Pembangkang akan terima Bajet 2023, kata PM selepas PH berkemungkinan tolak

October 3, 2022 · Politik

Walaupun pembangkang berkata mungkin menolak Bajet 2023, sebaliknya Datuk Seri Ismail Sabri Yaakob yakin belanjawan yang bakal dibentang kerajaannya akan mendapat sokongan daripada semua ahli Parlimen.

Ketua blok pembangkang Pakatan Harapan (PH), Datuk Seri Anwar Ibrahim terdahulu berkata mungkin menimbang menolak Bajet 2023 sekiranya tiada jaminan daripada Perdana Menteri untuk tidak mengadakan pilihan raya umum ke-15 (PRU-15) tahun depan dan bukan tahun ini.

“Saya percaya bajet akan diterima sebab bajet ini untuk rakyat… kalau pembangkang tak setuju dengan bajet, maknanya pembangkang tak setuju apa yang diperuntukkan oleh kerajaan untuk kepentingan rakyat.

“Kalau bajet tak lulus dari segi emolumen bayar gaji kakitangan kerajaan pun tak boleh dibuat, jadi bajet perlu diluluskan,” katanya dipetik laporan media semalam.

Ismail Sabri berkata, kerajaan sentiasa terbuka dan bersedia menerima pandangan daripada pihak pembangkang berkaitan dengan Bajet 2023.

“Bagaimanapun, komen negatif dan sebagainya daripada pihak pembangkang itu memang dijangkakan seperti biasalah.

“Setiap kali bajet adalah pandangan-pandangan daripada mereka sama ada positif atau negatif dan kita terima. Biasanya pandangan-pandangan itu akan diambil kira oleh kerajaan,” katanya.

Ditanya sama ada mesyuarat tadi ada membincangkan mengenai pembubaran Parlimen, Ismail Sabri berkata, hanya perkara berkaitan perjalanan Dewan Rakyat sahaja yang dibincangkan.

Anwar semalam berkata akan meneliti terlebih dahulu perkembangan semasa bagi menimbang untuk menolak Bajet 2023 sekiranya UMNO berterusan mendesak Ismail Sabri membubarkan Parlimen selepas pembentangan pada 7 Oktober nanti.

“Kita sedang teliti (untuk menyokong atau menolak Bajet 2023).

“Kita nak tekankan soal pengurusan kerajaan dan rasuah, projek yang tidak telus seperti masalah pembelian ubat-ubatan termasuk vaksin, kontrak Digital Nasional Berhad (DNB) mengenai 5G yang sampai sekarang belum ada ketelusan,” katanya.

Sebelum ini, PH menyokong Bajet yang dibentang kerajaan Ismail Sabri susulan Memorandum Persefahaman (MoU) Transformasi dan Kestabilan Politik yang dimeterai 13 September tahun lalu.

Kegagalan usul atau Rang Undang-Undang (RUU) diluluskan akan menjadi satu bentuk ketidakpercayaan atau tiada keyakinan kepada kerajaan.

Syarat itu bagaimanapun tertakluk penunaian dan pelaksanaan transformasi yang dipersetujui dalam MoU berkenaan, selain usul dan RUU yang dibentangkan kerajaan perlu dirunding dan dipersetujui secara bersama antara kedua-dua pihak.

Untuk rekod, UMNO baru-baru ini memutuskan Ismail Sabri akan mempersembahkan kepada Yang di-Pertuan Agong berhubung cadangan pembubaran Parlimen bagi memberi laluan PRU-15 diadakan pada tahun ini juga.

Malah, Presidennya, Datuk Seri Ahmad Zahid Hamidi berkata sebelum ini sedia meredah banjir untuk berkempen sekalipun PRU-15 terpaksa diadakan semasa musim tengkujuh pada hujung tahun.

Malaysia Memilih
Semak keputusan PRU15
Berita berkaitan
Selepas berkawan dengan UMNO, PH tidak lagi hormati kebebasan bersuara
3 jam lalu· Politik
MP Baling nafi sebar audio rakaman fitnah Anwar, beri penjelasan
3 jam lalu· Politik
Majoriti rakyat tolak kluster mahkamah dalam Kabinet bakal dibentuk Anwar
9 jam lalu· Politik
Calon PN Padang Serai beri keterangan polis selepas penyokong PH koyak
10 jam lalu· Politik
Popular
Dakwaan Agong campur tangan bentuk kerajaan, NGO lapor polis terhadap Zahid
November 29, 2022
Calon PN Padang Serai beri keterangan polis selepas penyokong PH koyak
November 29, 2022
Sedia ke Bukit Aman jika disiasat, kata Hadi
November 29, 2022
3 kali runding UMNO Pahang tolak perpaduan ummah, rela ikut DAP
November 29, 2022
Lagi Politik terkini
PAS tunjuk bukti sikap DAP terhadap Islam, Melayu. UMNO buat-buat lupa
7 jam lalu · Politik
3 kali runding UMNO Pahang tolak perpaduan ummah, rela ikut DAP
8 jam lalu · Politik
Sedia ke Bukit Aman jika disiasat, kata Hadi
12 jam lalu · Politik
Dakwaan Agong campur tangan bentuk kerajaan, NGO lapor polis terhadap Zahid
13 jam lalu · Politik
Amanah beri laluan kepada UMNO bertanding di Tioman selepas Zahid sokong PH-DAP
14 jam lalu · Politik
Video / Foto
[VIDEO] Muhyiddin zahir terima kasih, Perikatan tidak akan sertai kerajaan Anwar
November 25, 2022
[VIDEO] Setpol Ismail Sabri dikaitkan rancang jatuhkan Najib
November 25, 2022

Agenda Daily

Berita tepat dan menyeluruh.

Umum

Tentang kami

Hubungi kami

Penafian

Sosial media

Facebook

Twitter

Youtube

Instagram

TikTok