Pelawa PAS berdamai, tanda kerajaan perpaduan gagal raih sokongan Melayu

May 23, 2023 · Politik

Tindakan Perdana Menteri, Datuk Seri Anwar Ibrahim dan pemimpin veteran DAP, Lim Kit Siang yang mempelawa PAS untuk berdamai menunjukkan kerajaan perpaduan sudah kehabisan strategi untuk memikat sokongan Melayu.

Ketua Pegawai Eksekutif Iris Institute, Syed Ahmad Israa’ Syed Ibrahim berkata Anwar menyedari hakikat mereka kehilangan sokongan Melayu terutama di kawasan luar bandar yang beralih kepada Perikatan Nasional (PN) pada Pilihan Raya Umum ke-15 (PRU-15) lalu.

“Saya setuju sekiranya berlaku perbincangan untuk PAS sertai usaha sama Pakatan Harapan (PH) dan Barisan Nasional (BN), maknanya kerajaan sudah hilang strategi nak pikat sokongan Melayu.

“Berdasarkan kepada PRU dulu, pengundi Melayu sebenarnya jelas dalam memberikan undi yang mana mereka mahukan orang-orang yang betul boleh membela nasib bangsa dan apa yang jelas termaktub dalam Perlembagaan seperti Islam dan hak Melayu,” katanya, lapor MalaysiaNow.

Katanya lagi, sekiranya PAS beralih arah untuk bersama kerajaan, parti itu juga mungkin tidak dapat mengubah situasi ini disebabkan komposisi dalam kerajaan yang dilihat bermasalah.

“Jika berlaku (kerjasama PAS dan kerajaan), mungkin pengundi Melayu pula akan kecewa dan akan tarik sokongan kepada mana-mana parti termasuk PAS, PH dan UMNO,” katanya.

Anwar sebelum ini menghulurkan salam perdamaian kepada PAS melalui Ahli Jawatankuasa PAS Pusat, Nik Abduh Nik Abdul Aziz di mana Anwar didakwa memaklumkan hasrat untuk menjalin semula hubungan baik dengan pemimpin parti Islam itu termasuk Tan Sri Abdul Hadi Awang.

Ia disusuli kenyatan Kit Siang yang mencadangkan kerajaan perpaduan bekerjasama dengan  PAS menjelang PRN akan datang demi menyokong titah Yang di-Pertuan Agong bahawa Malaysia memerlukan kestabilan politik.

Sementara itu, pemerhati politik, Zin Mahmud menjangkakan isu kalimah Allah yang hangat dibincangkan baru-baru ini juga mungkin bakal memburukkan lagi persepsi terhadap kerajaan yang boleh menyebabkan sokongan Melayu semakin merosot.

Malah, katanya, isu itu kini dianggap sebagai ‘peluru percuma’ kepada PN menjelang pilihan raya negeri (PRN) yang bakal berlangsung di enam negeri tidak lama lagi.

“Ini memang akan kurangkan lagi sokongan orang Melayu terhadap kerajaan. Malah, ia ibarat peluru percuma bagi PN,” katanya.

Sebelum ini, Kerajaan Malaysia dan Kementerian Dalam Negeri (KDN) menarik balik rayuan terhadap keputusan Mahkamah Tinggi pada 2021 yang membenarkan permohonan semakan kehakiman seorang penganut agama Kristian dari Sarawak, Jill Ireland untuk menggunakan kalimah ‘Allah’ dalam pembelajaran agamanya.

Pada 10 Mac 2021, Hakim Nor Bee Ariffin memutuskan kalimah Allah boleh digunakan dalam penerbitan bahan agama Kristian bagi tujuan pembelajaran namun tertakluk pada syarat-syarat tertentu.

Dalam keputusannya, Hakim Nor Bee berkata arahan KDN pada 5 Disember 1986 bahawa larangan penggunaan kalimah ‘Allah’, ‘Baitullah’, ‘Solat’ dan ’Kaabah’ ke atas orang bukan Islam menyalahi undang-undang dan tidak rasional.

Keputusan itu mendapat kritikan dan bantahan pelbagai pihak yang menuntut kerajaan meneliti kembali keputusan tersebut termasuk Majlis Agama Islam Selangor (MAIS) dan bekas mufti Wilayah Persekutuan Zulkifli Mohamad Al-Bakri.

Kemudian, Anwar yang juga Pengerusi Pakatan Harapan (PH) ketika diasak menjelaskan keputusan itu berkata keputusan mahkamah itu adalah khusus untuk negeri Sarawak yang tidak terpakai untuk negeri lain di negara ini.

Namun begitu, Syed Ahmad Israa’ menganggap kenyataan itu adalah pelik apabila isu tersebut bukan sekadar tertumpu kepada Sarawak tetapi berlaku di Semenanjung yang mana ia diputuskan mahkamah meliputi seluruh Malaysia.

“Ini akan menjadi satu ujian litmus sama ada konsisten atau tidak ketegasan kerajaan sedia ada dengan sesuatu yang diputuskan melalui proses dan polemik yang panjang serta cukup jelas. Jadi agak peliklah berlaku flip-flop seperti ini dalam pihak kerajaan,” katanya.

Hari ini, Anwar bercakap kepada Dewan Rakyat, keputusan menarik rayuan itu dibuat bagi mengelak percanggahan dengan ketetapan yang dibuat Majlis Raja-Raja iaitu bukan Islam tidak dibenarkan menggunakan kalimah Allah kecuali di Sabah dan Sarawak.

Berita berkaitan
PN N.Sembilan selesai bahagi kerusi, tinggal umum
34 minit lalu· Politik
Saya bangga Tan Sri Lim akhirnya pakai songkok, kata MCA kepada DAP
47 minit lalu· Politik
PAU 2023: Tak dijemput, DAP hormati keputusan Pemuda UMNO
1 jam lalu· Politik
UMNO bukti majoriti memimpin, bukan minoriti, PAS beritahu Anwar
4 jam lalu· Politik
Popular
UMNO-BN patut bantah beri gelaran Tan Sri kepada Kit Siang: Lim Sian See
June 4, 2023
Kit Siang dapat anugerah Tan Sri: Laporan
June 4, 2023
Minta bekas ahli ke PAU, UMNO bimbang ramai pakai baju roket daripada baju Melayu?
June 4, 2023
UMNO bukti majoriti memimpin, bukan minoriti, PAS beritahu Anwar
June 4, 2023
Lagi Politik terkini
UMNO parti utama, perlu bantu parti lain dalam kerajaan menang PRN: Mat Maslan
5 jam lalu · Politik
UMNO-BN patut bantah beri gelaran Tan Sri kepada Kit Siang: Lim Sian See
7 jam lalu · Politik
PN akan jadikan P. Pinang mampu didiami orang miskin dan kaya: Sanusi
7 jam lalu · Politik
Kit Siang dapat anugerah Tan Sri: Laporan
8 jam lalu · Politik
Selagi Zahid jadi Presiden, saya tidak akan hadir: Tun Faisal
8 jam lalu · Politik
Video / Foto
[VIDEO] Ucapan Sanusi di himpunan jentera PB Best Pulau Pinang
12 jam lalu
[VIDEO] Ucapan Dominic di himpunan jentera PN Pulau Pinang
14 jam lalu

Agenda Daily

Berita tepat dan menyeluruh.

Umum

Tentang kami

Hubungi kami

Penafian

Sosial media

Facebook

Twitter

Youtube

Instagram

TikTok