Pejuang mungkin tak letak calon PRN Melaka

October 17, 2021 · Politik

Parti Pejuang mungkin tidak meletakkan calon untuk bertanding pada Pilihan Raya Negeri (PRN) Melaka berdasarkan kepada pendirian parti itu sebelum ini yang menolak PRN diadakan.

Setiausaha Agung Pejuang, Datuk Amiruddin Hamzah berkata, namun keputusan itu boleh berubah pada saat akhir sekiranya keadaan diyakini lebih selamat untuk diadakan pilihan raya.

Menurutnya, sebarang perubahan akan ditentukan selepas Suruhanjaya Pilihan Raya (SPR) menetapkan tarikh PRN Melaka selain notis akhir untuk menghantar pencalonan.

“Berdasarkan pendirian awal, kami tidak akan meletakkan calon pada PRN Melaka kerana sejak awal lagi Pejuang tidak bersetuju diadakan PRN.

“Buat masa ini, pendirian kami adalah tidak meletakkan calon di 28 kerusi Dewan Undangan Negeri (DUN) Melaka kerana ini pendirian parti,” katanya lapor Sinar Harian.

Tambah Amiruddin, perkara itu masih dibincangkan pucuk pimpinan tertinggi parti dan keputusan muktamad akan diumumkan dalam tempoh berkenaan.

“Kami akan tengok keadaan pada ketika itu, malah semua parti politik masih mengadakan perbincangan termasuk SPR yang belum mengumumkan notis PRN Melaka.

“Secara logiknya, tidak konsisten pula apabila diadakan PRN, Pejuang ambil bahagian sedangkan pendirian kami adalah menolak PRN,” katanya lagi.

Berita berkaitan
Pejuang tak letak calon enam PRN: Mukhriz
July 22, 2023· Politik
Proklamasi Orang Melayu: Tun M disiasat polis
June 2, 2023· Politik
Dr M sedia bekerjasama dengan Muhyiddin tapi tidak dengan Anwar
June 1, 2023· Politik
Tun M Tinggalkan GTA, fokus perjuang Proklamasi Orang Melayu
May 12, 2023· Politik
Popular
Pegawai Kor Ming diletak calon DAP pada PRK Kuala Kubu Bharu
April 24, 2024
Kerajaan boleh dianggap derhaka jika ingkar adendum, kata Annuar Musa
April 22, 2024
Tiada laporan polis diterima berhubung rakaman tular perbualan lucah
November 17, 2023
Pengapungan harga petrol dijangka beri tekanan kepada rakyat, kata Bersatu
April 18, 2024
Lagi Politik terkini
Pegawai Kor Ming diletak calon DAP pada PRK Kuala Kubu Bharu
15 jam lalu · Politik
Tengku Zafrul hanya hadir sekali ke mesyuarat UMNO Selangor, kata Megat
April 22, 2024 · Politik
Kerajaan boleh dianggap derhaka jika ingkar adendum, kata Annuar Musa
April 22, 2024 · Politik
UMNO kekal pendirian beri laluan kepada calon DAP, kata Mat Hasan
April 22, 2024 · Politik
Tengku Zafrul mohon kebenaran betulkan fakta Zahid dalam kes pengampunan Najib
April 22, 2024 · Politik
Video / Foto
[VIDEO] Mahathir dakwa SPRM ugut Mirzan untuk dakwa dirinya
January 22, 2024
[VIDEO] Siasat saya senang, yang susah siasat PM sebab ada kuasa, kata Mahathir
January 22, 2024

Agenda Daily

Berita tepat dan menyeluruh.

Umum

Tentang kami

Hubungi kami

Penafian

Sosial media

Facebook

Twitter

Youtube

Instagram

TikTok