Pelantikan PM: Majlis Raja-Raja mesyuarat esok

November 23, 2022 · Politik

Satu persidangan Majlis Raja-Raja akan diadakan di Istana Negara esok, Khamis (24 November 2022) bagi menyelesaikan isu pelantikan Perdana Menteri Malaysia Kesepuluh, demi kepentingan negara dan rakyat.

Dalam kenyataan dikeluarkan Datuk Pengelola Bijaya Diraja Istana Negara Datuk Seri Ahmad Fadil Shamsuddin petang ini (23 November 2022), beliau berkata perbincangan khas Raja-Raja Melayu ini bertujuan supaya Yang di-Pertuan Agong mendapatkan pandangan sebelum membuat keputusan itu.

“Adalah dimaklumkan bahawa Yang di-Pertuan Agong Al-Sultan Abdullah Ri’ayatuddin Al-Mustafa Billah Shah Ibni Almarhum Sultan Haji Ahmad Shah Al-Musta’in Billah telah berkenan menerima menghadap wakil-wakil Barisan Nasional (BN) dan Gabungan Parti Sarawak secara berasingan di Istana Negara pagi tadi

“Sesi menghadap itu diadakan lanjutan daripada sesi menghadap ketua-ketua gabungan Pakatan Harapan dan Perikatan Nasional secara berasingan bermula pada jam 4.30 petang semalam,” katanya.

Ahmad Fadil berkata sesi menghadap ketua-ketua gabungan itu adalah hasil daripada pengesahan calon Perdana Menteri yang telah dimaklumkan oleh ketua parti-parti dan ketua gabungan kepada Istana Negara semalam, didapati tiada ahli Dewan Rakyat yang mendapat kepercayaan majoriti mudah untuk dilantik sebagai Perdana Menteri kesepuluh.

“Proses selanjutnya susulan daripada sesi menghadap hari ini, Seri Paduka Baginda telah menitahkan perkenan untuk Istana Negara menganjurkan satu Perbincangan Khas Raja-Raja Melayu di Istana Negara esok, Khamis, 24 November 2022.

“Perbincangan khas ini adalah bertujuan untuk Seri Paduka Baginda mendapatkan pandangan Raja-Raja Melayu bagi baginda membuat keputusan demi kepentingan dan kesejahteraan negara dan rakyat,” katanya.

Berita berkaitan
Komuniti perniagaan Arab Saudi dipelawa PMX melabur di Malaysia
March 24, 2023· Isu semasa
Kalah tiga pilihan raya, Asyraf dilantik jadi Setiausaha Agung UMNO baharu
March 22, 2023· Politik
PMO pandang serius nama digunakan untuk kepentingan pihak tertentu
March 15, 2023· Isu semasa
PMX beri jaminan projek tebatan banjir akan disegerakan selepas dihentikan sementara
March 6, 2023· Isu semasa
Popular
Selain 16 kerusi dimenangi, DAP mahu lagi DUN Selangor untuk ditandingi
March 26, 2023
UMNO akan hulur persahabatan dengan DAP bagi hadapi PRN Pulau Pinang: Zahid
March 26, 2023
Zahid sahkan Noraini dilantik Pengerusi RISDA baharu
March 26, 2023
PRN: Amirudin kata pengundi bukan Melayu kekal sokong PH Selangor
March 26, 2023
Lagi Politik terkini
Zahid sahkan Noraini dilantik Pengerusi RISDA baharu
9 jam lalu · Politik
UMNO akan hulur persahabatan dengan DAP bagi hadapi PRN Pulau Pinang: Zahid
9 jam lalu · Politik
PRN: Amirudin kata pengundi bukan Melayu kekal sokong PH Selangor
14 jam lalu · Politik
Selain 16 kerusi dimenangi, DAP mahu lagi DUN Selangor untuk ditandingi
15 jam lalu · Politik
Kebimbangan kebebasan bersuara disekat meningkat bawah kerajaan Anwar: Media Singapura
23 jam lalu · Politik
Video / Foto
[VIDEO] Laporan polis dakwa Anwar bohong untuk lindungi Guan Eng, aniayai Muhyiddin
March 24, 2023
[VIDEO] Laporan polis premis mahu anjur pesta kepondanan, LGBT
March 22, 2023

Agenda Daily

Berita tepat dan menyeluruh.

Umum

Tentang kami

Hubungi kami

Penafian

Sosial media

Facebook

Twitter

Youtube

Instagram

TikTok