Pembangkang sedia kerjasama dengan UMNO selepas PRU: Khalid

April 10, 2021 · Politik

Sebarang bentuk kerjasama dengan mana-mana parti politik termasuk UMNO hanya akan diputuskan selepas Pilihan Raya Umum Ke-15, kata Pengarah Komunikasi Amanah, Khalid Abdul Samad.

Khalid berkata langkah tersebut akan diambilkira sekiranya blok pembangkang tidak memiliki jumlah yang cukup untuk membentuk kerajaan dan mereka tidak menolak kerjasama dengan parti luar lain.

“Sekarang ini, kita lawan.. PH teruskan perjuangannya yang telah disokong rakyat. Kita menang PRU-14 namun jatuh dikhianati, bukan kerana rakyat tolak kita. Maka kita jangan berbalah, tentukan pembangkang semua dapat bersatu.

“Kalau selepas PRU-15, akhirnya tidak dapat jumlah yang cukup untuk bentuk kerajaan, pada ketika itu barulah kita tengok kemungkinan-kemungkinan dengan pihak lain di luar pakatan,” kata beliau dipetik dalam Utusan Malaysia.

Berhubung pendirian blok pembangkang untuk bekerjasama dengan pemimpin UMNO yang dikaitkan dengan pertuduhan mahkamah, Khalid berkata ia bukan satu isu kerana seseorang itu boleh bertaubat dan kemudiaan boleh bekerjasama semula selagi ia tidak bercanggah dengan dasar perjuangan.

“Bagi Amanah, yang penting adalah prinsip-prinsip perjuangan. Tidak ada guna kita bersatu dan bekerjasama atas dasar-dasar yang bercanggah dengan prinsip perjuangan.

“Kita tidak boleh ambil sikap, orang Islam semua akhirnya boleh bertaubat, akhirnya masuk syurga, maka kita boleh bekerjasama dengan orang Islam walaupun dia penyamun dan perompak,” katanya.

Sebelum ini, pemimpin UMNO, Tan Sri Annuar Musa mengesyaki wujud rancangan oleh individu tertentu yang akan cuba membawa UMNO bergabung dengan Ketua Pembangkang, Datuk Seri Anwar Ibrahim dan DAP selepas berakhir pilihan raya umum (PRU) nanti.

Bekas setiausaha agung Barisan Nasional (BN) yang dipecat itu berkata pendirian UMNO untuk bertanding secara solo dan kemudiaan membentuk sebuah kerajaan adalah tidak masuk akal kerana hasil kajian yang dibuatnya mendapati ia sesuatu yang mustahil berlaku.

Kenyataan Khalid ini secara tidak langsung mengesahkan wujud rancangan seperti yang didakwa oleh Annuar.

Berita berkaitan
Pegawai Kor Ming diletak calon DAP pada PRK Kuala Kubu Bharu
23 jam lalu· Politik
Tengku Zafrul hanya hadir sekali ke mesyuarat UMNO Selangor, kata Megat
April 22, 2024· Politik
Kerajaan boleh dianggap derhaka jika ingkar adendum, kata Annuar Musa
April 22, 2024· Politik
UMNO kekal pendirian beri laluan kepada calon DAP, kata Mat Hasan
April 22, 2024· Politik
Popular
Pegawai Kor Ming diletak calon DAP pada PRK Kuala Kubu Bharu
April 24, 2024
Selepas Noh, Khairy juga dipecat dan Hishammuddin digantung keahlian
January 28, 2023
Tengku Zafrul letak jawatan bendahari UMNO Selangor, tak sehaluan
April 1, 2024
Pengapungan harga petrol dijangka beri tekanan kepada rakyat, kata Bersatu
April 18, 2024
Lagi Politik terkini
Tengku Zafrul mohon kebenaran betulkan fakta Zahid dalam kes pengampunan Najib
April 22, 2024 · Politik
Kor Ming mahu UMNO bantu habis-habisan calon DAP di Kuala Kubu Bharu
April 22, 2024 · Politik
Azmin dakwa rumah terbuka Aidilfitri Bersatu disekat kerajaan Selangor
April 18, 2024 · Politik
Terdapat ‘kesilapan fakta’ dalam afidavit Zahid, kata Tengku Zafrul
April 18, 2024 · Politik
Pengapungan harga petrol dijangka beri tekanan kepada rakyat, kata Bersatu
April 18, 2024 · Politik
Video / Foto
[VIDEO] Mahathir dakwa SPRM ugut Mirzan untuk dakwa dirinya
January 22, 2024
[VIDEO] Siasat saya senang, yang susah siasat PM sebab ada kuasa, kata Mahathir
January 22, 2024

Agenda Daily

Berita tepat dan menyeluruh.

Umum

Tentang kami

Hubungi kami

Penafian

Sosial media

Facebook

Twitter

Youtube

Instagram

TikTok