Pembangkang hentam PKP tapi tak buat apa lagi teruk daripada kerajaan

May 15, 2021 · Politik

Penganalisis politik berpandangan pemimpin pembangkang yang menghentam Perintah Kawalan Pergerakan (PKP) 3.0 tanpa membuat sebarang tindakan dan hanya ‘berdiam diri’selepas mengkritik pelaksanaan itu disifatkan lebih teruk daripada kerajaan.

Pensyarah Universiti Kebangsaan Malaysia (UKM) Prof Madya Dr Salawati Mat Basir berkata, apa yang dilaksanakan oleh kerajaan ketika ini sudah cukup baik, dan ia sewajarnya dikuti oleh semua pemimpin dan rakyat Malaysia.

“Kalau kita sayang negara kita pada waktu ini sila beri pandangan yang rasional, kita sama dapat manfaat, kalau kita hentam kerajan dan kita pun tak buat apa-apa kiranya kita lagi teruk daripada kerajan .

“Ia macam inilah penyakit ini bukan benda politik, penyakit ini bukanlah boleh ditipu-tipu jadi pada saya tidak kiralah kita suka atau tidak pada kerajaan ketika ini, kita tengah genting kita nak musnah meletup macam India ke atau kita masih lagi hendak fikir salah orang itu orang ini, dalam hal ini kita kena bertenang dan tengok keadaan,” katanya kepada Agenda Daily.

Beliau mengulas kenyataan Ahli Parlimen DAP Steven Sim yang cuba membangkitkan kemarahan orang ramai dengan mendakwa PKP kali ini disengajakan.

Dakwaannya bahawa PKP 3.0 ‘olok-olok” seolah-oleh sengaja mahu mencetuskan sentimen rakyat agar turut memprotes pelaksanaan itu namun cubaanya itu gagal kerana rakyat rata-ratanya memahami keadaan semasa di mana pandemik Covid-19 sekarang ini semakin ‘menggerunkan’.

Jelasnya, ketika angka Covid-19 mencecah 4,000 lebih kes ketika ini bukan masanya untuk mereka bermain politik.

“Ia bukan masa untuk bermain politik… Ini masa semua orang kena beri kerjasama, kita faham semua orang hendak demokrasi macam mana kita nak adakan pilihan raya kalau asyik sakit berterusan macam ini.

“Jadi bagi saya semua orang kena bekerjasama kerajaan atau pembangkang, semua orang nak demokrasi semua orang nak macam dulu, kalau kita kritik kerajaan untuk bagi idea, saya rasa kerajaan boleh terima, kalau nak kritik nak tunjuk perasaan ketika ini saya rasa tak kenalah, bukan masa sesuai,” katanya lagi.

Tegasnya, ketika semua orang tengah bergelut dengan wabak berkenaan, pemimpin pembangkang seharusnya mengajak kepada rakyat supaya mempertingkatkan tahap disiplin dalam mematuhi prosedur operasi standard (SOP) ketika pelaksanaan PKP ketika ini.

“Pada saya pemimpin pembangkang ini kena matang, boleh tak kita fikir nak bawa negara kita ke depan daripada salahkan orang itu dan ini, kena jadi pembangkang yang bijaksana macam mana kita nak cepatkan kita jauh daripada covid itu lebih baik,” katanya.

Sementara itu, Penganalisis politik Universiti Malaya (UM), Prof Madya Dr Awang Azman Awang Pawi berkata, sekarang ini musuh utama negara ialah Covid-19 dan masalah ekonomi negara, bukan menyalahkan satu antara lain dan mahu berkuasa.

“Pemimpin politik patut ajak rakyat untuk berdisiplin hadapi Covid-19 misalnya Datuk Seri Najib Razak apabila melanggar SOP sanggup mengakui kesalahan dan membayar kompaun. Begitu juga Tun Mahathir bersedia untuk membayar kompaun atas ketidaksengajaan tersebut,” katanya.

Berita berkaitan
Kes baharu Covid-19 seluruh negara catat peningkatan
December 17, 2023· Isu semasa
Saksi kes 1MDB Najib positif Covid-19, perbicaraan disingkatkan
December 15, 2023· Isu semasa
Jumlah kes Covid-19 aktif setakat ini 20,017
December 11, 2023· Isu semasa
Usul pindah RM21 bilion kepada Kumpulan Wang Pembangunan diluluskan
November 30, 2023· Isu semasa
Popular
Bayangkan penyokong tegar DAP akan undi UMNO, kata Wan Saiful
March 1, 2023
Takut jawab di Parlimen isu PMX ke Arab Saudi, buat kenyataan media
March 28, 2023
Kor Ming mahu UMNO bantu habis-habisan calon DAP di Kuala Kubu Bharu
April 22, 2024
Johor berhak putuskan had umur minimum ADUN, hormat autonomi negeri
June 18, 2022
Lagi Politik terkini
Tengku Zafrul hanya hadir sekali ke mesyuarat UMNO Selangor, kata Megat
April 22, 2024 · Politik
Kerajaan boleh dianggap derhaka jika ingkar adendum, kata Annuar Musa
April 22, 2024 · Politik
UMNO kekal pendirian beri laluan kepada calon DAP, kata Mat Hasan
April 22, 2024 · Politik
Tengku Zafrul mohon kebenaran betulkan fakta Zahid dalam kes pengampunan Najib
April 22, 2024 · Politik
Kor Ming mahu UMNO bantu habis-habisan calon DAP di Kuala Kubu Bharu
April 22, 2024 · Politik
Video / Foto
[VIDEO] Mahathir dakwa SPRM ugut Mirzan untuk dakwa dirinya
January 22, 2024
[VIDEO] Siasat saya senang, yang susah siasat PM sebab ada kuasa, kata Mahathir
January 22, 2024

Agenda Daily

Berita tepat dan menyeluruh.

Umum

Tentang kami

Hubungi kami

Penafian

Sosial media

Facebook

Twitter

Youtube

Instagram

TikTok