Pembangkang perlu pilih, satu lawan satu atau BN kembali berkuasa: Radzi

August 29, 2022 · Politik

Rundingan bagi memastikan satu lawan satu berdepan UMNO dan Barisan Nasional (BN) pada pilihan raya umum ke-15 (PRU-15) adalah penting jika mahu memastikan Barisan Nasional (BN) tidak kembali memerintah.

Pintu rundingan sudah dibuka kepada pembangkang untuk duduk berbincang, kata Naib Presiden Bersatu, Datuk Dr Mohd Radzi Md Jidin yang menyifatkan ia adalah strategi penting bagi mengelakkan episod di Melaka dan Johor berulang.

“Mesej (Pengerusi Perikatan Nasional dan Presiden BERSATU) Tan Sri Muhyiddin Yassin semalam jelas, bahawa politik ini dinamik dan apa juga boleh berlaku dalam politik.

“Dalam konteks ini, apa yang penting ialah untuk kita lihat, BN tidak kembali memerintah selepas PRU-15,” katanya dipetik laporan portal Bersatu.

Untuk rekod, blok pembangkang paling terjejas teruk semasa Pilihan Raya Negeri (PRN) Melaka dan Johor apabila hilang kebanyakkan kerusi yang dimenangi mereka pada PRU-14 kepada BN, malah kajian juga menunjukkan sokongan kepada mereka paling banyak merosot jika dibandingkan dengan pencapaian PN.

Semalam, Muhyiddin pada sidang media selepas Konvensyen PN 2022, berkata semua pimpinan parti pembangkang perlu mempertimbang membuka semula pintu rundingan dengan PN, jika masing-masing sepakat bahawa BN adalah musuh utama pada PRU-15.

Beliau menyarankan langkah itu bagi mengelakkan BN kembali berkuasa dan mengulangi amalan salah guna kuasa serta rasuah dalam pentadbiran negara.

Muhyiddin berkata, rundingan berkenaan pernah dijalankan sebelum ini, khususnya selepas PRN Johor, namun tiada keputusan muktamad dibuat ketika itu.

Mengulas lanjut, Radzi menegaskan, jika semua parti gagal mencapai kata sepakat, PN bersedia untuk turun ke gelanggang PRU-15 dalam pertembungan tiga penjuru menentang BN dan Pakatan Harapan (PH).

“Jika tiga penjuru pun, kami di PN bersedia pada bila-bila masa. Tentunya yang kita nak lihat, pihak yang membentuk kerajaan selepas PRU-15 adalah PN,” katanya.

Ditanya sama ada potensi strategi satu lawan satu realistik untuk dilaksanakan, Radzi berpandangan senario politik di Malaysia ketika ini adalah dinamik.

“Dalam politik, ia dinamik tapi yang paling penting, kita yakin jika tiga penjuru sekali pun, kita lihat sokongan dan dokongan rakyat kepada PN.

“Kita yakin boleh usahakan yang terbaik dalam konteks itu dan kita sedia untuk berperang tiga penjuru,” katanya.

Berita berkaitan
Pakar tempatan juga ada keupayaan urus ekonomi negara, kata Menteri Ekonomi
52 minit lalu· Isu semasa
Nak hantar isteri atau anak pun boleh di Gombak, Azmin sedia berdepan
1 jam lalu· Politik
Kabinet minta PM tumpu kepada persiapan banjir, bukan PRU-15: Azmin
2 jam lalu· Politik
Perlu UMNO bekerjasama dengan parti lain nak menang PRU, kata Ku Li
September 30, 2022· Politik
Popular
MT UMNO setuju bekerjasama dengan PAS hadapi PRU-15
September 30, 2022
Tiga syarat kepada PAS jika mahu teruskan kerjasama, kata Zahid
October 2, 2022
UMNO pernah pecat Muhyiddin, takkan tak boleh pecat PM? soal Mukhriz
October 2, 2022
Senario dihadapi Ismail Sabri sama dengan Muhyiddin, bezanya cuma..
October 2, 2022
Lagi Politik terkini
PH pertimbang tolak Bajet 2023 jika tiada jaminan tahun depan: Anwar
October 2, 2022 · Politik
Tiga syarat kepada PAS jika mahu teruskan kerjasama, kata Zahid
4 jam lalu · Politik
MT UMNO diberitahu Kabinet sudah maklum PRU-15: Ahmad Maslan
5 jam lalu · Politik
Pemimpin UMNO tak percaya dakwaan Rafizi sokongan Melayu jatuh
5 jam lalu · Politik
Saya tandatangan watikah calon bukan Zuraida, kata Larry Sng
5 jam lalu · Politik
Video / Foto
[VIDEO] Mesyuarat MKT UMNO putus 9 ketetapan
October 1, 2022
[VIDEO] 4 wilayah Ukraine jadi milik Rusia
October 1, 2022

Agenda Daily

Berita tepat dan menyeluruh.

Umum

Tentang kami

Hubungi kami

Penafian

Sosial media

Facebook

Twitter

Youtube

Instagram

TikTok