Pejuang tak terlibat cubaan tukar kerajaan Ismail Sabri: Mukhriz

May 31, 2022 · Politik

Presiden Parti Pejuang Datuk Seri Mukhriz Tun Dr Mahathir hari ini berkata parti itu hanya memberi tumpuan kepada Pilihan Raya Umum Ke-15 (PRU15) dan tidak akan terlibat dengan sebarang percubaan untuk menukar kerajaan sedia ada.

Beliau turut menegaskan parti itu tidak terlibat dalam dakwaan terbaharu bahawa Presiden Bersatu Tan Sri Muhyiddin Yassin sudah mendapat sokongan 119 Ahli Parlimen untuk menjadi Perdana Menteri semula, lapor Bernama.

Beliau berkata sekiranya benar, perkara tersebut perlu dibuktikan serta tidak boleh sekadar mendakwa sahaja.

“Dalam hal percaturan politik nak tumbangkan kerajaan sedia ada, tukar Perdana Menteri kami (Pejuang) tak campur tangan. Kami pun empat orang sahaja, bagi kami (Pejuang) hanya membuat persiapan menghadapi PRU15.

“Saya ingat rakyat pun dah meluat kalau asyik nak tukar-tukar ini, dah penat,” katanya pada sidang media selepas menghadiri Program Pemukiman Parti Pejuang Negeri Kelantan yang turut dihadiri Timbalan Presiden Pejuang, Datuk Marzuki Yahya di sini hari ini.

Mukhriz yang juga Ahli Parlimen Jerlun berkata demikian ketika diminta mengulas dakwaan Presiden Warisan Datuk Seri Mohd Shafie Apdal bahawa beliau dihubungi Muhyiddin bagi mendapatkan sokongan untuk menjadi Perdana Menteri semula kerana sudah mendapat sokongan 119 ahli Parlimen.

Berita berkaitan
Tangguh pemilihan, UMNO kena tunggu keputusan RoS 16 Julai ini: Ismail Sabri
2 jam lalu· Politik
Isu Zuraida, Muhyiddin sudah berjumpa PM dan berbincang
7 jam lalu· Politik
MPN dibentuk PM, Muhyiddin jawab kritikan Zahid yang berdepan kes mahkamah
8 jam lalu· Isu semasa
Mat Hasan nafi dakwaan Tajuddin, umpan jawatan PM supaya PRU awal
9 jam lalu· Politik
Popular
Mat Hasan nafi dakwaan Tajuddin, umpan jawatan PM supaya PRU awal
July 2, 2022
PM disekat daripada berucap pada Konvensyen BN Sabah esok?
July 1, 2022
Ismail Sabri tolak desakan tarik balik pelantikan Tajuddin sebagai duta
July 2, 2022
Isu Zuraida, Muhyiddin sudah berjumpa PM dan berbincang
July 2, 2022
Lagi Politik terkini
PH tak desak PRU-15 disegerakan walaupun tamat MoU 31 Julai
9 jam lalu · Politik
BN perlu agresif dekati pengundi atas pagar, kata Mat Maslan
9 jam lalu · Politik
Fahmi bidas Asyraf tak sensitif kesusahan rakyat desak PRU awal
11 jam lalu · Politik
Ismail Sabri tolak desakan tarik balik pelantikan Tajuddin sebagai duta
12 jam lalu · Politik
Hayat UMNO, BN masih panjang: Zahid
15 jam lalu · Politik
Video / Foto
[VIDEO] Tak serius, kerajaan ambil lewa isu harga barang, kata pemimpin Amanah
July 1, 2022
[FOTO] Himpunan bantahan kenaikan harga
July 1, 2022

Agenda Daily

Berita tepat dan menyeluruh.

Umum

Tentang kami

Hubungi kami

Penafian

Sosial media

Facebook

Twitter

Youtube

Instagram

TikTok