Pembangkang pun tak sokong RUU kerajaan, Mat Maslan desak batalkan MoU

July 21, 2022 · Politik

Kerajaan perlu membatalkan sahaja memorandum persefahaman (MoU) dengan blok pembangkang, Pakatan Harapan (PH) kerana menolak Rang Undang-Undang (RUU) dibawa kerajaan.

Setiausaha Agung UMNO, Datuk Seri Ahmad Maslan mempertikaikan kewajaran untuk terus meneruskan MoU dengan pembangkang apabila tidak memberi sokongan kepada usul dibawa kerajaan, ia susulan blok pembangkang sekali lagi menolak usul penguatkuasaan Subseksyen 4(5) Akta Kesalahan Keselamatan (Langkah-Langkah Khas) 2012 (Sosma) di Dewan Rakyat semalam.

“Petang tadi di #DewanRakyat sekali lagi pembangkang tidak sokong RUU yang dibawa Kerajaan. Kena belah bahagi & undi. Mujur kerajaan menang.

“Oleh itu batalkan sahaja MoU dengan mereka. Tiada faedah MoU itu sedangkan perbincangan mengenai SOSMA telah dibuat bersama semlm 19/7/22 di #Parlimen,” kata Ahmad menerusi ciapan di akaun Twitternya.

Semalam, usul kerajaan berjaya diluluskan untuk keputusan yang dibuat oleh Ahli Parlimen (MP) pada 23 Mac lalu yang menolak penguatkuasaan Subseksyen 4(5) Sosma, berhubung tempoh penahanan 28 hari.

Seramai 105 MP menyokong usul itu manakala 83 menolak, dengan 32 MP tidak hadir, kata Speaker Tan Sri Azhar Harun selepas undi belah bahagi semalam.

Keputusan itu membuka jalan kepada Menteri Dalam Negeri Datuk Seri Hamzah Zainudin untuk mengemukakan usul baharu bagi melanjutkan tempoh berkuat kuasa Subseksyen 4 (5) Sosma selama lima tahun lagi.

Tempoh berkuat kuasa akan berakhir pada 31 Julai dan mesti diperbaharui setiap lima tahun untuk menjadikannya sah dan terpakai.

Pada 23 Mac, usul kerajaan untuk meneruskan kuasa menahan suspek sehingga 28 hari tanpa bicara di bawah Sosma telah ditolak oleh MP pembangkang apabila pindaan itu diundi di Dewan Rakyat, dengan ramai MP kerajaan tidak hadir.

Itulah kali pertama rang undang-undang kerajaan ditolak di Dewan Rakyat.

Terdahulu, Ketua Pembangkang Datuk Seri Anwar Ibrahim berkata PH akan berunding dengan Perdana Menteri Datuk Seri Ismail Sabri Yaakob berhubung MoU Transformasi dan Kestabilan Politik.

Anwar berkata MoU dengan kerajaan tersebut tidak ada tarikh akhir seperti didakwa UMNO yang tidak mahu ia disambung selepas 31 Julai ini, malah Anwar memberi isyarat kemungkinan kerjasama antara PH dan kerajaan boleh disambung lagi.

“Dalam MoU itu, ia tidak menetapkan tarikh akhir. Sebaliknya, ia menetapkan tarikh pilihan raya. Jadi, kita masih berunding, ini bukan muktamad.

“Muktamadnya, kita bincang bersama dalam PH dan kita akan memastikan beberapa langkah lain yang menyentuh mengenai tata kelola pengurusan kerajaan, rasuah dan monopoli… Ini kita akan ketengahkan,” katanya.

Berita berkaitan
Ringgit ditutup paras RM4.79 berbanding dolar, hampir cecah rekod 1997
April 18, 2024· Isu semasa
Tengku Zafrul letak jawatan bendahari UMNO Selangor, tak sehaluan
April 1, 2024· Politik
DAP Johor bidas tindakan Akmal, boleh jadi benih ekstremisme
April 1, 2024· Politik
Saman fitnah: Rayuan Jamal ditolak, perlu bayar RM300 ribu kepada Kok
March 27, 2024· Isu semasa
Popular
Kenapa pula UMNO tak boleh bersama DAP, kata Zahid pertahan kerjasama
June 7, 2023
Pengampunan diraja: Bukan bermakna anda tidak bersalah : Anwar
June 16, 2023
Pemuda UMNO kekal pendirian, tak takut cabaran Dong Zong: Akmal
May 2, 2023
MP UMNO Kalabakan bakal sertai GRS? Pemuda dakwa dipinggirkan
May 6, 2023
Lagi Politik terkini
Azmin dakwa rumah terbuka Aidilfitri Bersatu disekat kerajaan Selangor
April 18, 2024 · Politik
Terdapat ‘kesilapan fakta’ dalam afidavit Zahid, kata Tengku Zafrul
April 18, 2024 · Politik
Pengapungan harga petrol dijangka beri tekanan kepada rakyat, kata Bersatu
April 18, 2024 · Politik
Anwar bantah permohonan ujian poligraf dibuat Yusoff Rawther: Laporan
March 30, 2024 · Politik
Rafizi balas kecaman Puad, ‘dia saja seorang bising’
March 27, 2024 · Politik
Video / Foto
[VIDEO] Mahathir dakwa SPRM ugut Mirzan untuk dakwa dirinya
January 22, 2024
[VIDEO] Siasat saya senang, yang susah siasat PM sebab ada kuasa, kata Mahathir
January 22, 2024

Agenda Daily

Berita tepat dan menyeluruh.

Umum

Tentang kami

Hubungi kami

Penafian

Sosial media

Facebook

Twitter

Youtube

Instagram

TikTok