Pembangkang kem Dr Mahathir dipinggir dalam MOU dengan kerajaan

September 13, 2021 · Politik

Blok parti pembangkang yang berada dalam kem Tun Dr Mahathir Mohamad dipinggirkan daripada perbincangan memorandum persefahaman (MoU), sebaliknya ia hanya melibatkan Pakatan Harapan (PH) yang diketuai Datuk Seri Anwar Ibrahim.

Bibit perpecahan kelihatan dalam blok pembangkang selepas parti dari kem Ahli Parlimen Langkawi itu hanya dijemput pada peringkat akhir, malah mereka tidak mengetahui kandungan perjanjian kerjasama yang dipersetujui antara PH dengan kerajaan Perdana Menteri (PM) Datuk Seri Ismail Sabri Yaakob.

“Dari awal sepatutnya blok pembangkang yang ada 105 kerusi parlimen dipanggil, kita perlu duduk berbincang sebelum jumpa Perdana Menteri lagi. Kena ada keikhlasan.

“Ini tidak, selepas beberapa kali bermesyuarat (dengan wakil kerajaan), baru kita dipanggil dan diberitahu nak buat MOU,” kata Ketua Wira Warisan, Datuk Mohd Azis Jamman dipetik laporan media.

Rasa tidak puas hati juga diluahkan Ketua Parti Pejuang Wilayah Persekutuan, Datuk Seri Khairuddin Abu Hassan yang mendakwa mereka diketepikan dalam rundingan kerjasama tersebut yang hanya melibatkan parti komponen PH sahaja.

“Ketika hendak menamakan calon Perdana Menteri kepada Yang di-Pertuan Agong baru-baru ini, pemimpin-pemimpin PH datang berjumpa dengan Tun Dr Mahathir Mohamad merayu agar memberi sokongan kepada Anwar.

“Pemimpin-pemimpin PH akan merayu, memujuk serta melakukan apa saja pada waktu itu demi menjayakan impian mereka yang ‘mustahil’ ke arah memartabatkan ketua pembangkang masa kini sebagai Perdana Menteri kesembilan,” kata Khairuddin.

PH dan kerajaan Ismail Sabri akan menandatangani MOU bersama yang akan berlangsung petang ini di Parlimen.

MOU itu termasuk cadangan tambahan kepada tujuh reformasi yang ditawarkan Ismail Sabri baru-baru ini.

PH dan pihak wakil kerajaan membincangkan perkara dasar dan program khusus di mana penekanan juga diberikan kepada keperluan menjalankan reformasi dalam bidang ekonomi dan kesihatan awam bagi menangani pandemik Covid-19.

Selain itu, isu urusan perjalanan Parlimen, soal pengabsahan, dan perkara berkaitan penambahbaikan tatakelola kerajaan turut dibincangkan.

Turut ditekankan PH berhubung suntikan fiskal tambahan sebanyak RM45 bilion perlu dibuat kepada Dana Covid-19 RM65 bilion yang kini hanya berbaki RM8.6 bilion untuk menangani pandemik Covid-19 dan memberikan bantuan kewangan kepada rakyat.

Berita berkaitan
Anwar patut jawab kejatuhan ringgit bukan orang lain, kata Ahli Parlimen
March 5, 2024· Politik
Dewan Rakyat: Usul gantung Wan Saiful ditarik balik
March 5, 2024· Politik
Sekarang rakyat cakap balik kepada Tambun, ‘Hang yang tak reti jaga negeri’
March 5, 2024· Politik
Kes baharu Covid-19 seluruh negara catat peningkatan
December 17, 2023· Isu semasa
Popular
PRU-15: Senarai calon UMNO menang Parlimen
November 21, 2022
Kit Siang bangkitkan isu PM bukan Melayu, tapi Puad pula bidas PN
December 17, 2023
Selepas Zahid, Isa Samad juga dibebas daripada tuduhan rasuah RM3 juta
March 6, 2024
Rafizi balas kecaman Puad, ‘dia saja seorang bising’
March 27, 2024
Lagi Politik terkini
Rafizi balas kecaman Puad, ‘dia saja seorang bising’
24 jam lalu · Politik
Selepas Zahid, Isa Samad juga dibebas daripada tuduhan rasuah RM3 juta
March 6, 2024 · Politik
NGO bidas kerajaan perkenal kod etika, dakwa cuba sekat media
February 21, 2024 · Politik
DAP semakin berani disebabkan UMNO hanya ‘penumpang’ dalam kerajaan
February 13, 2024 · Politik
Isu RM750 juta, PAS minta PMX beri penjelasan jangan melulu buat tuduhan
January 10, 2024 · Politik
Video / Foto
[VIDEO] Mahathir dakwa SPRM ugut Mirzan untuk dakwa dirinya
January 22, 2024
[VIDEO] Siasat saya senang, yang susah siasat PM sebab ada kuasa, kata Mahathir
January 22, 2024

Agenda Daily

Berita tepat dan menyeluruh.

Umum

Tentang kami

Hubungi kami

Penafian

Sosial media

Facebook

Twitter

Youtube

Instagram

TikTok