Pemberian musim pilihan raya: Dulu dedak, sekarang halal?

August 3, 2023 · Politik

Kerajaan sekali lagi dikritik berkait isu pemberian ketika musim pilihan raya yang dilihat sudah berubah nada apabila berkuasa.

Ketua Penerangan Sayap Bersekutu Bersatu, Datuk R Sri Sanjeevan berkata ketika menjadi pembangkang, Perdana Menteri, Datuk Seri Anwar Ibrahim mengkritik setiap pemberian kerajaan terdahulu dan disifatkan sebagai ‘dedak’.

Hari ini, setelah bergelar kerajaan, mereka turut menabur dedak kepada rakyatketika  musim pilihan raya.

“Hari ini ia disebut pula sebagai pemberian dan inisiatif untuk rakyat, itu juga ketika pilihan raya negeri (PRN). Mana satu pendirian dan prinsip anda? Dulu semua tidak boleh dan tidak betul, hari ini semuanya halal?

“Bukankah itu dikatakan rasuah dan kerajaan hari ini sangat menentang budaya itu, hari-hari kritik pimpinan pembangkang dan sebagainya. Sepatutnya nada ini juga sama untuk pimpinan dalam kerajaan. Jangan cakap flip flop begini,” katanya, lapor MalaysiaGazette.

Kata Sanjeevan, rakyat lebih bijak dalam menilai dan akan mentafsirnya pada kertas undi, 12 Ogos ini.

“Kita tengok nanti bagaimana rakyat bertindak. Hari ini rakyat jauh lebih bijak dan sudah tahu hak serta kepentingan mereka, mereka tidak akan terima ahli politik cakap flip flop.

“Masa PRU-15 juga macam-macam tuduhan, dakwaan antara BN dan PH tapi bila sudah jadi kerajaan semuanya boleh sahaja,” katanya.

Sehari sebelum penamaan calon, Timbalan Perdana Menteri, Datuk Seri Ahmad Zahid mengumumkan geran tambahan berjumlah RM100,000 kepada Persatuan Belia Gabungan Lembaga Kemajuan Terengganu Tengah (Ketengah) selain peruntukan sebanyak RM250,000 untuk Majlis Belia Malaysia Terengganu.

Turut diumumkan peruntukan sebanyak RM200,000 bagi persatuan permotoran di negeri itu malah katanya jumlah itu mungkin bertambah bergantung kepada prestasi golongan itu dalam pilihan raya negeri (PRN) pada 12 Ogos ini.

Sementara Anwar mempertahankan pengumuman dibuat anak muridnya itu sambil menegaskan ia dibuat sebelum hari penamaan calon.

Berita berkaitan
Fadhli dipanggil beri keterangan berhubung himpunan anti-Zahid
5 jam lalu· Politik
Kumpulan peguam persoal PH dan PMX membisu hukuman penjara Wan Ji
5 jam lalu· Isu semasa
Peguam Bersatu dakwa PMX sasarkan MP Putrajaya secara sistematik selepas dikecam
September 25, 2023· Politik
Apa pendirian sebenar kerajaan berkaitan ideologi LGBT? soal PAS kepada Anwar
September 25, 2023· Politik
Popular
Kemenangan Ahli Parlimen Kemaman di batalkan mahkamah
September 26, 2023
Apa pendirian sebenar kerajaan berkaitan ideologi LGBT? soal PAS kepada Anwar
September 25, 2023
Peguam Bersatu dakwa PMX sasarkan MP Putrajaya secara sistematik selepas dikecam
September 25, 2023
SPRM sudah rekod kenyataan saya minggu lepas, Sanusi sahkan
September 25, 2023
Lagi Politik terkini
Kemenangan Ahli Parlimen Kemaman di batalkan mahkamah
2 jam lalu · Politik
SPRM sudah rekod kenyataan saya minggu lepas, Sanusi sahkan
September 25, 2023 · Politik
SPR tetapkan PRK DUN Jepak pada 4 November
September 25, 2023 · Politik
Polis ambil keterangan MP DAP tafsir al-Quran pada Selasa
September 25, 2023 · Politik
Seorang pemimpin Melayu DAP kata tak salah Howard Lee petik ayat al-Quran
September 25, 2023 · Politik
Video / Foto
[VIDEO] Saya bukan orang jahat, SPRM tanya empat soalan REE, kata Sanusi
23 jam lalu
[VIDEO] Untuk menang PRK Pelangai, jentera PN bersemangat bila pemimpin ada keyakinan
September 25, 2023

Agenda Daily

Berita tepat dan menyeluruh.

Umum

Tentang kami

Hubungi kami

Penafian

Sosial media

Facebook

Twitter

Youtube

Instagram

TikTok