Pelajar IPT diberi cuti 5 hari pulang mengundi

October 22, 2022 · Politik

Kementerian Pengajian Tinggi (KPT) bersetuju memberi pelepasan selama lima hari bermula 17 November ini kepada pelajar untuk pulang menunaikan tanggungjawab masing-masing sebagai pengundi pada Pilihan Raya Umum ke-15 (PRU-15).

Perkara itu disahkan Ketua Pengarah Pendidikan Tinggi Prof Datuk Dr Husaini Omar selepas surat edaran mengenai pelepasan pelajar Institut Pengajian Tinggi (IPT) untuk pulang mengundi yang ditandatanganinya tular di media sosial hari ini.

Beliau ketika dihubungi Bernama pada Sabtu memaklumkan surat berkenaan telah diedarkan kepada semua IPT awam dan swasta termasuk Jabatan Pendidikan Politeknik dan Kolej Komuniti untuk tindakan lanjut.

“Surat tersebut adalah edaran kepada semua IPT bagi memberi pelepasan kepada pelajar untuk mengundi berdasarkan Undi 18. Kenyataan media berhubung perkara ini akan dikeluarkan nanti,” katanya.

Menurut surat bertarikh 21 Oktober itu, tarikh pelepasan bermula dari 17 hingga 21 November itu adalah tempoh yang mencukupi buat pelajar untuk membuat perjalanan pergi dan balik dari lokasi mengundi.

Surat berkenaan turut menyatakan semua kelas dan aktiviti pelajar semasa tempoh tersebut hendaklah ditangguhkan dan diadakan ke suatu tarikh lain.

Suruhanjaya Pilihan Raya (SPR) menetapkan hari pengundian bagi PRU-15 pada 19 November depan.

Berita berkaitan
SPR tetapkan 2 Disember bagi PRK Kemaman, anggaran kos RM3.5 juta
October 17, 2023· Politik
Tarikh penting PRK Kemaman akan dibincang dalam mesyuarat SPR pada 17 Okt
October 11, 2023· Isu semasa
Diskaun PTPTN dihentikan, Menteri KPT kata MOF yang tentukan
October 5, 2023· Isu semasa
Hari pengundian diramal hujan, ribut petir
August 11, 2023· Isu semasa
Popular
Kerajaan boleh dianggap derhaka jika ingkar adendum, kata Annuar Musa
April 22, 2024
Pegawai Kor Ming diletak calon DAP pada PRK Kuala Kubu Bharu
April 24, 2024
Tengku Zafrul letak jawatan bendahari UMNO Selangor, tak sehaluan
April 1, 2024
Pengapungan harga petrol dijangka beri tekanan kepada rakyat, kata Bersatu
April 18, 2024
Lagi Politik terkini
Pegawai Kor Ming diletak calon DAP pada PRK Kuala Kubu Bharu
April 24, 2024 · Politik
Tengku Zafrul hanya hadir sekali ke mesyuarat UMNO Selangor, kata Megat
April 22, 2024 · Politik
Kerajaan boleh dianggap derhaka jika ingkar adendum, kata Annuar Musa
April 22, 2024 · Politik
UMNO kekal pendirian beri laluan kepada calon DAP, kata Mat Hasan
April 22, 2024 · Politik
Tengku Zafrul mohon kebenaran betulkan fakta Zahid dalam kes pengampunan Najib
April 22, 2024 · Politik
Video / Foto
[VIDEO] Mahathir dakwa SPRM ugut Mirzan untuk dakwa dirinya
January 22, 2024
[VIDEO] Siasat saya senang, yang susah siasat PM sebab ada kuasa, kata Mahathir
January 22, 2024

Agenda Daily

Berita tepat dan menyeluruh.

Umum

Tentang kami

Hubungi kami

Penafian

Sosial media

Facebook

Twitter

Youtube

Instagram

TikTok