Pembentangan Bajet 2023 mengikut jadual, tiada PRU-15 sebelum Oktober?

July 9, 2022 · Politik

Pembentangan Bajet 2023 berkemungkinan dibentang mengikut jadual pada Oktober ini, ia sekaligus memberi isyarat jelas tiada pilihan raya umum ke-15 (PRU-15) akan diadakan sehingga ia selesai dibentang Menteri Kewangan Tengku Datuk Seri Zafrul Tengku Abdul Aziz.

Walaupun pelbagai desakan dan tekanan diberikan oleh pemimpin kluster mahkamah khususnya yang berterusan mendesak PRU-15 disegerakan, namun persediaan pembentangan Bajet 2023 sudah berjalan dibawah Kementerian Kewangan.

Untuk rekod, Bajet 2022 dibentang pada bulan Oktober tahun lalu.

Jika Parlimen dibubar ia akan menjejaskan rancangan pemulihan ekonomi yang sedang direncana kerajaan, mengambil kira aspek tersebut tidak wajar sama sekali Perdana Menteri Ismail Sabri Yaakob menuruti telunjuk dan tekanan supaya PRU-15 disegerakan.

Selain itu, blok pembangkang, Pakatan Harapan (PH) juga sudah memberi komitmen dan memberi isyarat untuk menyokong kerajaan Ismail Sabri sehingga habis penggal, malah tidak menolak untuk menyambung memorandum persefahaman (MoU) 2.0 dengan Ismail Sabri.

Dalam pada itu, Tengku Zafrul berkata prestasi ekonomi negara dilihat beransur pulih dan mula mengembang berdasarkan pelbagai indikator termasuk data terkini bagi bulan Mei 2022.

“Susulan perkembangan Keluaran Dalam Negara Kasar (KDNK) Malaysia sebanyak 5.0 peratus pada suku pertama 2022, landasan pemulihan negara kekal kukuh dengan pelbagai indikator ekonomi terkini, terutamanya jumlah perdagangan borong dan runcit yang terus meningkat,” katanya dipetik laporan Bernama.

Justeru, tambah beliau ini mencerminkan perkembangan yang memberangsangkan serta menunjukkan bahawa pertumbuhan KDNK pada suku kedua tahun ini akan terus diperkukuhkan.

Dengan perkembangan terkini, negara bakal mencapai unjuran pertumbuhan 5.3 – 6.3 peratus bagi tahun 2022, selari dengan unjuran Tabung Kewangan Antarabangsa (IMF) dan Bank Dunia, iaitu masing-masing sebanyak 5.75 peratus dan 5.5 peratus, kata Menteri Kewangan dalam satu kenyataan di sini.

Bergerak ke hadapan, Tengku Zafrul berkata untuk memperkukuhkan lagi momentum pemulihan semasa dan bagi sepanjang tahun ini, kementerian sudah memulakan sesi libat urus dalam usaha menggubal langkah-langkah yang akan mengambil kira keperluan pelbagai pihak berkepentingan.

Katanya, Bajet 2023 akan memberi penekanan terhadap aspek pembaharuan struktur dan pengukuhan daya tahan ekonomi.

Bertemakan “Memperkukuh Pemulihan, Memudah Cara Pembaharuan Ke Arah Kemampanan Daya Tahan Ekonomi dan Kesejahteraan Keluarga Malaysia”, kerajaan akan terus memberi tumpuan kepada kesejahteraan rakyat, perniagaan serta ekonomi.

Dalam pada itu, indikator terkini data bagi bulan Mei 2022 menunjukkan jumlah penganggur terus mencatatkan penurunan kepada 637,700 orang, berbanding 649,300 orang pada bulan sebelumnya, dengan kadar pengangguran yang kekal di paras 3.9 peratus berbanding April 2022.

Pemulihan pasaran buruh pada Mei 2022 terus stabil seiring dengan peningkatan permintaan terhadap barang dan perkhidmatan.

“Ini juga telah memberi lebih banyak peluang kepada perniagaan bagi menjana semula pendapatan, seperti yang dicerminkan oleh jumlah perdagangan borong dan runcit baru-baru ini,” kata Tengku Zafrul.

