Pejuang sedang ‘ukur baju’ pilih parti gabungan

April 11, 2021 · Politik

Parti Pejuang Tanah Air (Pejuang) belum membuat keputusan sama ada untuk bersendirian atau menganggotai mana-mana gabungan parti politik buat masa ini, kata Presidennya, Datuk Seri Mukhriz Mahathir.

Memetik laporan Bernama, Mukhriz berkata Pejuang masih terbuka dalam perkara itu dan akan membuat pengumuman apabila tiba masanya.

“Kita (Pejuang) pun faham kita nak kena ukur baju atas badan kita sendiri… kita tahu di mana kelebihan serta kelemahan kita. Jadi kita akan berpada-pada dari segi jumlah kita nak bertanding (pilihan raya) dan adakah perlu untuk kita bekerjasama dengan mana-mana pihak.

“Mungkin kita akan menganggotai parti gabungan ataupun kita adakan pakatan atau kerjasama politik untuk tujuan pilihan raya nanti,” katanya kepada pemberita selepas merasmikan pelancaran Pejuang Kelantan di sini hari ini.

Mukhriz juga berkata ketika ini, Pejuang masih berada di blok ketiga iaitu tidak bekerjasama dengan mana-mana parti politik.

“Pada peringkat awalnya, Pejuang adalah blok ketiga iaitu kita tidak ke kanan mahupun ke kiri. Kita ada pendirian tersendiri dan nampaknya pendirian itu tepat sekali,” katanya.

Ditanya jumlah ahli Pejuang, Mukhriz berkata parti itu masih belum didaftarkan secara rasmi maka keahlian tidak dibuat sepenuhnya namun sudah puluhan ribu yang mendaftar secara dalam talian untuk menjadi ahli.

Berita berkaitan
Pejuang tak letak calon enam PRN: Mukhriz
July 22, 2023· Politik
Proklamasi Orang Melayu: Tun M disiasat polis
June 2, 2023· Politik
Dr M sedia bekerjasama dengan Muhyiddin tapi tidak dengan Anwar
June 1, 2023· Politik
Tun M Tinggalkan GTA, fokus perjuang Proklamasi Orang Melayu
May 12, 2023· Politik
Popular
Pegawai Kor Ming diletak calon DAP pada PRK Kuala Kubu Bharu
April 24, 2024
Kerajaan boleh dianggap derhaka jika ingkar adendum, kata Annuar Musa
April 22, 2024
Tiada laporan polis diterima berhubung rakaman tular perbualan lucah
November 17, 2023
Pengapungan harga petrol dijangka beri tekanan kepada rakyat, kata Bersatu
April 18, 2024
Lagi Politik terkini
Pegawai Kor Ming diletak calon DAP pada PRK Kuala Kubu Bharu
15 jam lalu · Politik
Tengku Zafrul hanya hadir sekali ke mesyuarat UMNO Selangor, kata Megat
April 22, 2024 · Politik
Kerajaan boleh dianggap derhaka jika ingkar adendum, kata Annuar Musa
April 22, 2024 · Politik
UMNO kekal pendirian beri laluan kepada calon DAP, kata Mat Hasan
April 22, 2024 · Politik
Tengku Zafrul mohon kebenaran betulkan fakta Zahid dalam kes pengampunan Najib
April 22, 2024 · Politik
Video / Foto
[VIDEO] Mahathir dakwa SPRM ugut Mirzan untuk dakwa dirinya
January 22, 2024
[VIDEO] Siasat saya senang, yang susah siasat PM sebab ada kuasa, kata Mahathir
January 22, 2024

Agenda Daily

Berita tepat dan menyeluruh.

Umum

Tentang kami

Hubungi kami

Penafian

Sosial media

Facebook

Twitter

Youtube

Instagram

TikTok