Pelajar U patut dibenar undi pos, kata Menteri Undang-undang

October 27, 2022 · Politik

Menteri di Jabatan Perdana Menteri (Parlimen dan Undang-undang) Datuk Seri Dr Wan Junaidi Tuanku Jaafar berpendapat pelajar universiti sepatutnya dibenarkan mengundi pos, manakala undi elektronik perlu dilaksanakan di seluruh negara bagi menjimatkan kos.

Menurutnya undi pos harus dibenarkan kepada pelajar di negeri lain, sambil menyatakan bahawa ia akan menelan kos hanya untuk pulang mengundi.

“Perkara terbaik yang boleh kita lakukan ialah mungkin menggunakan universiti untuk melaksanakan undi pos,” katanya menurut FMT.

Beliau berkata demikian pada majlis penyerahan perantisiswa di Universiti Putra Malaysia (UPM) di Serdang, hari ini (27 ktober 2022).

Wan Junaidi mengambil contoh Amerika Syarikat telah melaksanakan undi elektronik sejak 2005, dengan membenarkan orang ramai membuang undi ‘di tepi jalan’ melalui peranti khusus.

“Jika mereka boleh melakukannya, kenapa kita tidak boleh?” katanya sambil menambah Suruhanjaya Pilihan Raya (SPR) sepatutnya mempunyai teknologi itu sekarang.

“Bayangkan terbang ke kawasan luar bandar dengan hanya satu peranti untuk mengambil undi. Ia akan menjadi mudah dan lebih murah memandangkan kita membelanjakan lebih RM1 bilion untuk pilihan raya.”

Wan Junaidi berkata, ini adalah cadangan yang diberikannya kepada Pengerusi SPR Tan Sri Azhar Harun selepas Pakatan Harapan (PH) mengambil alih Kerajaan Persekutuan pada Mei 2018.

Katanya, beliau telah dijemput oleh Azhar untuk memberikan cadangan mengenai apa yang boleh dilaksanakan oleh SPR untuk pilihan raya.

Ketika ditanya sama ada beliau mempertahankan kerusi Parlimen Santubong pada Pilihan Raya Umum Ke-15 (PRU-15), Wan Junaidi berkata beliau menyerahkan kepada Gabungan Parti Sarawak (GPS) untuk membuat kata putus.

“Saya tidak akan ulas mengenai Santubong. Saya akan biarkan GPS buat keputusan. Jika parti diam, saya juga akan diam,” katanya.

Malaysia Memilih
Semak keputusan PRU15
Berita berkaitan
Selepas berkawan dengan UMNO, PH tidak lagi hormati kebebasan bersuara
3 jam lalu· Politik
Majoriti rakyat tolak kluster mahkamah dalam Kabinet bakal dibentuk Anwar
10 jam lalu· Politik
Calon PN Padang Serai beri keterangan polis selepas penyokong PH koyak
10 jam lalu· Politik
Sedia ke Bukit Aman jika disiasat, kata Hadi
13 jam lalu· Politik
Popular
Dakwaan Agong campur tangan bentuk kerajaan, NGO lapor polis terhadap Zahid
November 29, 2022
Calon PN Padang Serai beri keterangan polis selepas penyokong PH koyak
November 29, 2022
Sedia ke Bukit Aman jika disiasat, kata Hadi
November 29, 2022
3 kali runding UMNO Pahang tolak perpaduan ummah, rela ikut DAP
November 29, 2022
Lagi Politik terkini
MP Baling nafi sebar audio rakaman fitnah Anwar, beri penjelasan
4 jam lalu · Politik
PAS tunjuk bukti sikap DAP terhadap Islam, Melayu. UMNO buat-buat lupa
8 jam lalu · Politik
3 kali runding UMNO Pahang tolak perpaduan ummah, rela ikut DAP
8 jam lalu · Politik
Dakwaan Agong campur tangan bentuk kerajaan, NGO lapor polis terhadap Zahid
14 jam lalu · Politik
Amanah beri laluan kepada UMNO bertanding di Tioman selepas Zahid sokong PH-DAP
15 jam lalu · Politik
Video / Foto
[VIDEO] Muhyiddin zahir terima kasih, Perikatan tidak akan sertai kerajaan Anwar
November 25, 2022
[VIDEO] Setpol Ismail Sabri dikaitkan rancang jatuhkan Najib
November 25, 2022

Agenda Daily

Berita tepat dan menyeluruh.

Umum

Tentang kami

Hubungi kami

Penafian

Sosial media

Facebook

Twitter

Youtube

Instagram

TikTok