Peja yakin PN menang, tak sabar tunggu pengiraan undi

November 19, 2022 · Politik

Timbalan Presiden Bersatu Datuk Seri Ahmad Faizal Azumu sudah tidak sabar untuk mengetahui keputusan Pilihan Raya Umum Ke-15 (PRU-15) yang berlangsung hari ini (Sabtu, 19 November 2022).

Calon Perikatan Nasional yang bertanding mempertahankan kerusi Parlimen Tambun berdepan Presiden PKR yang juga Pengerusi Pakatan Harapan (PH) Datuk Seri Anwar Ibrahim itu, berharap keputusan pilihan raya tidak melewati sehingga waktu tengah malam.

Ini kerana katanya, SPR mempunyai petugas yang mencukupi selain penggunaan teknologi yang boleh mempercepat dan melancarkan urusan berkenaan.

“Saya harap jangan lama sangat. Dunia makin hari makin maju. Lagi pun SPR ada cukup petugas.

“Saya fikir nak kira undi bukan terlalu sulit. Harap tak perlu tunggu sampai tengah malam. Saya juga harapkan semuanya berjalan lancar,” katanya selepas hadir mengundi di Sekolah Agama Rakyat (SAR) Ihtidayah Tambun Height di Tambun, pagi tadi.

Mengenai peluang untuk mengekalkan kerusi yang disandangnya itu, Ahmad Faizal optimis Perikatan Nasional mampu mencapai kejayaan bersandarkan gelombang sokongan terhadap gabungan parti di seluruh negara.

“Secara jujurnya selepas dua minggu berkempen, saya rasa ada gelombang di seluruh negara yang menyokong Perikatan Nasional …sangat menggalakkan,” katanya.

Beliau serta Pengerusi Perikatan Nasional Tan Sri Muhyiddin Yassin turut mengucapkan takziah kepada keluarga calon parti itu bagi kerusi Dewan Undangan Negeri (DUN) Tioman, Md Yunus Ramli, yang meninggal dunia awal pagi tadi.

“Saya rasa amat berduka cita dan ingin menyampaikan ucapan takziah kepada keluarga beliau dan kita sama-sama doakan agar roh Allahyarham ditempatkan bersama-saa orang beriman serta beramal soleh,” katanya.

Susulan itu, proses pengundian bagi kerusi DUN Tioman ditangguhkan kepada 7 Disember depan.

Pengerusi Suruhanjaya Pilihan Raya (SPR) Tan Sri Abdul Ghani Salleh berkata SPR menetapkan tarikh baharu bagi pilihan raya DUN N.42 Tioman seperti berikut:

Tarikh Writ: 19 November 2022 (Sabtu);
Hari Penamaan Calon: 24 November 2022 (Khamis);
Hari Mengundi Awal: 3 Disember 2022 (Sabtu); dan
Hari Mengundi: 7 Disember 2022 (Rabu).

Malaysia Memilih
Semak keputusan PRU15
Berita berkaitan
Dulu kritik PM jadi Menteri Kewangan, sekarang Rafizi kata boleh pula
6 jam lalu· Politik
Saya seleweng RM600 bilion?
7 jam lalu· Rencana
Tarik sokongan dan desak PRU-15 masa banjir, siapa yang meroyan sebenarnya Zahid?
December 4, 2022· Politik
DAP telan setiap keputusan Anwar, malah sokong kleptokrat kembali
December 4, 2022· Politik
Popular
Shahidan cadang lagu ‘penyamun’ didendang PH kepada UMNO ditukar
December 5, 2022
Habuan calon MIC tarik diri: PH-UMNO mula nak salah guna kuasa
December 5, 2022
Angkat semula kleptokrat, MP PKR malu nak ungkap lagi kata keramat ‘reformasi’
December 5, 2022
Wayang politik: Pakatan PH-UMNO kerajaan atau pembangkang?
December 5, 2022
Lagi Politik terkini
Segerakan juga siasat pemimpin PH main isu sensitiviti umat Islam: Hadi
51 minit lalu · Politik
MP PKR malu, tertipu bila Anwar bersekongkol dengan kleptokrat
3 jam lalu · Politik
Kumpulan berfahaman kiri mudah pengaruhi kerajaan PH-UMNO
4 jam lalu · Politik
Wayang politik: Pakatan PH-UMNO kerajaan atau pembangkang?
5 jam lalu · Politik
Saya seleweng RM600 bilion?
7 jam lalu · Politik
Video / Foto
[VIDEO] Muhyiddin tak takut disiasat, dakwaan RM600 bilion berniat jahat
1 jam lalu
[VIDEO] Ucapan Ustaz Nassuruddin di ceramah PRK Padang Serai
6 jam lalu

Agenda Daily

Berita tepat dan menyeluruh.

Umum

Tentang kami

Hubungi kami

Penafian

Sosial media

Facebook

Twitter

Youtube

Instagram

TikTok