PAU 2023: Pemuda UMNO tetap tak jemput parti lain

June 3, 2023 · Politik

Pemuda UMNO sebulat suara untuk tidak menjemput wakil mana-mana parti kerajaan perpaduan ke Perhimpunan Agung UMNO (PAU) 2023 sayap itu yang dijadualkan, minggu depan meskipun dinafikan Setiausaha Agung UMNO, Datuk Asyraf Wajdi Dusuki sebelum ini.

Ketuanya, Dr Muhamad Akmal Saleh menjelaskan soal keputusan yang dicapai itu melalui satu hantaran di Facebook, hari ini.

“Keputusan untuk tidak menjemput mana-mana parti ke perhimpunan Pemuda UMNO adalah keputusan diambil bersama oleh semua barisan exco dan ketua pemuda negeri.

“Diundi dan mendapat undian sebulat suara oleh semua exco dan ketua pemuda UMNO negeri,” katanya.

Menurutnya, ruang itu nanti akan digunakan untuk memperbetulkan segala isu dalaman yang wujud dalam kalangan ahli pemuda.

“Ini ruang untuk kita perjelas, meluah dan perbetulkan apa yang menjadi tanda tanya di kalangan adik beradik kita.

“Ini rumah kita. Kita nak jaga rumah kita. Nak betulkan dulu apa yang berlaku dalam rumah kita, sebelum nak jemput orang luar masuk dan duduk bersama kita,” katanya lagi.

Menerusi video yang turut dikongsi pada kenyataan itu, Akmal berkata persidangan sayap itu nanti merupakan ruang untuk Pemuda UMNO memperbaiki hubungan antara mereka.

“Sebab itu pada kali ini insya-Allah untuk persidangan kali ini Pemuda UMNO tidak akan menjemput mana-mana parti, sebab bagi saya pada kali ini adalah masa untuk kita perbaiki dahulu hubungan rumah kita.

“Adik-beradik kita ini ada yang rasa tidak puas hati, keliru. Sudahlah keliru dalam rumah kita, dijemput orang lain datang lagi bertambah keliru,” katanya.

Tambahnya, sekiranya hubungan antara Pemuda UMNO sudah pulih, tiada maslah untuk sayap itu mengajak parti sayap lain dalam kerajaan perpaduan bersama-sama dalam PAU tahun depan.

Sebelum ini, Asyraf Wajdi memaklumkan kesemua presiden parti komponen kerajaan perpaduan akan menghadiri PAU 2023.

Media turut melaporkan, Asyraf menafikan dakwaan bahawa Pemuda UMNO tidak menjemput rakan sayap parti lain di bawah kerajaan perpaduan.

“Biasanya sayap masing-masing akan ikut telunjuk cabang utama. Jadi, jika UMNO sendiri yang jemput parti-parti dalam kerajaan perpaduan maka mereka akan mengikutinya,” ujarnya.

PAU 2023 akan membuka tirai pada 7 hingga 10 Jun ini di Pusat Dagangan Dunia (WTC) Kuala Lumpur.

Berita berkaitan
Saman fitnah: Rayuan Jamal ditolak, perlu bayar RM300 ribu kepada Kok
March 27, 2024· Isu semasa
Dewan Rakyat: Usul gantung Wan Saiful ditarik balik
March 5, 2024· Politik
DAP semakin berani disebabkan UMNO hanya ‘penumpang’ dalam kerajaan
February 13, 2024· Politik
Isu RM750 juta, PAS minta PMX beri penjelasan jangan melulu buat tuduhan
January 10, 2024· Politik
Popular
Rafizi balas kecaman Puad, ‘dia saja seorang bising’
March 27, 2024
Zahid tiada ciri ketua kerajaan untuk jadi Perdana Menteri
April 13, 2021
Ketua Bahagian Tanjung Piai sahkan ikut PM ke UNGA di Amerika, Mat Maslan nafi
September 13, 2022
PRU-15: Perutusan Khas Muhyiddin
November 18, 2022
Lagi Politik terkini
Rafizi balas kecaman Puad, ‘dia saja seorang bising’
March 27, 2024 · Politik
Selepas Zahid, Isa Samad juga dibebas daripada tuduhan rasuah RM3 juta
March 6, 2024 · Politik
Anwar patut jawab kejatuhan ringgit bukan orang lain, kata Ahli Parlimen
March 5, 2024 · Politik
Sekarang rakyat cakap balik kepada Tambun, ‘Hang yang tak reti jaga negeri’
March 5, 2024 · Politik
NGO bidas kerajaan perkenal kod etika, dakwa cuba sekat media
February 21, 2024 · Politik
Video / Foto
[VIDEO] Mahathir dakwa SPRM ugut Mirzan untuk dakwa dirinya
January 22, 2024
[VIDEO] Siasat saya senang, yang susah siasat PM sebab ada kuasa, kata Mahathir
January 22, 2024

Agenda Daily

Berita tepat dan menyeluruh.

Umum

Tentang kami

Hubungi kami

Penafian

Sosial media

Facebook

Twitter

Youtube

Instagram

TikTok