Pembangkang diambang perpecahan, pertembungan kerusi PKR-MUDA jadi punca

February 24, 2022 · Politik

Keputusan Parti Ikatan Demokratik Malaysia (MUDA) yang meletakkan calon di kerusi Dewan Undangan Negeri (DUN) Larkin selepas Parti Keadilan Rakyat (PKR) calonnya akan menjadi bibit awal rosaknya kerjasama melibatkan Pakatan Harapan (PH).

Setiausaha Agung DAP, Lim Guan Eng berkata, situasi tersebut masih boleh ‘diselamatkan’ bagi mengelakkan pertindihan kerusi benar-benar berlaku Pilihan Raya Negeri (PRN) Johor 12 Mac ini.

Memilih untuk tidak memenangkan mana-mana pihak, Guan Eng menjelaskan, masih ada masa sebelum hari penamaan calon kedua-dua parti itu bermusyawarah bagi mencari titik persefahaman.

“Oleh itu, Kita berharap mereka (MUDA dan PKR) dapat duduk berbincang semeja supaya mengelakkan pertembungan di kerusi yang sama, ia hanya melibatkan satu kerusi sahaja.

“Saya optimis mereka mampu mencapai kata sepakat untuk elakkan sebarang pertembungan pada PRN Johor ini walaupun satu kerusi, kita tidak mahu menjadi seperti Perikatan Nasional (PN) dan Barisan Nasional (BN),” katanya.

Beliau berkata demikian kepada pemberita dalam majlis memperkenalkan Liew Chin Tong dan Marina Ibrahim sebagai pelengkap calon DAP pada PRN Johor di Senai, Johor Bahru, hari ini.

Terdahulu, Presiden MUDA, Syed Saddiq Syed Abdul Rahman mengumumkan Rasid Abu Bakar yang juga merupakan Ketua Penerangan MUDA Johor sebagai calon bertanding di kerusi DUN Larkin.

Syed Saddiq berkata, pihaknya sudah cuba menjalankan rundingan demi rundingan dengan PKR malah menghormati parti itu yang telah umum calon di kesemua 20 kerusi mereka.

Ditanya sama ada beliau berharap salah satu parti menarik diri, Guan Eng bagaimana pun enggan campur tangan dalam isu tersebut.

Pada masa sama beliau turut menyuarakan kekecewaan apabila calon MUDA yang disenaraikan setakat ini tidak melibatkan presiden parti, Syed Saddiq yang lantang bersuara sebelum ini.

“Saya harap beliau bertanding tetapi itu terpulang kepada kepimpinan parti MUDA. Pemimpin seharusnya memimpin bukan sahaja untuk menang PRN dan hati rakyat tetapi membawa agenda yang diperjuangkan.

“Pemimpin seperti ini harus memimpin dari depan dan bukannya duduk di belakang. Sebab itu, walaupun Chin Tong enggan bertanding namun dia akur keputusan parti kerana pemimpin haruslah memimpin di hadapan,” ujarnya.

Syed Saddiq yang juga merupakan Ahli Parlimen Muar bagaimanapun masih berteka-teki berhubung sama ada beliau bakal turut bertanding dalam PRN Johor pada 12 Mac ini. – Kredit Satu Berita

Berita berkaitan
Anwar nafi akan tanding Ampang, tapi tempat anak murid bagaimana?
19 jam lalu· Politik
Belum buat keputusan pilih kerusi bertanding, baik Anwar pilih Bagan Datuk
September 25, 2022· Politik
PKR hormati keputusan mahkamah kes anak murid, kata Anwar
September 24, 2022· Politik
Kertas siasatan perhimpunan depan pusat beli belah dibuka polis
September 24, 2022· Isu semasa
Popular
Anwar nafi akan tanding Ampang, tapi tempat anak murid bagaimana?
September 25, 2022
Walaupun diasak UMNO, PM belum dapat ilham bila nak bubar Parlimen
September 26, 2022
PRU-15: Lagi pemimpin UMNO mahu bantu Khairy, tawar kerusi Parlimen
September 25, 2022
Pihak dakwa Melayu gagal perintah negara buta sejarah: Hadi Awang
September 25, 2022
Lagi Politik terkini
Kit Siang mahu PM isytihar tiada PRU sebelum bentang Bajet
1 jam lalu · Politik
Tunggu bubar Parlimen, baharu Khairuddin umum sertai parti baharu
6 jam lalu · Politik
Walaupun diasak UMNO, PM belum dapat ilham bila nak bubar Parlimen
10 jam lalu · Politik
PH berhaluan kiri, mentaliti UMNO pula rasuah, kleptokrasi: Wan Saiful
22 jam lalu · Politik
Pihak dakwa Melayu gagal perintah negara buta sejarah: Hadi Awang
24 jam lalu · Politik
Video / Foto
[VIDEO] Penganalisis ramal OPR naik lagi November depan
2 jam lalu
[VIDEO] Ismail Sabri, PM pertama berucap bahasa Melayu di PBB
September 24, 2022

Agenda Daily

Berita tepat dan menyeluruh.

Umum

Tentang kami

Hubungi kami

Penafian

Sosial media

Facebook

Twitter

Youtube

Instagram

TikTok