Pecutan terakhir parti politik berkempen sebelum PRN Johor

March 10, 2022 · Politik

Berbaki kurang 48 jam sebelum tempoh berkempen Pilihan Raya Negeri (PRN) Johor melabuhkan tirainya, calon-calon dan jentera-jentera parti melakukan pecutan terakhir dalam kempen untuk bertemu seberapa ramai pengundi sebelum bangsa Johor memilih wakil rakyat masing-masing.

Kempen saat-saat akhir pemimpin parti-parti politik, calon serta jentera parti menyaksikan mereka giat melakukan program tinjauan mesra, ceramah umum, serta ramah mesra dengan rakyat dari utara hingga ke timur Johor, bermula dari awal pagi sehingga lewat malam, menurut laporan Bernama.

Hari ini misalnya, Pengerusi Barisan Nasional (BN) Datuk Seri Ahmad Zahid Hamidi menghadiri majlis ramah mesra di kawasan Dewan Undangan Negeri (DUN) Serom dan Gambir di Tangkak, manakala timbalannya Datuk Seri Mohamad Hasan menyertai majlis ramah mesra di pusat daerah mengundi Kampung Lukut, Kota Tinggi.

Pengerusi Perikatan Nasional (PN) Tan Sri Muhyiddin Yassin pula menghadiri Program Kembara Hari Wanita 2022 di Muar dan menghadiri dialog bersama orang muda di Dewan Tok Mior, Air Tawar Endau di Mersing.

Sementara pemimpin Pakatan Harapan termasuk Pengerusinya Datuk Seri Anwar Ibrahim, Presiden Amanah Mohamad Sabu dan Setiausaha Agung DAP Lim Guan Eng dijadualkan mengadakan ‘ceramah finale akhir’ di Taman Impiana, Kulai malam esok.

Suruhanjaya Pilihan Raya (SPR) sebelum ini membenarkan aktiviti ceramah, syarahan dan kempen secara fizikal dijalankan hingga 12 tengah malam selain ziarah rumah ke rumah.

Seramai 239 calon daripada 15 parti termasuk 16 calon Bebas akan bertanding bagi merebut 56 kerusi Dewan Undangan Negeri (DUN) pada PRN Johor, Sabtu ini.

“Gelombang biru” mendominasi dalam mewarnai kempen PRN Johor melibatkan parti-parti yang menggunakan logo biru iaitu Barisan Nasional (BN), Perikatan Nasional (PN), Parti Pejuang dan parti komponen Pakatan Harapan (PH)-PKR yang menggunakan logo sendiri.

Penganalisis politik Dr Che Hamdan Che Mohd Razali berkata jentera parti akan digembleng untuk mempergiat kempen rumah ke rumah bagi memastikan pengundi khususnya ahli dan pengundi setia parti masing-masing, keluar mengundi dan kekal memilih mereka.

“Ini penting sekiranya peratusan keluar mengundi rendah akibat pengundi luar tidak balik dan keputusan akan memihak kepada penguasaan parti setempat,” katanya.

Bagi lebih 700,000 pengundi baharu terutama yang pertama kali mengundi, Pensyarah Kanan Fakulti Sains Pentadbiran dan Pengajian Polisi Universiti Teknologi MARA (UiTM) itu berkata usaha perlu dipergiatkan bagi menarik sokongan mereka kerana golongan tersebut mampu membuat dan menukar pilihan pada saat-saat akhir.

Mengenai parti yang berada di garisan hadapan pada PRN itu, Che Hamdan berpendapat BN mempunyai kelebihan berdasarkan gerakan dan mobilasi jentera mereka dengan pimpinan peringkat pusat dan setiap negeri turun berkempen membantu calon.

“Kedudukan mereka sebagai kerajaan di peringkat pusat dan juga negeri memberi kelebihan pada pilihan raya negeri ini,” katanya.

Seramai 2,539,606 pengundi biasa daripada 2,597,742 pengundi berdaftar, layak mengundi pada Sabtu ini.

Sebanyak 1,021 pusat mengundi biasa yang mengandungi 4,638 tempat mengundi atau saluran telah ditetapkan seluruh Johor.

Seramai 49,290 petugas akan terlibat mengendalikan proses PRN Johor.

SPR telah menyasarkan 70 peratus pemilih berdaftar akan keluar mengundi pada Sabtu ini.

Berita berkaitan
Saman fitnah: Rayuan Jamal ditolak, perlu bayar RM300 ribu kepada Kok
March 27, 2024· Isu semasa
Dewan Rakyat: Usul gantung Wan Saiful ditarik balik
March 5, 2024· Politik
DAP semakin berani disebabkan UMNO hanya ‘penumpang’ dalam kerajaan
February 13, 2024· Politik
Isu RM750 juta, PAS minta PMX beri penjelasan jangan melulu buat tuduhan
January 10, 2024· Politik
Popular
Sekarang rakyat cakap balik kepada Tambun, ‘Hang yang tak reti jaga negeri’
March 5, 2024
Rafizi balas kecaman Puad, ‘dia saja seorang bising’
March 27, 2024
Dulu kata Dr M mahazalim, sekarang siapa mahazalim, mahafiraun?
March 13, 2023
Lagi Politik terkini
Rafizi balas kecaman Puad, ‘dia saja seorang bising’
March 27, 2024 · Politik
Selepas Zahid, Isa Samad juga dibebas daripada tuduhan rasuah RM3 juta
March 6, 2024 · Politik
Anwar patut jawab kejatuhan ringgit bukan orang lain, kata Ahli Parlimen
March 5, 2024 · Politik
Sekarang rakyat cakap balik kepada Tambun, ‘Hang yang tak reti jaga negeri’
March 5, 2024 · Politik
NGO bidas kerajaan perkenal kod etika, dakwa cuba sekat media
February 21, 2024 · Politik
Video / Foto
[VIDEO] Mahathir dakwa SPRM ugut Mirzan untuk dakwa dirinya
January 22, 2024
[VIDEO] Siasat saya senang, yang susah siasat PM sebab ada kuasa, kata Mahathir
January 22, 2024

Agenda Daily

Berita tepat dan menyeluruh.

Umum

Tentang kami

Hubungi kami

Penafian

Sosial media

Facebook

Twitter

Youtube

Instagram

TikTok