PEJUANG sedia bekerjasama dengan parti lain selepas PRN Johor

February 26, 2022 · Politik

Parti Pejuang Tanah Air (PEJUANG) sedia bekerjasama dengan parti lain selepas Pilihan Raya Negeri (PRN) Johor, kata Presidennya Datuk Seri Mukhriz Mahathir.

Beliau berkata dalam membentuk kerajaan di Malaysia, langkah itu perlu demi perpaduan dalam kalangan masyarakat pelbagai kaum, agama serta budaya dan parti tersebut ‘hanya mempunyai satu bangsa iaitu Melayu’.

“Pejuang bertanding di 42 kerusi, mahu tak mahu sesebuah kerajaan yang ditubuh mestilah ada campuran wakil semua kaum dan itu tak datang daripada kami, jadi kita kena cari satu kesepakatan dengan pihak lain,” katanya kepada pemberita selepas Program Presiden Pejuang bersama calon di Rengit hari ini.

Bagaimanapun, beliau berkata Pejuang belum menetapkan parti yang bakal dipilih untuk bekerjasama, lapor Bernama.

Ditanya mengenai keyakinan Pejuang yang pertama kali bertanding dan menampilkan calon muka baharu, Mukhriz berkata PRN Johor merupakan platform untuk memperkenal parti itu kepada pengundi.

“Apa yang penting, kita nak kenalkan parti dan calon kepada pengundi. Pengundi muda perlu didedahkan kepada proses kematangan dalam politik, kalau tak dedahkan, sampai bila mereka nak berpengalaman,” katanya.

Sebelum ini, Muhkriz berkata parti itu tidak berhasrat berunding dengan parti Ikatan Demokratik Malaysia (MUDA), susulan pertembungan kedua-dua parti itu di tujuh kerusi DUN PRN Johor 12 Mac ini.

Menurutnya parti itu tidak menjangka MUDA akan bertanding di kawasan pengundi Melayu, sekali gus menyaksikan pertembungan antara dua parti baharu itu.

“Kita sebenarnya tiada apa-apa masalah dengan MUDA, tetapi daripada awal lagi kami berpendirian kami mahu bertanding di kawasan-kawasan yang mempunyai majoriti pengundi Melayu.

“Kita tidak sangka yang MUDA juga minat kerusi-kerusi seperti itu (pengundi Melayu), kerana kita ingatkan fokus MUDA lebih kepada kawasan bandar dan pinggir bandar,” katanya.

Berita berkaitan
Fadillah harap Dr Mahathir henti berpolitik demi negara
March 5, 2023· Politik
Saya tidak terlibat lagi dengan parti Mukhriz: Dr Mahathir
March 4, 2023· Politik
Pejuang mohon masuk PN, Hadi kata akan dibincang
March 4, 2023· Politik
Dr Mahathir sah sertai parti Putra diketuai Ibrahim Ali
March 1, 2023· Politik
Popular
Selain 16 kerusi dimenangi, DAP mahu lagi DUN Selangor untuk ditandingi
March 26, 2023
UMNO akan hulur persahabatan dengan DAP bagi hadapi PRN Pulau Pinang: Zahid
March 26, 2023
Zahid sahkan Noraini dilantik Pengerusi RISDA baharu
March 26, 2023
PRN: Amirudin kata pengundi bukan Melayu kekal sokong PH Selangor
March 26, 2023
Lagi Politik terkini
Zahid sahkan Noraini dilantik Pengerusi RISDA baharu
9 jam lalu · Politik
UMNO akan hulur persahabatan dengan DAP bagi hadapi PRN Pulau Pinang: Zahid
9 jam lalu · Politik
PRN: Amirudin kata pengundi bukan Melayu kekal sokong PH Selangor
14 jam lalu · Politik
Selain 16 kerusi dimenangi, DAP mahu lagi DUN Selangor untuk ditandingi
15 jam lalu · Politik
Kebimbangan kebebasan bersuara disekat meningkat bawah kerajaan Anwar: Media Singapura
22 jam lalu · Politik
Video / Foto
[VIDEO] Laporan polis dakwa Anwar bohong untuk lindungi Guan Eng, aniayai Muhyiddin
March 24, 2023
[VIDEO] Laporan polis premis mahu anjur pesta kepondanan, LGBT
March 22, 2023

Agenda Daily

Berita tepat dan menyeluruh.

Umum

Tentang kami

Hubungi kami

Penafian

Sosial media

Facebook

Twitter

Youtube

Instagram

TikTok