Pejuang mohon masuk PN, Hadi kata akan dibincang

March 4, 2023 · Politik

Permohonan Parti Pejuang Tanah Air (Pejuang) untuk menyertai Perikatan Nasional (PN) akan diteliti dan dibincangkan dalam Mesyuarat Majlis Tertinggi gabungan itu, lapor Sinar Harian.

Timbalan Pengerusi PN, Tan Sri Abdul Hadi Awang berkata penyertaan mana-mana pihak dalam gabungan itu perlu dibincangkan secara kolektif melibatkan semua parti komponen.

“Saya ada menerima surat dari Pejuang mengenai permohonan untuk menyertai PN, kita akan bincang perkara ini dalam mesyuarat.

“(Tarikh mesyuarat) kita belum terima lagi daripada setiausaha parti,” katanya kepada media selepas hadir menyempurnakan Majlis Penutup Hari As-Sabiqun di Dewan Tok Guru, Rusila di Marang pada Sabtu (4 Mac 2023).

Presiden PAS itu menyifatkan permohonan tersebut sebagai perkembangan positif buat PN.

“Itu menandakan PN mendapat sambutan daripada semua pihak,” katanya.

Pejuang sebelum ini dilaporkan berkata menghantar surat permohonan bagi menyertai PN.

Presiden Pejuang, Datuk Seri Mukhriz Mahathir berkata surat berkenaan diutuskan kepada Pengerusi PN, Tan Sri Muhyiddin Yassin selain salinan turut diserahkan kepada Abdul Hadi dan Presiden Gerakan, Datuk Dr Dominic Lau Hoe Chai.

Berita berkaitan
Hanya perang saraf UMNO selepas kalah, kata Hadi
March 19, 2023· Politik
Kecam perarakan cosplay PAS di Terengganu, tapi membisu perarakan bendera LGBT?
March 15, 2023· Isu semasa
Tak kenang budi, dulu dia dizalimi PAS juga yang dicari: Idris
March 10, 2023· Politik
Pendakwaan terhadap pemimpin PN untuk tutup kegagalan kerajaan campuran: Muhyiddin
March 10, 2023· Politik
Popular
Menteri agama ditegur bermain wayang dalam isu ziarah gereja
March 20, 2023
Apa yang dipertahan PKR adalah ajaran Kitab Injil: Hadi Awang
March 19, 2023
RM2.25 juta berjaya dikumpul untuk bayar ganti rugi kes saman MP DAP
March 20, 2023
Hala tuju kerajaan PH-BN bela nasib rakyat semakin tersasar
March 20, 2023
Lagi Politik terkini
Menteri agama ditegur bermain wayang dalam isu ziarah gereja
12 jam lalu · Politik
RM2.25 juta berjaya dikumpul untuk bayar ganti rugi kes saman MP DAP
15 jam lalu · Politik
Zahid dakwa akar umbi mahu UMNO kekal bersama DAP dalam kerajaan
18 jam lalu · Politik
Hala tuju kerajaan PH-BN bela nasib rakyat semakin tersasar
19 jam lalu · Politik
Warisan tak tolak bekerjasama dengan UMNO hadapi PRN Sabah: Shafie
22 jam lalu · Politik
Video / Foto
[VIDEO] Anak muda pantang ditipu, lebih yakin dengan Perikatan
16 jam lalu
[VIDEO] Sertai Pakatan dakyah ‘cybertrooper’, PAS tawakal dengan Bersatu
20 jam lalu

Agenda Daily

Berita tepat dan menyeluruh.

Umum

Tentang kami

Hubungi kami

Penafian

Sosial media

Facebook

Twitter

Youtube

Instagram

TikTok