Pejuang sedia sokong PN bentuk kerajaan jika kleptokrat, kluster mahkamah tidak ada

August 17, 2021 · Politik

Presiden Parti Pejuang Datuk Seri Mukhriz Mahathir sedia memberi sokongan kepada Perikatan Nasional (PN) dengan syarat tidak ada kumpulan kleptokrat di dalam kerajaan yang akan dibentuk kelak.

Bercakap pada wawancara khas bersama Buletin Awani Khas hari ini beliau berkata langkah itu tidak dapat dielak sekiranya Pejuang boleh menjadikan angka majoriti milik PN.

“Kami (Pejuang) bersedia bekerjasama dengan mereka (PN), itu bukan dapat kita elak untuk kita mencukupkan angka (majoriti) itu,” katanya ketika ditanya sama ada Pejuang akan memberi sokongan kepada PN bagi membolehkan seorang calonnya diangkat menjadi Perdana Menteri dan menubuhkan kerajaan.

Katanya Pejuang kekal dengan prinsip untuk memerangi rasuah dan menolak pemimpin yang terpalit dengan mahkamah ketika ini.

“Kami dari awal lagi kekal berprinsip dalam soal memerangi rasuah, jadi dalam hal itu kami akan bermasalah jika majoriti yang kami sokong itu mengandungi apa yang kami katakan kluster mahkamah.

“Itu pun salah satu faktor selain yang saya sebutkan tadi, itu prinsip kami,” jelasnya lagi.

Kumpulan kleptokrat merujuk Datuk Seri Najib Razak yang menjadi Perdana Menteri dan Datuk Seri Ahmad Zahid Hamidi sebagai Timbalan Perdana Menteri, sebelum Barisan Nasional (BN) tewas pada Pilihan Raya Umum Ke-14 (PRU14) lalu.

Sementara Kluster Mahkamah juga merujuk kepada Najib, Zahid dan beberapa lagi pemimpin UMNO yang sedang berdepan tuduhan di mahkamah atas penyalahgunaan kuasa, rasuah dan pengubahan wang haram membabitkan berjuta-juta ringgit.

Pemimpin terbabit diheret ke mahkamah ketika pentadbiran Kerajaan Pakatan Harapan (PH) pimpinan Pengerusi Pejuang sekarang, Tun Dr Mahathir Mohamad, sebelum PH tumbang dan digantikan Kerajaan PN.

Sebelum ini, Tan Sri Muhyiddin Yassin pada hari-hari terakhir sebelum meletak jawatan Perdana Menteri berkata beliau tetap berpegang kepada prinsip tidak akan campur tangan dalam membebaskan individu tertentu yang sedang dibicarakan di mahkamah.

Muhyiddin juga mendedahkan beliau ditentang oleh individu berkenaan kerana tidak mahu membebaskan mereka daripada tuduhan jenayah di mahkamah.

Mengulas lanjut, Mukhriz bagaimanapun berkata ketika ini Pejuang masih berunding dengan parti-parti politik lain dalam memberikan sokongan agar nama Perdana Menteri yang baharu dapat dipersembahkan kepada Yang di-Pertuan Agong pada Rabu.

“Kami sedang berbincang dengan pihak lain, kita akan cuba mendapatkan seorang calon yang mempunyai majoriti… jadi hasil perbincangan itu belum dimuktamadkan dan saya rasa esok kita akan tahu. Saya harap majoriti yang hendak dicapai itu menjadi kenyataan,” katanya lagi.

Berita berkaitan
Rakyat mahu tahu kebenaran berhubung skandal LCS, kata bekas AG
3 jam lalu· Isu semasa
Tiada unsur penyelewengan dalam projek Musang King di Kedah, kata SPRM
August 12, 2022· Isu semasa
Subsidi tarif elektrik ditanggung kerajaan RM6.51 bilion pada 2022
August 11, 2022· Isu semasa
PN beri komitmen sokong PM sehingga diadakan PRU-15: Ronald
August 7, 2022· Politik
Popular
PRU-15: Selepas skandal kapal LCS terbongkar BN tak yakin tubuh kerajaan sendirian
August 14, 2022
Ismail Sabri, PN sudah bertemu
August 13, 2022
PRU-15: PN yakin tawan enam kerusi DUN milik UMNO
August 13, 2022
Tok Mat gesa jangan biar pihak lawan guna skandal LCS serang BN
August 14, 2022
Lagi Politik terkini
Speaker DUN Sarawak umum ADUN Batu Lintang keluar parti jadi bebas
4 jam lalu · Politik
Keputusan parti Zuraida dan beberapa parti lain sertai BN dibuat esok
4 jam lalu · Politik
Tok Mat gesa jangan biar pihak lawan guna skandal LCS serang BN
4 jam lalu · Politik
PRU-15: Selepas skandal kapal LCS terbongkar BN tak yakin tubuh kerajaan sendirian
10 jam lalu · Politik
Undi18 platform anak muda tawar politik segar, kata Tengku Zafrul
10 jam lalu · Politik
Video / Foto
[VIDEO] Bersatu serah memorandum tubuh RCI siasat projek LCS
August 10, 2022
[FOTO] Dragon Muay Thai gegar Bukit Bintang
August 8, 2022

Agenda Daily

Berita tepat dan menyeluruh.

Umum

Tentang kami

Hubungi kami

Penafian

Sosial media

Facebook

Twitter

Youtube

Instagram

TikTok