Pelawak lapor polis berhubung pemilihan PKR, dakwa banyak penipuan

June 7, 2022 · Politik

Satu laporan polis dibuat pelawak dan pelakon Datuk Afdlin Shauki terhadap Jawatankuasa Pemilihan Parti (JPP) berhubung dakwaan banyak berlaku banyak kecurangan semasa pemilihan PKR berlangsung baru-baru ini.

Afdlin yang juga tewas dalam pertandingan jawatan calon Ketua PKR Cabang Setiawangsa tidak berpuas hati dengan proses pemilihan pengundian yang berjalan dan mendakwa mendakwa banyak penipuan berlaku dalam pemilihan pada hujung bulan lalu itu.

Laporan polis dibuat di Balai Polis Pudu malam tadi.

Katanya, laporan polis dibuat terhadap JPP yang didakwanya gagal bertindak terhadap aduan mengenai kelemahan perjalanan pengundian yang diajukan sepanjang pemilihan berlangsung.

“Kami buat laporan polis terhadap JPP, banyak benda mereka lakukan menimbulkan syak wasangka dan benda-benda mereka lakukan terang-terang salah,”dakwa pelakon utama filem Papadom dan Sumolah itu seperti dilaporkan portal berita FMT.

Beliau yang mendakwa, sudah membuat laporan kepada JPP namun setakat ini tiada maklum balas diterima daripada jawatankuasa berkenaan.

“Tidak ada maklum balas, yang ada senyap dan sunyi. Oleh itu kami buat laporan polis untuk lakukan siasatan,” katanya.

Afdlin Shauki antara lain menakwa, terdapat kertas undi yang hilang apabila jumlah undi yang diumum JPP dengan jumlah undi di tempat mengundi bahagian Setiawangsa berbeza dengan ketara.

“Jumlah undi diumum di tempat mengundi adalah 750, namun demikian setelah pengundian fizikal tamat, jumlah undi rasmi yang dikemas kini dalam sistem JPP adalah 528, perbezaan sangat ketara dengan 222 undi hilang begitu sahaja,” dakwanya lagi.

Beliau juga mempersoalkan proses pengiraan kertas undi yang dibuat tanpa wakil calon dan tidak didedahkan, selain pelantikan bekas setiausaha PKR Cabang Setiawangsa sebagai penyelaras tempat mengundi dan suami seorang calon wanita bertugas di dewan mengundi semasa hari pemilihan.

“Lantikan ini dilihat berat sebelah kerana kedua-dua mereka mempunyai hubungan secara langsung dengan calon bertanding, tiada jaminan ketelusan serta integriti memandangkan mereka juga ahli parti dan bukan pihak berkecuali serta berkepentingan,” katanya.

Dalam keputusan pemilihan yang dikeluarkan pada hujung bulan lalu, Afdlin Shauki memperoleh 372 undi, manakala Nik Nazmi yang juga penyandang jawatan mendapat 482 undi.

Berita berkaitan
Nissan Skyline R32 dipamer di Art of Speed dirampas polis
July 3, 2022· Isu semasa
Menjelang tamat MoU dengan Ismail Sabri, Anwar kata kerajaan ‘bangang’ pula
July 3, 2022· Politik
Tangguh pemilihan, UMNO kena tunggu keputusan RoS 16 Julai ini: Ismail Sabri
July 2, 2022· Politik
Fahmi bidas Asyraf tak sensitif kesusahan rakyat desak PRU awal
July 2, 2022· Politik
Popular
Pemilihan parti, akar umbi UMNO bimbang akan dikuasai pemimpin berjawatan
July 4, 2022
Tarikh PRU-15, Utusan dedah tidak pernah ada perbincangan ‘Top 5’ UMNO
July 4, 2022
Ambillah kuda tua UMNO, kata Nur Jazlan label menteri PAS cap ayam
July 4, 2022
Zahid sahut cabaran Dr M, mahu dedah bukti video diugut bubar parti
July 4, 2022
Lagi Politik terkini
Selepas audit forensik undian Rafizi disahkan timbalan presiden PKR
3 jam lalu · Politik
Sultan Selangor nasihat pemimpin politik Melayu hentikan perbalahan
6 jam lalu · Politik
Zahid sepatutnya berundur, jadi perosak kestabilan negara: Wan Saiful
8 jam lalu · Politik
Tarikh PRU-15, Utusan dedah tidak pernah ada perbincangan ‘Top 5’ UMNO
9 jam lalu · Politik
Ambillah kuda tua UMNO, kata Nur Jazlan label menteri PAS cap ayam
9 jam lalu · Politik
Video / Foto
[VIDEO] Tak serius, kerajaan ambil lewa isu harga barang, kata pemimpin Amanah
July 1, 2022
[FOTO] Himpunan bantahan kenaikan harga
July 1, 2022

Agenda Daily

Berita tepat dan menyeluruh.

Umum

Tentang kami

Hubungi kami

Penafian

Sosial media

Facebook

Twitter

Youtube

Instagram

TikTok