Sementara itu, Indeks Pengeluaran Perindustrian (IPP) meningkat sebanyak 4.1 peratus tahun ke tahun, didorong oleh pengeluaran produk elektrik dan elektronik (E&E) yang mencatatkan pertumbuhan sebanyak 15.5 peratus.

“Ini adalah selari dengan jualan sektor pembuatan yang berjumlah RM142.0 bilion, meningkat 15.7 peratus tahun ke tahun,” katanya.

Dalam pada itu, prestasi dagangan negara kekal kukuh dan terus mengekalkan momentum pertumbuhan. Jumlah dagangan meningkat 33.6 peratus tahun ke tahun kepada RM228.4 bilion, pertumbuhan dua digit yang ke-16 berturut-turut sejak Februari 2021.

Selain itu data terkini bulan Mei 2022 juga menunjukkan catatan jualan tertinggi bagi perdagangan borong dan runcit sejak tahun 2013, dengan jumlah RM129.8 bilion dan kadar pertumbuhan sebanyak 19.9 peratus tahun ke tahun (April 2022: 15.2 peratus).

Antara yang menggambarkan pemulihan permintaan domestik yang terus mengukuh ialah perdagangan runcit meningkat sebanyak 29.9 peratus tahun ke tahun (April 2022: 20.9 peratus) kepada RM56.3 bilion (April 2022: RM53.6 bilion), manakala perdagangan borong meningkat sebanyak 11.7 peratus bagi tempoh yang sama (April 2022: 11.5 peratus kepada RM59.6 bilion (April 2022: RM59.0 bilion).

Penjualan kenderaan bermotor pula mencatatkan pertumbuhan sebanyak 20.1 peratus tahun ke tahun (April 2022: 11.3 peratus) kepada RM13.9 bilion (April 2022: RM15.4 bilion).

Secara keseluruhan, nilai perdagangan borong dan runcit yang telah dicapai semenjak Oktober 2021 (RM116.2 bilion) telah pun jauh melebihi nilai purata yang direkodkan semasa prapandemik (2018 – 2019) iaitu RM106.3 bilion, jelas beliau.

Berita berkaitan
Pegawai Kor Ming diletak calon DAP pada PRK Kuala Kubu Bharu
17 jam lalu· Politik
Tengku Zafrul hanya hadir sekali ke mesyuarat UMNO Selangor, kata Megat
April 22, 2024· Politik
Kerajaan boleh dianggap derhaka jika ingkar adendum, kata Annuar Musa
April 22, 2024· Politik
UMNO kekal pendirian beri laluan kepada calon DAP, kata Mat Hasan
April 22, 2024· Politik
Popular
Pegawai Kor Ming diletak calon DAP pada PRK Kuala Kubu Bharu
April 24, 2024
Kerajaan boleh dianggap derhaka jika ingkar adendum, kata Annuar Musa
April 22, 2024
Perikatan Nasional umum 23 muka baharu di Kelantan, Menteri Besar pertahan kerusi
July 28, 2023
Azmin dakwa rumah terbuka Aidilfitri Bersatu disekat kerajaan Selangor
April 18, 2024
Lagi Politik terkini
Tengku Zafrul mohon kebenaran betulkan fakta Zahid dalam kes pengampunan Najib
April 22, 2024 · Politik
Kor Ming mahu UMNO bantu habis-habisan calon DAP di Kuala Kubu Bharu
April 22, 2024 · Politik
Azmin dakwa rumah terbuka Aidilfitri Bersatu disekat kerajaan Selangor
April 18, 2024 · Politik
Terdapat ‘kesilapan fakta’ dalam afidavit Zahid, kata Tengku Zafrul
April 18, 2024 · Politik
Pengapungan harga petrol dijangka beri tekanan kepada rakyat, kata Bersatu
April 18, 2024 · Politik
Video / Foto
[VIDEO] Mahathir dakwa SPRM ugut Mirzan untuk dakwa dirinya
January 22, 2024
[VIDEO] Siasat saya senang, yang susah siasat PM sebab ada kuasa, kata Mahathir
January 22, 2024

Agenda Daily

Berita tepat dan menyeluruh.

Umum

Tentang kami

Hubungi kami

Penafian

Sosial media

Facebook

Twitter

Youtube

Instagram

TikTok