Pembangkang masih tak puas hati Darurat dibatal walaupun mereka yang tuntut

July 27, 2021 · Politik

Walaupun blok pembangkang beria-ria menuntut supaya Proklamasi Darurat dibatalkan sebelum ini sehingga membawa isu tersebut ke mahkamah, namun ia tidak memuaskan hati mereka yang kini mendesak pula penjelasan diberikan semasa Sidang Khas Parlimen yang masuk hari kedua.

Blok pembangkang yang dikepalai ketuanya, Datuk Seri Anwar Ibrahim semasa sesi pagi hari ini meneruskan serangan mereka, sasaran utama adalah Yang Dipertua Dewan Rakyat Datuk Azhar Azizan Harun dan Menteri di Jabatan Perdana Menteri (Parlimen dan Undang-Undang) Datuk Seri Takiyuddin Hassan.

Bagaimanapun, Azhar masih tenang mengendalikan kedegilan Ahli Parlimen blok pembangkang dan tetap dengan keputusannya semalam sebarang persoalan dan penjelasan berhubung pembatalan Ordinan Darurat yang dibangkitkan akan dijawab pada Isnin depan.

“Saya sudah beritahu semalam, dan saya juga kemudian beritahu Menteri Undang-Undang yang beliau perlu menjawab semua soalan yang dibangkitkan Yang Berhormat semua mengenai apa yang dikatakan oleh beliau semalam.

“Beliau (Takiyuddin) perlu beri penerangan itu dan prosedur sama ada perkenan Agong atau belum, atau sebagainya… marilah kita tunggu Isnin,” katanya.

Isu berhubung pembatalan Ordinan Darurat kembali hangat dibangkitkan di Dewan Rakyat hari ini apabila Ahli Parlimen di blok pembangkang tidak henti-henti meminta Takiyuddin memberikan penjelasan segera tanpa menunggu Isnin memandangkan ia melibatkan kepentingan awam.

Azhar turut meminta kesemua Ahli Parlimen supaya mengikut Aturan Urusan Mesyuarat yang ditetapkan, merangkumi tempoh lima hari pada sesi penerangan menteri berkaitan sejak semalam.

“Marilah kita ikut Aturan Urusan Mesyuarat kerana ia akan dikeluarkan sebelumnya dan perkara mengenai darurat, Isnin ini… sebab itu saya nak lancarkan prosiding ini supaya kita cukup masa untuk bahaskan satu-satu perkara,” katanya.

Terdahulu beberapa Ahli Parlimen pembangkang bangkit meminta penjelasan termasuk Anwar yang juga Ahli Parlimen Port Dickson yang mempersoalkan sama ada pembatalan Ordinan Darurat telah dipersembahkan kepada Yang di-Pertuan Agong.

“Sekarang ni, bila menteri umumkan (mengenai pembatalan Ordinan Darurat), kita tanya sama ada telah dipersembahkan kepada Agong dan mendapat perkenan Baginda? Itu pun Speaker tak boleh setuju untuk dijawab…tak apalah, saya setuju dengan Speaker kita bincang Isnin.

“…tapi kita nak tahu secara substantif, ni tak boleh tangguh kerana ia melibatkan proses perbincangan lima hari ini salah kerana dia sudah batal 21 hari bulan,” katanya.

Untuk rekod, Anwar pada 25 Januari lalu memfailkan permohonan kebenaran untuk memulakan semakan kehakiman berhubung Proklamasi Darurat dengan menamakan Perdana Menteri Tan Sri Muhyiddin Yassin dan kerajaan masing-masing sebagai responden pertama dan kedua.

Semalam, Takiyuddin mengumumkan kerajaan bersetuju untuk tidak melanjutkan darurat kesihatan selepas perintah sedia ada tamat 1 Ogos ini.

Berita berkaitan
Ahli Parlimen blok kerajaan juga tak setuju cukai SST dinaikkan
March 5, 2024· Isu semasa
Anwar patut jawab kejatuhan ringgit bukan orang lain, kata Ahli Parlimen
March 5, 2024· Politik
Dewan Rakyat: Usul gantung Wan Saiful ditarik balik
March 5, 2024· Politik
Sekarang rakyat cakap balik kepada Tambun, ‘Hang yang tak reti jaga negeri’
March 5, 2024· Politik
Popular
Pegawai Kor Ming diletak calon DAP pada PRK Kuala Kubu Bharu
April 24, 2024
Kerajaan boleh dianggap derhaka jika ingkar adendum, kata Annuar Musa
April 22, 2024
Perikatan Nasional umum 23 muka baharu di Kelantan, Menteri Besar pertahan kerusi
July 28, 2023
Azmin dakwa rumah terbuka Aidilfitri Bersatu disekat kerajaan Selangor
April 18, 2024
Lagi Politik terkini
Pegawai Kor Ming diletak calon DAP pada PRK Kuala Kubu Bharu
16 jam lalu · Politik
Tengku Zafrul hanya hadir sekali ke mesyuarat UMNO Selangor, kata Megat
April 22, 2024 · Politik
Kerajaan boleh dianggap derhaka jika ingkar adendum, kata Annuar Musa
April 22, 2024 · Politik
UMNO kekal pendirian beri laluan kepada calon DAP, kata Mat Hasan
April 22, 2024 · Politik
Tengku Zafrul mohon kebenaran betulkan fakta Zahid dalam kes pengampunan Najib
April 22, 2024 · Politik
Video / Foto
[VIDEO] Mahathir dakwa SPRM ugut Mirzan untuk dakwa dirinya
January 22, 2024
[VIDEO] Siasat saya senang, yang susah siasat PM sebab ada kuasa, kata Mahathir
January 22, 2024

Agenda Daily

Berita tepat dan menyeluruh.

Umum

Tentang kami

Hubungi kami

Penafian

Sosial media

Facebook

Twitter

Youtube

Instagram

TikTok