PBM bakal hantar permohonan sertai BN dalam masa terdekat: Zuraida

July 3, 2022 · Politik

Permohonan Parti Bangsa Malaysia (PBM) untuk menyertai gabungan Barisan Nasional (BN) akan dibuat dalam masa terdekat.

Bakal Presiden PBM, Datuk Zuraida Kamaruddin mengesahkan mereka sedang membincangkan berhubung permohonan untuk menyertai BN dan akan memuktamadkannya dalam masa terdekat sebagai persediaan menghadapi pilihan raya umum ke-15 (PRU-15).

“Saya belum lagi menghantar surat permohonan untuk menganggotai BN (sebaliknya) akan memuktamadkan perkara ini dalam masa terdekat menerusi perbincangan antara kepemimpinan tertinggi parti.

“Kita lihat dalam kerajaan sekarang ada BN dan PN (Perikatan Nasional), tetapi saya tahu PN selalu bergaduh dengan BN, itu kerajaan sekaranglah,” katanya dipetik laporan BH.

Zuraida terdahulu mengadakan lawatan kerja ke Ladang Koko Ting Agro Entrerprise, Panchor, hari ini.

Zuraida yang diumumkan sebagai `Presiden pengganti’ PBM, turut mengakui pernah menawarkan penyertaan parti itu dalam PN untuk berjuang bersama-sama sebagai satu gabungan politik.

“Saya hendak membantu memperkukuhkan mereka (PN) antara sebuah parti pelbagai kaum dengan parti yang dipimpin oleh seorang wanita yang mana kepemimpinan wanita di negara ini sekarang masih lompong.

“PBM adalah sebuah parti berteraskan akar umbi yang kuat, 150 bahagian dan bakal merubah landskap politik negara ini,” katanya lagi.

Beliau turut mengesahkan masih belum berkesempatan bertemu Perdana Menteri, Datuk Seri Ismail Sabri Yaakob untuk berbincang mengenai status jawatannya sebagai menteri Kabinet.

Sebelum ini, Presiden PBM, Larry Sng dilaporkan berkata, PBM adalah parti yang menyokong kerajaan Keluarga Malaysia yang dipelopori Datuk Seri Ismail Sabri Yaakob selaku Perdana Menteri.

Selain itu, Pengerusi BN, Datuk Seri Dr Ahmad Zahid Hamidi sebelum ini turut memaklumkan belum menerima permohonan rasmi daripada PBM, bagaimanapun terbuka untuk mempertimbangkan penyertaan parti itu bagi menyertai gabungan besar BN.

Berita berkaitan
Kerajaan boleh dianggap derhaka jika ingkar adendum, kata Annuar Musa
April 22, 2024· Politik
Tengku Zafrul mohon kebenaran betulkan fakta Zahid dalam kes pengampunan Najib
April 22, 2024· Politik
Kor Ming mahu UMNO bantu habis-habisan calon DAP di Kuala Kubu Bharu
April 22, 2024· Politik
DAP semakin berani disebabkan UMNO hanya ‘penumpang’ dalam kerajaan
February 13, 2024· Politik
Popular
Kerajaan boleh dianggap derhaka jika ingkar adendum, kata Annuar Musa
April 22, 2024
Pegawai Kor Ming diletak calon DAP pada PRK Kuala Kubu Bharu
April 24, 2024
Pengapungan harga petrol dijangka beri tekanan kepada rakyat, kata Bersatu
April 18, 2024
Tengku Zafrul letak jawatan bendahari UMNO Selangor, tak sehaluan
April 1, 2024
Lagi Politik terkini
Pegawai Kor Ming diletak calon DAP pada PRK Kuala Kubu Bharu
April 24, 2024 · Politik
Tengku Zafrul hanya hadir sekali ke mesyuarat UMNO Selangor, kata Megat
April 22, 2024 · Politik
UMNO kekal pendirian beri laluan kepada calon DAP, kata Mat Hasan
April 22, 2024 · Politik
Azmin dakwa rumah terbuka Aidilfitri Bersatu disekat kerajaan Selangor
April 18, 2024 · Politik
Terdapat ‘kesilapan fakta’ dalam afidavit Zahid, kata Tengku Zafrul
April 18, 2024 · Politik
Video / Foto
[VIDEO] Mahathir dakwa SPRM ugut Mirzan untuk dakwa dirinya
January 22, 2024
[VIDEO] Siasat saya senang, yang susah siasat PM sebab ada kuasa, kata Mahathir
January 22, 2024

Agenda Daily

Berita tepat dan menyeluruh.

Umum

Tentang kami

Hubungi kami

Penafian

Sosial media

Facebook

Twitter

Youtube

Instagram

TikTok