Peja tetap pertahan Tambun, tidak gentar lawan Anwar

October 27, 2022 · Politik

Penyandang Parlimen Tambun Datuk Seri Ahmad Faizal Azumu sekali lagi mengulang pendiriannya untuk kekal bertempur di kerusi itu pada Pilihan Raya Umum ke-15 (PRU-15), 19 November nanti.

Meskipun dijangka bakal berdepan dengan ketua pembangkang yang juga calon Perdana Menteri Pakatan Harapan, anak jati Tambun itu tetap bertekad untuk terus mempertahankan kerusi yang dimenanginya pada PRU-14 lalu.

“Saya tidak akan lari ke mana-mana, saya akan kekal (bertanding) di situ (Parlimen Tambun) walau badai taufan datang melanda.

“Yang penting bukan sebab (Datuk Seri) Anwar Ibrahim, bukan sebab Peja (Ahmad Faizal). Yang pentingnya adalah rakyat,” katanya yang juga Timbalan Presiden Bersatu ketika ditemui pada Majlis Penutup Forum Eksekutif Muda Global 2022 (FEMG22) di Putrajaya, hari ini.

Sebelum ini  dalam responsnya terhadap pengumuman Anwar yang juga Pengerusi PH untuk bertanding di Tambun, Ahmad Faizal menegaskan tetap akan mempertahankan kerusi itu.

Pengumuman Anwar itu sekali gus mengesahkan beliau melepaskan kawasan disandangnya, Port Dickson yang dimenangi dengan majoriti 23,560 undi dalam Pilihan Raya Kecil (PRK) Port Dickson pada 13 Oktober 2018 sebaik menerima pengampunan diraja sejurus PH membentuk kerajaan pada PRU-14.

Sebelumnya, Ahmad Faizal yang bertanding atas tiket PH pada RU-14 menggunakan logo PKR menang dalam pertembungan tiga penjuru menentang calon Barisan Nasional (BN) dan PAS  dengan 38,661 undi (majoriti 5,320 undi).

Malaysia Memilih
Semak keputusan PRU15
Berita berkaitan
Selepas berkawan dengan UMNO, PH tidak lagi hormati kebebasan bersuara
3 jam lalu· Politik
Majoriti rakyat tolak kluster mahkamah dalam Kabinet bakal dibentuk Anwar
10 jam lalu· Politik
Calon PN Padang Serai beri keterangan polis selepas penyokong PH koyak
10 jam lalu· Politik
Sedia ke Bukit Aman jika disiasat, kata Hadi
12 jam lalu· Politik
Popular
Dakwaan Agong campur tangan bentuk kerajaan, NGO lapor polis terhadap Zahid
November 29, 2022
Calon PN Padang Serai beri keterangan polis selepas penyokong PH koyak
November 29, 2022
Sedia ke Bukit Aman jika disiasat, kata Hadi
November 29, 2022
3 kali runding UMNO Pahang tolak perpaduan ummah, rela ikut DAP
November 29, 2022
Lagi Politik terkini
MP Baling nafi sebar audio rakaman fitnah Anwar, beri penjelasan
3 jam lalu · Politik
PAS tunjuk bukti sikap DAP terhadap Islam, Melayu. UMNO buat-buat lupa
8 jam lalu · Politik
3 kali runding UMNO Pahang tolak perpaduan ummah, rela ikut DAP
8 jam lalu · Politik
Dakwaan Agong campur tangan bentuk kerajaan, NGO lapor polis terhadap Zahid
14 jam lalu · Politik
Amanah beri laluan kepada UMNO bertanding di Tioman selepas Zahid sokong PH-DAP
14 jam lalu · Politik
Video / Foto
[VIDEO] Muhyiddin zahir terima kasih, Perikatan tidak akan sertai kerajaan Anwar
November 25, 2022
[VIDEO] Setpol Ismail Sabri dikaitkan rancang jatuhkan Najib
November 25, 2022

Agenda Daily

Berita tepat dan menyeluruh.

Umum

Tentang kami

Hubungi kami

Penafian

Sosial media

Facebook

Twitter

Youtube

Instagram

TikTok