PBM hanya bertanding kerusi penyandang pada PRU-15, kata Zuraida

September 24, 2022 · Politik

Parti Bangsa Malaysia (PBM) hanya akan meletakkan calon di kerusi Parlimen dan Dewan Undangan Negeri (DUN) yang disandang ahli parti itu sahaja pada Pilihan Raya Umum Ke-15 (PRU-15).

Bakal Presiden PBM Datuk Zuraida Kamaruddin berkata ketika ini, parti itu tidak mahu membuang masa kepada kawasan lain, kerana percaya calon sedia ada mampu kekalkan kerusi mereka, lapor Bernama.

“Semuanya melibatkan calon penyandang sahaja pada PRU15, nanti kerana potensi untuk kekalkan kerusi sedia ada amat cerah, pengundi telah kenal kita, malah jentera pun dah ada di kawasan Parlimen dan DUN terlibat,” katanya kepada pemberita selepas merasmikan pejabat PBM Pulau Pinang di Juru, di sini hari ini.

Mengulas lanjut, Ahli Parlimen Ampang itu berkata selain beliau sendiri di Ampang, kawasan Parlimen lain akan ditandingi PBM termasuk Larry Sn’g di Julau dan Steven Choong di Tebrau.

Manakala bagi DUN pula terdiri daripada tiga di Perak iaitu A.Sivasubramaniam (Buntong), Paul Yong (Tronoh) dan Leong Cheok Keng (Malim Nawar) serta dua di Selangor, iaitu Haniza Mohamed Talha (Lembah Jaya) dan Daroyah Alwi (Sementa).

Zuraida berkata beberapa lagi Ahli Parlimen akan turut menyertai PBM dan bertanding pada PRU15 atas kerusi parti itu, namun beliau enggan mendedahkan identiti mereka hari ini kerana ia akan diumumkan ketika Mesyuarat Agung Tahunan PBM, 1 Okt.

Zuraida memenangi kerusi Ampang untuk PKR sejak 2008 sebelum menyertai Bersatu pada 2020. Beliau kemudian meninggalkan parti itu dan menyertai PBM pada Mei tahun ini.

Berita berkaitan
PRK KKB: PN letak calon tempatan lawan calon DAP dari Ampang
3 jam lalu· Politik
Pegawai Kor Ming diletak calon DAP pada PRK Kuala Kubu Bharu
April 24, 2024· Politik
UMNO kekal pendirian beri laluan kepada calon DAP, kata Mat Hasan
April 22, 2024· Politik
PRK Kemaman: Peratusan keluar mengundi setakat 4 petang sebanyak 60 peratus
December 2, 2023· Isu semasa
Popular
Kerajaan boleh dianggap derhaka jika ingkar adendum, kata Annuar Musa
April 22, 2024
Tengku Zafrul hanya hadir sekali ke mesyuarat UMNO Selangor, kata Megat
April 22, 2024
Selepas Noh, Khairy juga dipecat dan Hishammuddin digantung keahlian
January 28, 2023
Pegawai Kor Ming diletak calon DAP pada PRK Kuala Kubu Bharu
April 24, 2024
Lagi Politik terkini
Tengku Zafrul hanya hadir sekali ke mesyuarat UMNO Selangor, kata Megat
April 22, 2024 · Politik
Kerajaan boleh dianggap derhaka jika ingkar adendum, kata Annuar Musa
April 22, 2024 · Politik
Tengku Zafrul mohon kebenaran betulkan fakta Zahid dalam kes pengampunan Najib
April 22, 2024 · Politik
Kor Ming mahu UMNO bantu habis-habisan calon DAP di Kuala Kubu Bharu
April 22, 2024 · Politik
Azmin dakwa rumah terbuka Aidilfitri Bersatu disekat kerajaan Selangor
April 18, 2024 · Politik
Video / Foto
[VIDEO] Mahathir dakwa SPRM ugut Mirzan untuk dakwa dirinya
January 22, 2024
[VIDEO] Siasat saya senang, yang susah siasat PM sebab ada kuasa, kata Mahathir
January 22, 2024

Agenda Daily

Berita tepat dan menyeluruh.

Umum

Tentang kami

Hubungi kami

Penafian

Sosial media

Facebook

Twitter

Youtube

Instagram

TikTok