Pembersihan UMNO hampir sama dengan langkah PKR pada 2020 pecat pemimpin sendiri

January 29, 2023 · Politik

PKR juga pernah memecat pemimpin utama parti itu sendiri pada 2020 atas alasan kononnya mengkhianati parti tersebut dan menyaksikan kerajaan waktu itu juga lumpuh.

Nampaknya langkah PKR memecat pemimpin utama parti itu sendiri kini berlaku pula kepada UMNO yang dipimpin seorang anak murid Presiden parti itu baru-baru ini, ia menyaksikan beberapa individu utama dalam UMNO dipecat dan diambil tindakan digantung keahlian.

Presiden UMNO, Datuk Seri Ahmad Zahid Hamidi mengambil langkah dengan membuat pembersihan parti tetapi hanya memecat mereka yang bukan Ahli Parlimen iaitu Khairy Jamaluddin Abu Bakar dan Tan Sri Noh Omar.

Khairy dan Noh bukan Ahli Parlimen UMNO, malah tidak memegang jawatan dalam parti.

Sementara, Ahli Parlimen Sembrong yang juga bekas Naib Presiden UMNO, Datuk Seri Hishammuddin Hussein hanya digantung parti tetapi tidak pula dipecat.

Persoalan timbul, mengapa wujud dua layanan berbeza terhadap pemimpin UMNO yang dikenakan tindakan disiplin, sepatutnya dipecat juga Hishammuddin dan beberapa Ahli Parlimen lain.

Zahid tidak akan berani untuk memecat mereka dalam UMNO yang berstatus Ahli Parlimen kerana sebenarnya takut kehilangan jawatan Timbalan Perdana Menteri ia memandangkan jika dipecat pasti akan berkurangan lagi wakil rakyat Barisan Nasional (BN) dalam kerajaan campuran ketika ini.

Walaupun hanya memenangi sedikit kerusi pada Pilihan Raya Umum Ke-15 (PRU-15) lalu, UMNO diberikan jawatan yang banyak dalam kerajaan, malah Datuk Seri Anwar Ibrahim sanggup mengenepikan prinsipnya apabila melantik anak murid sendiri sebagai Timbalan Perdana Menteri walaupun terpalit dengan kes mahkamah.

Pengorbanan cikgu kepada anak murid pastinya tidak akan dilupakan, oleh sebab itu Zahid juga melakukan apa sahaja demi memastikan kerajaan campuran tersebut kekal mentadbir dengan apa cara sekalipun.

Pembersihan yang dilakukan Zahid sebenarnya masih tidak cukup berani kerana jika berani sudah pasti banyak lagi yang akan dipecat, ia termasuk Naib Presiden, Datuk Seri Ismail Sabri Yaakob dan Ahli Parlimen Simpang Renggam, Datuk Seri Hasni Mohamad.

Pemecatan dan tindakan penggantungan tersebut difahamkan dibuat kerana individu tersebut tidak berpuas hati dalam isu berhubung keputusan UMNO tidak mempertandingkan dua jawatan tertinggi parti tersebut.

Isu pertandingan jawatan Presiden dan Timbalan itu sangat signifikan dan penting kerana jika dibuka pertandingan, Zahid dan timbalannya, Datuk Seri Mohamad Hasan pasti akan dicabar pada pemilihan kali ini.

Namun, UMNO menyekat pertandingan bagi dua jawatan tersebut kerana bimbang Zahid dan Mohamad akan dicabar dan kalah pada pemilihan parti.

Pada mulanya, UMNO dilihat mampu melakukan perubahan untuk memulihkan parti dengan menjalankan pemilihan tetapi nampaknya mengambil jalan berliku hanya kerana mampu mempertahankan segelintir individu yang gila hendak berkuasa dan jawatan.

Insiden pecat dan gantung ini hampir sama berlaku dalam PKR pada 2020 lalu, apabila terdapat pemimpin utamanya yang kemaruk dan taksub mahu menjadi Perdana Menteri sehingga pemimpin lain dalam parti disingkirkan semata-mata mahu memuaskan nafsu individu tersebut.

Sekarang, UMNO menggunakan strategi sama yang digunapakai oleh PKR untuk memastikan pemimpinnya kekal di atas takhta kuasa.

Siapalah agaknya yang mengajar UMNO untuk memecat dan menggantung ahlinya sesuka hati ini?

Berita berkaitan
Kuat kecam Zahid, UMNO akhirnya pecat Isham Jalil: Laporan
5 minit lalu· Politik
Armada Bersatu gesa siasat video warga Malaysia dengan pembantu PM Israel
December 5, 2023· Isu semasa
Kalah PRK Kemaman, Isham kata cukup-cukuplah UMNO jadi penjilat DAP
December 5, 2023· Politik
Seperti Zahid, Anwar juga dalam penafian selepas kekalahan PRK Kemaman
December 5, 2023· Politik
Popular
Kalah PRK Kemaman, Isham kata cukup-cukuplah UMNO jadi penjilat DAP
December 5, 2023
Seperti Zahid, Anwar juga dalam penafian selepas kekalahan PRK Kemaman
December 5, 2023
Tiada laporan polis diterima berhubung rakaman tular perbualan lucah
November 17, 2023
Ribuan rakyat Kedah sambut Sanusi di lapangan terbang
July 18, 2023
Lagi Politik terkini
Lebih baik Kit Siang minta UMNO tukar Zahid, bidas Takiyuddin
December 5, 2023 · Politik
Zahid masih dalam penafian selepas UMNO kalah teruk di Kemaman
December 4, 2023 · Politik
Kekalahan UMNO di Kemaman kerana rakyat tolak kerjasama dengan DAP: Dr M
December 4, 2023 · Politik
Hanya pembedahan prostat, semua lelaki ada: Zahid
December 4, 2023 · Politik
UMNO kalah teruk hilang undi banyak, majoriti Dr Samsuri meningkat
December 2, 2023 · Politik
Video / Foto
[VIDEO] Kedah, Itali jalin kerjasama jayakan Kedah Aerotropolis
16 jam lalu
[VIDEO] Kit Siang patut nasihat UMNO tukar presiden, PAS elok dah
December 5, 2023

Agenda Daily

Berita tepat dan menyeluruh.

Umum

Tentang kami

Hubungi kami

Penafian

Sosial media

Facebook

Twitter

Youtube

Instagram

TikTok