PAU jadi wadah serlahkan kestabilan UMNO : Hishammuddin

March 25, 2021 · Politik

Kestabilan UMNO sebagai sebuah parti yang memperjuangkan agenda kesatuan Melayu dan Islam perlu diserlahkan menjelang Perhimpunan Agung UMNO (PAU) yang bakal berlangsung pada hujung minggu ini, gesa Ketua UMNO Bahagian Sembrong Datuk Seri Hishammuddin Hussein.

Hishammuddin berkata acara tahunan parti tersebut perlu dijadikan medan untuk para penyokong akar umbi parti menunjukkan kesatuan dan merapatkan saf bagi memastikan hala tuju masa depan yang jelas untuk UMNO.

“Perhimpunan kali ini mestilah berupaya menyerlahkan kestabilan UMNO di setiap peringkat yang berlandaskan semangat kebersamaan, kesetiaan yang tidak berbelah bahagi terhadap parti serta ketaatan kepada pucuk pimpinan parti terutama institusi presiden.

“Kestabilan ini penting sekiranya kita mahu UMNO diyakini sebagai institusi terbaik untuk memimpin negara serta dilihat sebagai parti yang ikhlas dalam mempertahankan agenda kesatuan Melayu Islam,” katanya dalam satu kenyataan hari ini.

Bendahari Agung Barisan Nasional (BN) itu juga menekankan tentang betapa pentingnya kestabilan parti dipelihara dalam menetukan jatuh bangun UMNO untuk menghadapi pilihan raya umum depan nanti.

“Kestabilan jugalah yang UMNO boleh tawarkan kepada rakyat berasaskan pengalaman yang panjang,” katanya.

Menurut Hishammuddin, agenda kesatuan Melayu Islam yang diperjuangkan UMNO selain kesungguhan membela kaum-kaum lain bukan sahaja akan menjamin kestabilan masa depan parti malah wajib dipertahankan demi melakar masa depan Malaysia yang lebih gemilang.

“Justeru, semasa bersidang kelak, bincanglah dengan penuh hikmah dan bijaksana,” ujarnya lagi.

Beliau juga menyeru supaya persidangan berlangsung sebarang bentuk perbahasan dan tidak persefahaman perlu dibincang secara bijaksana bukan hanya kerana emosi semata-mata.

“Justeru, semasa bersidang kelak, bincanglah dengan penuh hikmah dan bijaksana,” katanya.

Berita berkaitan
Tengku Zafrul letak jawatan bendahari UMNO Selangor, tak sehaluan
April 1, 2024· Politik
DAP Johor bidas tindakan Akmal, boleh jadi benih ekstremisme
April 1, 2024· Politik
Saman fitnah: Rayuan Jamal ditolak, perlu bayar RM300 ribu kepada Kok
March 27, 2024· Isu semasa
Dewan Rakyat: Usul gantung Wan Saiful ditarik balik
March 5, 2024· Politik
Popular
Asyraf Wajdi kini sokong kerajaan PH-BN selepas kalah tiga kali
November 28, 2022
Jika Onn masih hidup, pemimpin UMNO seru undi DAP dah kena tampar
May 23, 2023
Menteri langgar SOP boleh, takkan kempen bersemuka tak boleh: Guan Eng
February 14, 2022
PRU-15: Amanah Tak faham kenapa PKR kuat menolak tidak mahu jumpa Dr Mahathir
October 23, 2022
Lagi Politik terkini
Anwar bantah permohonan ujian poligraf dibuat Yusoff Rawther: Laporan
March 30, 2024 · Politik
Rafizi balas kecaman Puad, ‘dia saja seorang bising’
March 27, 2024 · Politik
Selepas Zahid, Isa Samad juga dibebas daripada tuduhan rasuah RM3 juta
March 6, 2024 · Politik
Anwar patut jawab kejatuhan ringgit bukan orang lain, kata Ahli Parlimen
March 5, 2024 · Politik
Sekarang rakyat cakap balik kepada Tambun, ‘Hang yang tak reti jaga negeri’
March 5, 2024 · Politik
Video / Foto
[VIDEO] Mahathir dakwa SPRM ugut Mirzan untuk dakwa dirinya
January 22, 2024
[VIDEO] Siasat saya senang, yang susah siasat PM sebab ada kuasa, kata Mahathir
January 22, 2024

Agenda Daily

Berita tepat dan menyeluruh.

Umum

Tentang kami

Hubungi kami

Penafian

Sosial media

Facebook

Twitter

Youtube

Instagram

TikTok