PAT Bersatu 2022 mulai 3 – 5 Mac

January 20, 2023 · Politik

Bersatu akan mengadakan Perhimpunan Agung Tahunan (PAT) 2022 mulai 3 hingga 5 Mac depan selaras dengan Fasal 12.2 Perlembagaan parti itu, kata Setiausaha Agungnya Datuk Seri Hamzah Zainudin.

Tarikh PAT 2022 itu diputuskan dalam mesyuarat Majlis Pimpinan Tertinggi (MPT) yang diadakan 19 Januari lalu.

Sehubungan itu katanya MPT juga menetapkan tarikh bagi persidangan cawangan, bahagian dan PAT adalah seperti berikut:

i. Persidangan Cawangan 2023 : 1 Julai 2023 – 31 Ogos 2023

ii. Persidangan Sayap-Sayap Bahagian 2023 : 7 Oktober 2023

iii. Persidangan Bahagian 2023 : 21 Oktober 2023

iv. Perhimpunan Agung Tahunan : 23 November 2023 – 25 November 2023

Beliau berkata pemilihan bagi Ahli Jawatankuasa (AJK) Cawangan, Bahagian dan Ahli MPT bagi penggal yang baharu akan diadakan pada tarikh-tarikh seperti di atas selaras dengan Perlembagaan Parti.

“MPT Bersatu juga telah membincangkan laporan post-mortem keputusan Pilihan Raya Umum Ke-15 lalu dan strategi parti bagi menghadapi Pilihan Raya Negeri (PRN) akan datang,” katanya dalam kenyataan hari ini (20 Januari 2023).

Berita berkaitan
Dicabar dedah penyata akaun, DAP kata enggan layan cabaran Bersatu
19 jam lalu· Politik
Tindakan beku akaun Bersatu, DAP paling suka lihat parti Melayu ditindas?
February 5, 2023· Politik
Armada cabar juga PKR dan DAP dedah perbelanjaan mewah semasa berkempen
February 4, 2023· Politik
MP DAP gesa SPRM teruskan beku akaun Bersatu, sama seperti UMNO dulu
February 4, 2023· Politik
Popular
KJ, Annuar, Noh bakal sertai PAS?
February 7, 2023
PH, BN bergabung hadapi PRN
February 8, 2023
Sertai Bersatu, tawan Selangor atau Negeri Sembilan, KJ boleh jadi MB
February 8, 2023
MT tolak maklumat agensi kata UMNO kalah jika PRU-15 awal
February 8, 2023
Lagi Politik terkini
Dulu lantang kini diam, MUDA bidas pemimpin PH isu kapal tempur
34 minit lalu · Politik
MUDA kecil hati tak dijemput ke mesyuarat di pejabat UMNO, tapi logo di poster ada
1 jam lalu · Politik
Kerajaan UMNO-DAP Pahang teruskan agenda ‘dendam politik’
1 jam lalu · Politik
MT tolak maklumat agensi kata UMNO kalah jika PRU-15 awal
2 jam lalu · Politik
Polis langgar undang-undang tolak aduan wanita seluar pendek: ADUN DAP
4 jam lalu · Politik
Video / Foto
[VIDEO] Kedah buru sindiket jual tanah, penerima geran jangan tamak
7 jam lalu
[VIDEO] 505 peneroka Pendang akan terima geran tanah
9 jam lalu

Agenda Daily

Berita tepat dan menyeluruh.

Umum

Tentang kami

Hubungi kami

Penafian

Sosial media

Facebook

Twitter

Youtube

Instagram

TikTok