tetapi sejak itu, beberapa negeri telah mengadakan pilihan raya negeri yang berasingan iaitu Sabah, Melaka, Johor dan Sarawak, manakala beberapa negeri yang bukan dikuasai Barisan Nasional (BN), mereka tidak akan membubarkan DUN dan akan melakukannya pada pertengahan 2023,” katanya.

Pada 10 Oktober lalu, Perdana Menteri sementara Datuk Seri Ismail Sabri Yaakob mengumumkan pembubaran Parlimen tetapi berkata Sabah, Sarawak, Melaka, dan Johor tidak perlu membubarkan DUN masing-masing, kerana sudah mengadakan PRN tidak lebih dua tahun lalu.

Susulan itu, Perikatan Nasional (PN) yang memerintah tiga negeri diketuai PAS – Kelantan, Terengganu dan Kedah – mengumumkan tidak akan membubarkan DUN masing-masing.

Semalam, Pakatan Harapan (PH) juga mengumumkan Selangor, Negeri Sembilan dan Pulau Pinang tidak membubarkan DUN masing-masing dan akan mengadakan PRN tahun depan.

Sehingga kini, dua negeri diterajui BN iaitu Perlis dan Pahang telah membubarkan DUN masing-masing, manakala Perak belum berbuat demikian.

Malaysia Memilih
Semak keputusan PRU15
Berita berkaitan
Dulu kritik PM jadi Menteri Kewangan, sekarang Rafizi kata boleh pula
6 jam lalu· Politik
Tarik sokongan dan desak PRU-15 masa banjir, siapa yang meroyan sebenarnya Zahid?
December 4, 2022· Politik
DAP telan setiap keputusan Anwar, malah sokong kleptokrat kembali
December 4, 2022· Politik
Selepas dilantik TPM, Zahid puji Anwar pula lantik diri sendiri jadi Menteri Kewangan
December 4, 2022· Politik
Popular
Shahidan cadang lagu ‘penyamun’ didendang PH kepada UMNO ditukar
December 5, 2022
Habuan calon MIC tarik diri: PH-UMNO mula nak salah guna kuasa
December 5, 2022
Angkat semula kleptokrat, MP PKR malu nak ungkap lagi kata keramat ‘reformasi’
December 5, 2022
Wayang politik: Pakatan PH-UMNO kerajaan atau pembangkang?
December 5, 2022
Lagi Politik terkini
Kabinet Anwar beri ‘kejutan biadab’ terhadap masyarakat sivil: SUARAM
8 minit lalu · Politik
Segerakan juga siasat pemimpin PH main isu sensitiviti umat Islam: Hadi
1 jam lalu · Politik
MP PKR malu, tertipu bila Anwar bersekongkol dengan kleptokrat
4 jam lalu · Politik
Kumpulan berfahaman kiri mudah pengaruhi kerajaan PH-UMNO
5 jam lalu · Politik
Wayang politik: Pakatan PH-UMNO kerajaan atau pembangkang?
5 jam lalu · Politik
Video / Foto
[VIDEO] Muhyiddin tak takut disiasat, dakwaan RM600 bilion berniat jahat
2 jam lalu
[VIDEO] Ucapan Ustaz Nassuruddin di ceramah PRK Padang Serai
7 jam lalu

Agenda Daily

Berita tepat dan menyeluruh.

Umum

Tentang kami

Hubungi kami

Penafian

Sosial media

Facebook

Twitter

Youtube

Instagram

TikTok