Pecat Phahrolrazi perkara biasa, kata Mat Sabu selepas didakwa ikut telunjuk DAP

October 31, 2022 · Politik

Selepas didakwa mengikut telunjuk DAP, Mohamad Sabu menafikan dakwaan tersebut berhubung pemecatan Pengerusi Amanah Kedah, Datuk Phahrolrazi Mohd Zawawi yang diumumkan semalam.

Phahrolrazi semalam dipecat daripada jawatannya selepas Amanah Kedah enggan tunduk kepada permintaan DAP untuk bertanding di kerusi Parlimen Jerai, bagaimanapun pemimpin pusat terpaksa akur dengan memberi kerusi tersebut kepada DAP.

“Dalam disiplin parti ia perkara biasa… dahulu dalam parti lama PAS Datuk Asri (bekas Yang Dipertua Agung, Datuk Mohd Asri Muda) pun diambil tindakan disiplin,” katanya dipetik laporan BH.

Phahrolrazi yang juga Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) Alor Mengkudu itu dipecat parti semalam, kononnya atas alasan didapati melanggar perlembagaan parti.

Setiausaha Agung Amanah, Datuk Dr Mohd Hatta Md Ramli dilaporkan berkata, Phahrolrazi mengingkari keputusan dan melakukan perbuatan yang bertentangan dengan kepentingan parti.

Pemecatan dibuat berasaskan peruntukan kuasa di bawah Fasal 6.2(b), Jawatankuasa Pengurusan Nasional Parti Amanah Negara yang bermesyuarat semalam.

Phahrolrazi dalam kenyataan medianya semalam berkata tindakan membantah keputusan meletakkan calon DAP bagi kerusi Parlimen Jerai bermatlamat menjaga kepentingan Pakatan Harapan (PH) dan membolehkan Datuk Seri Anwar Ibrahim menjadi Perdana Menteri Ke-10.

Sementara itu, Mohamad yang juga Ahli Parlimen Kota Raja itu mengesahkan kerusi DUN Jerai dan Changkat Jong diberikan kepada DAP.

Malaysia Memilih
Semak keputusan PRU15
Berita berkaitan
Saya tolak tawaran Anwar untuk jadi menteri, kata Gobind
12 jam lalu· Politik
Shahidan sindir MP UMNO-BN dipinggir daripada Kabinet, hampa kena game?
12 jam lalu· Politik
Lantikan Zahid sebagai TPM bukti kerajaan baharu bersih
December 2, 2022· Isu semasa
Hormati pengantin baharu, calon BN bakal beri laluan kepada PH di Padang Serai
December 2, 2022· Politik
Popular
Shahidan sindir MP UMNO-BN dipinggir daripada Kabinet, hampa kena game?
December 3, 2022
Ingat nak hantar Zahid ke penjara, rupanya ke Putrajaya: PH kena sindir
December 3, 2022
Reformasi apa jika Anwar turut pegang Kementerian Kewangan?
December 3, 2022
Saya tolak tawaran Anwar untuk jadi menteri, kata Gobind
December 3, 2022
Lagi Politik terkini
Zahid hadapi tuduhan rasuah, tak patut dilantik jadi TPM: BERSIH
12 jam lalu · Politik
Ingat nak hantar Zahid ke penjara, rupanya ke Putrajaya: PH kena sindir
12 jam lalu · Politik
DAP tak puas hati komposisi menteri UMNO lebih ramai, tapi menang sikit
16 jam lalu · Politik
Kewibawaan Kabinet Anwar terjejas setelah Zahid dilantik TPM: IDEAS
16 jam lalu · Politik
Kehancuran total pun mungkin tak mampu insafkan UMNO: Mokhtar
17 jam lalu · Politik
Video / Foto
[VIDEO] Jangan berkira duit balik mengundi demi bangsa dan agama
December 3, 2022
[VIDEO] Ucapan Sanusi di PRK Padang Serai
December 3, 2022

Agenda Daily

Berita tepat dan menyeluruh.

Umum

Tentang kami

Hubungi kami

Penafian

Sosial media

Facebook

Twitter

Youtube

Instagram

TikTok