Peletakan jawatan Shamsul Anuar mengesahkan skrip dalam klip audio Anwar-Zahid

August 4, 2021 · Politik

Peletakan jawatan Menteri UMNO, Datuk Seri Shamsul Anuar Nasarah hari ini mengesahkan skrip pakatan sulit antara Datuk Seri Anwar Ibrahim dan Datuk Seri Ahmad Zahid Hamidi dalam klip audio yang tular pada April lalu.

Penafian demi penafian, bagaimanapun kebenaran hari ini sudah terbukti sememangnya wujud kerjasama sulit Presiden PKR dengan Presiden UMNO itu, malah Shamsul Anuar adalah watak utama yang berjaya merungkai setiap babak yang diperkatakan dalam klip audio tersebut.

Naratif yang digunakan adalah kononnya kerajaan derhaka, perancangan yang diatur sejak berbulan-bulan lalu akhirnya membuahkan hasil dan kini hanya tinggal untuk menabalkan Anwar sebagai Perdana Menteri baharu yang diangkat oleh ‘Kluster Mahkamah’ sebagai wira agung mereka selepas ini.

Bagaimanapun, tidak semua dalam UMNO terlalu mudah masuk jerat dan mengikut telunjuk Presiden yang ingin membawa masuk parti orang Melayu itu ke dalam jajaran baharu bersama DAP.

Semua sudah mengikut skrip yang disediakan dan kini hanya tinggal untuk menyumbat bola ke dalam gawang gol, pasti yang terselamat adalah Zahid dan bekas Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Razak yang diketahui umum berdepan puluhan kes mahkamah.

Sekiranya sebelum ini blok pembangkang, Pakatan Harapan mendakwa mereka memperjuangkan integriti dan menolak rasuah, kali ini demi menjadi kerajaan semula dan gila kuasa semua itu tidak dihiraukan lagi dan yang penting adalah Anwar dilantik menjadi Perdana Menteri dan DAP kembali ditampuk kuasa.

Tahniah Zahid dan kumpulan yang berjaya mengheret UMNO ke dalam perpecahan yang lebih parah.

Tranksrip penuh perbualan Anwar dan Zahid. Anwar (A), Zahid (Z)

A: Asalammualaikum.

Z: Mualaikumusalam warahmatullah.

A: Saya dah 22 tahun baru saya follow Perhimpunan Agung UMNO (ketawa).

Z: Don’t worry that is only tactikal ok…

A: No no ok… i tengok ucapan you ni bagus .. and then the mattter MT.. and of course kita nak finish the game tapi kalau you dah fikir mandat itu ok la… cuma ada kerja sikit dengan MT je la.

Z: MT tu senang saja sebab dah solid dah tu … mudah.

A: Aku tengok ucapan you.. you bukan main… bukan main ya la org dok dengar…(ketawa)

Z: You tau siapa cikgu saya kan (ketawa).

A: Good la good … i’m very glad… proud of you.

Z: Cikgu saya yang handal ucapan ni org yg saya tengah cakap ni (ketawa)

(Kedua-duanya ketawa terbahak-bahak)

A: Kita Keadilan kita panggil MPP.. dok gelak.. eee.. aku kata hampa keja apa ni dok ikut perhimpunan UMNO, kita Keadilan (PKR) tau… apa yang sibuk.

(Dua2 ketawa)

A: … Presiden pun dengar… saya dengar sebab penting nak bincang dengan dia (ketawa)… good la good.. cuma orang tak tau … tapi bula conclution tu jauh lebih baik daripada keputusan MT…

Z: Betul.

A: MT kata tunggu election.

Z: Betul.

A: … kita anytime.

Z: Sebab bila perhimpunan memberi mandat kepada presiden… that is much easier.. than usul…

A: Hmm.. mood tu dah clear… semua dah berdiri kan.

Z: Betul.. betul …yang againt motion tu pun kena boo lima enam kali

A: Betul… cuma nak get you.. one minister resign dulu tapi tak ada …

Z: Penakut penakut.

A: Ini yang Perak saja boleh apa nama.. Shamsul ja yang boleh.

Z: Betul-betul.

A: Kalau dia boleh kata makna dlm dua tiga hari ni … saya respect mood perhimpunan, saya orang UMNO saya patuh habis…

Z: (Ketawa)

A; Tak pa lah kita tengok.. tapi good la… congratulation.

Z: Thank you for your concern… thank you for your moral support.

A: No.. aku follow kira aku kerja aku dengar pimpinan UMNO.. ni amende punya kerja (ketawa).

Kedua-dua ketawa berdekah-dekah

Z: After 23 long years.

A: Aku dengar.. dengar… sikit-sikit tapi tak la macam hari ni … tapi ucapan pembukaan tu memang boleh agak dah .. that’s ok … debate pun bagus la…bagus… Shahidan (Datuk Seri Shahidan Kassim) pun kena teruk.

Z: (Ketawa)

A: Than finally ni bagus.. Jazlan (Datuk Ahmad Jazlan Yaakub) ni bagus

Z: Memang kita letak dia kemudian sekali … nak sapu yang 50-50 tu .. that is the process..

A: Good.. good hmm.. you punya pengulunggan confident.

Z: Thank you so much.

A: Jumpa Selasa ka?

Z: Malam malam.

A: Cuma now tak habis kita ada sikit lagi tu nak kena … becaus kalau kata la you dapat ni…. maknanya dia kena emergency MT tau.

Z: Tak pa tak pa kita akan (buat).

Berita berkaitan
Tengku Zafrul hanya hadir sekali ke mesyuarat UMNO Selangor, kata Megat
April 22, 2024· Politik
Kerajaan boleh dianggap derhaka jika ingkar adendum, kata Annuar Musa
April 22, 2024· Politik
UMNO kekal pendirian beri laluan kepada calon DAP, kata Mat Hasan
April 22, 2024· Politik
Tengku Zafrul mohon kebenaran betulkan fakta Zahid dalam kes pengampunan Najib
April 22, 2024· Politik
Popular
Kor Ming mahu UMNO bantu habis-habisan calon DAP di Kuala Kubu Bharu
April 22, 2024
Tular “istana” Tajuddin yang sedang diubahsuai selepas pemecatan
May 27, 2021
Kerajaan boleh dianggap derhaka jika ingkar adendum, kata Annuar Musa
April 22, 2024
UMNO Perak PENGKHIANAT BANGSA MELAYU, sanggup duduk bawah DAP
November 21, 2022
Lagi Politik terkini
Kor Ming mahu UMNO bantu habis-habisan calon DAP di Kuala Kubu Bharu
April 22, 2024 · Politik
Azmin dakwa rumah terbuka Aidilfitri Bersatu disekat kerajaan Selangor
April 18, 2024 · Politik
Terdapat ‘kesilapan fakta’ dalam afidavit Zahid, kata Tengku Zafrul
April 18, 2024 · Politik
Pengapungan harga petrol dijangka beri tekanan kepada rakyat, kata Bersatu
April 18, 2024 · Politik
Tengku Zafrul letak jawatan bendahari UMNO Selangor, tak sehaluan
April 1, 2024 · Politik
Video / Foto
[VIDEO] Mahathir dakwa SPRM ugut Mirzan untuk dakwa dirinya
January 22, 2024
[VIDEO] Siasat saya senang, yang susah siasat PM sebab ada kuasa, kata Mahathir
January 22, 2024

Agenda Daily

Berita tepat dan menyeluruh.

Umum

Tentang kami

Hubungi kami

Penafian

Sosial media

Facebook

Twitter

Youtube

Instagram

TikTok