Peletakan jawatan Azalina, adakah perang dalam UMNO bakal bermula?

September 2, 2022 · Politik

Selepas menerima kritikan ekoran ucapannya semasa Taklimat Khas berhubung keputusan mahkamah menghukum Datuk Seri Najib Razak, akhirnya Datuk Seri Azalina Othman Said mengesahkan sudah meletak jawatannya sebagai Penasihat Khas Perdana Menteri (Undang-Undang dan Hak Asasi Manusia).

Peletakan jawatan ini bukan kali pertama dilakukan oleh Ahli Parlimen Pengerang tersebut, malah semasa krisis politik sebelum ini semasa mahu menjatuhkan kerajaan Perikatan Nasional (PN) juga beliau bertindak membuat keputusan sama dengan meletak jawatan sebagai Timbalan Speaker.

Azalina meletak jawatannya pada ketika UMNO menerusi gerakan Presidennya, Datuk Seri Ahmad Zahid Hamidi merancang menjatuhkan kerajaan Tan Sri Muhyiddin Yassin bersama-sama Presiden PKR, Datuk Seri Anwar Ibrahim yang dianggap sebagai cikgunya.

Ironinya, langkah sama diambil Azalina semasa Zahid sedang memberi tekanan dengan berterusan mendesak supaya Perdana Menteri Datuk Seri Ismail Sabri Yaakob membubar Parlimen dan mengadakan pilihan raya umum ke-15 (PRU-15) dengan segera.

Gesaan supaya PRU-15 diadakan segera semakin kuat selepas Najib dihukum penjara 12 tahun, terkini isterinya, Datin Seri Rosmah Mansor juga sudah didapati bersalah terhadap pertuduhan kes rasuah solar di Sarawak.

Spekulasi berhubung peletakan jawatan Azalina lebih awal tersebar, bagaimanapun beliau cuba menafikan tetapi semalam bertindak membuat pusingan U apabila mengesahkan sudah menghantar surat meletak jawatannya kepada Ismail Sabri.

Azalina menerima kecaman teruk selepas ucapannya semasa taklimat dipanggil Zahid pada hujung minggu lalu apabila secara terbuka mempersoalkan mengapa Ismail Sabri tidak melantik peguam negara pilihannya sendiri tetapi mengekalkan lantikan yang lama.

Dalam ucapannya, Azalina mengkritik Ismail Sabri dengan berkata bahawa sesiapa sahaja yang menjadi perdana menteri perlu melantik “orang dia” untuk memudahkan urusan.

“Pelantikan peguam negara (AG) adalah atas nasihat PM dan PM harus melantik ‘orang dia’ sebagai peguam negara untuk mudahkan segala urusan.

“Jika kuasa penukarkan AG di tangan PM, mengapa PM tidak menukarkan AG, malah ia adalah bidang kuasa PM. Saya nak tanya satu sahaja, takkan nak tukar AG pun tak boleh.

“Di mana-mana negara, sesiapa yang menjadi Perdana Menteri akan memilih orangnya sendiri untuk menjadi AG.

“Saya sudah menjadi ketua bahagian UMNO lebih 20 tahun. Sudah tentu setiausaha bahagian adalah orang saya sendiri, begitu juga ketua penerangan kerana saya melantik mereka,” katanya semasa perhimpunan raksasa UMNO tersebut.

Azalina dijemput untuk memberikan ucapan semasa taklimat yang dipanggil Zahid itu bagi memberikan penerangan berhubung hukuman terhadap Najib, ia sebaliknya menjadi satu perhimpunan mengkritik badan kehakiman kerana tidak berpuas hati dengan keputusan Mahkamah Persekutuan.

Untuk rekod, Azalina dilantik ke jawatan berkenaan pada pada 2 Oktober 2021.

Beliau dilantik ke jawatan tersebut selepas meletak jawatan sebagai Timbalan Yang di-Pertua Dewan Rakyat pada 23 Ogos 2021 atas beberapa alasan.

Bagaimanapun, spekulasi juga sedang bertiup kuat dalam UMNO berkemungkinan bakal berlaku satu lagi perang dalaman melibatkan pemimpin utama parti itu ekoran pendirian Ismail Sabri yang tidak menentu berhubung tarikh PRU-15.

Jika sebelum ini Azalina boleh setia berada dalam satu kem dengan Zahid semasa menjatuhkan kerajaan PN, tidak mustahil episod dan skrip sama mungkin berulang kali ini.

Adakah ini bakal menjadi petanda awal satu lagi krisis politik bakal berlaku, namun beranikah UMNO menentang Perdana Menteri daripada partinya sendiri hanya semata-mata mahu mendesak PRU-15 segera?

Berita berkaitan
Hanya ada 38 kerusi, Anwar bidas UMNO tiada majoriti putuskan bubar Parlimen
1 jam lalu· Politik
PH pertimbang tolak Bajet 2023 jika tiada jaminan PRU tahun depan: Anwar
1 jam lalu· Politik
Kawasan Parlimen Mat Maslan dilanda banjir lagi
2 jam lalu· Isu semasa
Sokongan Melayu kepada UMNO jatuh teruk sejak Najib masuk penjara: Rafizi
10 jam lalu· Politik
Popular
MT UMNO setuju bekerjasama dengan PAS hadapi PRU-15
September 30, 2022
Tiga syarat kepada PAS jika mahu teruskan kerjasama, kata Zahid
October 2, 2022
Kabinet minta PM tumpu kepada persiapan banjir, bukan PRU-15: Azmin
October 2, 2022
Senario dihadapi Ismail Sabri sama dengan Muhyiddin, bezanya cuma..
October 2, 2022
Lagi Politik terkini
Ismail Sabri mungkin ditekan kluster mahkamah adakah PRU-15 tahun ini
10 minit lalu · Politik
UMNO menang tak lebih 50 kerusi, rakyat dah tahu penipuan mereka
33 minit lalu · Politik
Nak hantar isteri atau anak pun boleh di Gombak, Azmin sedia berdepan
2 jam lalu · Politik
Kabinet minta PM tumpu kepada persiapan banjir, bukan PRU-15: Azmin
3 jam lalu · Politik
Tiga syarat kepada PAS jika mahu teruskan kerjasama, kata Zahid
5 jam lalu · Politik
Video / Foto
[VIDEO] Sekolah jadi pusat mengundi atau penempatan mangsa banjir, soal Rina Harun
58 minit lalu
[VIDEO] Mesyuarat MKT UMNO putus 9 ketetapan
October 1, 2022

Agenda Daily

Berita tepat dan menyeluruh.

Umum

Tentang kami

Hubungi kami

Penafian

Sosial media

Facebook

Twitter

Youtube

Instagram

TikTok