“Patut saya pecat semua menteri” – Ismail Sabri

October 17, 2022 · Politik

Perdana Menteri sementara, Datuk Seri Ismail Sabri Yaakob berseloroh beliau mungkin telah membuat kesilapan dengan tidak memecat semua menteri di Kabinet yang menentang keputusannya membubarkan Parlimen sebelum ini.

Kenyataan itu jelas merujuk kepada 12 menteri Perikatan Nasional (PN) yang menulis surat kepada Yang di-Pertuan Agong yang menyatakan bantahan pembubaran Parlimen bagi memberi laluan kepada Pilihan Raya Umum ke-15 (PRU-15) tahun ini.

Namun Naib Presiden UMNO itu berkata keperibadian beliau tidak ‘membenarkan’ beliau bertindak sedemikian.

“Saya beritahu mereka jika kamu semua tak setuju saya bubarkan saja Kabinet ini, pecat semua orang…pun saya boleh buat. Silap patut saya pecat saja semua sekali.

“Tapi saya tidaklah seperti itu. Saya orangnya baik, lemah lembut, bukan lembut ya,” katanya yang disambut sorakan penyokongnya ketika berucap di Kompleks UMNO Bagan Datuk, Perak, hari ini (17 Oktober 2022).

Ismail Sabri berkata sebelum pembubaran itu, beliau sendiri telah membangkitkan isu berkenaan dalam dua mesyuarat Kabinet – kononnya untuk memberi pengetahuan langsung kepada rakan-rakannya dalam kerajaan.

“Saya bawa dua kali dalam Kabinet. Tentu sahaja pandangan berbeza tetapi saya bawa ke dalam Kabinet supaya Kabinet tahu niat saya untuk bubarkan Parlimen. Memanglah ada pelbagai pandangan tapi akhirnya saya buat keputusan.

“Mesyuarat Kabinet terakhir saya beritahu, biarlah walau kita bertembung dalam pilihan raya. Hubungan sesama manusia mesti dikekalkan. Kita tak perlu berperang sampai berpatah arang.

“Saya sudah beri isyarat pada hari terakhir itu iaitu pagi sebelum bajet dibentangkan. Saya sudah beritahu,” katanya.

Untuk rekod, Ismail Sabri mengangkat sumpah sebagai Perdana Menteri pada 21 Ogos 2021 setelah mendapat sokongan 50 ahli Parlimen parti gabungan PN iaitu 31 daripada Bersatu; PAS (18); dan STAR (satu), serta empat Bebas.

Ketika menjadi Perdana Menteri kelapan, Tan Sri Muhyiddin Yassin turut melantik Ismail Sabri sebagai menteri dan Timbalan Perdana Menteri, sebelum 15 ahli Parlimen parti itu diketuai presidennya Datuk Seri Ahmad Zahid Hamidi, menjatuhkan kerajaan PN.

 

Malaysia Memilih
Semak keputusan PRU15
Berita berkaitan
Mana suara DAP, kini sokong cara UMNO kempen beri habuan? soal Tuan Ibrahim
2 minit lalu· Politik
Perkahwinan politik PH-BN, UMNO mendapat laba besar dan DAP perlu akur
2 jam lalu· Politik
Mesej jelas rakyat tolak kerajaan campuran dan Kabinet kleptokrat: Azman
2 jam lalu· Politik
Perikatan Nasional rampas kubu kuat PH di Padang Serai, peroleh 16 ribu lebih majoriti
13 jam lalu· Politik
Popular
Keputusan PRU Parlimen Padang Serai, DUN Tioman penentu landskap politik negara
December 7, 2022
Perikatan Nasional rampas kubu kuat PH di Padang Serai, peroleh 16 ribu lebih majoriti
December 7, 2022
Walaupun bergabung dengan PH, calon BN menang dengan majoriti tipis
December 7, 2022
Kalau nak korek… korek semualah, kata Shahidan pada Anwar
December 7, 2022
Lagi Politik terkini
Tanda rakyat tolak penipuan kerajaan campuran PH-BN, kata Muhyiddin
2 jam lalu · Politik
MIC tolak kerusi timbalan menteri ditawar Anwar
13 jam lalu · Politik
Walaupun bergabung dengan PH, calon BN menang dengan majoriti tipis
14 jam lalu · Politik
Kalau nak korek… korek semualah, kata Shahidan pada Anwar
17 jam lalu · Politik
Dana judi: Anwar cuba bina persepsi negatif terhadap Perikatan Nasional
19 jam lalu · Politik
Video / Foto
[VIDEO] Satu lagi laporan polis dakwa Anwar ligat fitnah Perikatan
20 jam lalu
[VIDEO] Laporan polis dakwa Anwar fitnah Perikatan dibiayai syarikat judi
December 7, 2022

Agenda Daily

Berita tepat dan menyeluruh.

Umum

Tentang kami

Hubungi kami

Penafian

Sosial media

Facebook

Twitter

Youtube

Instagram

TikTok