PASLeaks tak jejas imej PAS: Hadi Awang

April 29, 2022 · Politik

PAS yakin isu penyebaran dokumen ‘PASLeaks’ tidak akan menjejaskan imej parti tersebut, kata Presidennya, Tan Sri Abdul Hadi Awang.

Beliau berkata sehingga kini, PAS sentiasa menerima pertambahan ahli baharu.

“Sehingga hari ini, tiap-tiap bulan kita terima ahli baharu. Tidak kurang dari 1,000 ahli baharu, kadang-kadang 2,000, 4,000 pun ada ahli baharu,” katanya ketika ditemui pemberita selepas menyampaikan kuliah dhuha mingguan di Masjid Rusila di sini hari ini.

Ahli Parlimen Marang itu juga berkata hubungan antara pemimpin PAS dengan pemimpin UMNO juga tidak tergugat disebabkan penyebaran dokumen tersebut.

Sebelum ini, tular menerusi media sosial beberapa keratan dokumen didakwa minit mesyuarat PAS yang mempunyai pelan atau gerak kerja parti itu untuk menjatuhkan UMNO dan Barisan Nasional (BN).

Ketua Polis Kuala Lumpur Datuk Azmi Abu Kassim dilaporkan berkata polis sudah memulakan siasatan terhadap kes berkenaan dan akan memanggil semua ahli politik disebut dalam minit mesyuarat yang tular itu.

Dalam perkembangan lain, Abdul Hadi sekali lagi menegaskan PAS tidak akan menyertai kerjasama politik atau ‘khemah besar’ yang dilapor dicadangkan pemimpin pembangkang tertentu untuk menghadapi BN pada Pilihan Raya Umum Ke-15 (PRU15) akan datang.

Jelasnya, PAS akan terus mempertahankan agenda perpaduan ummah dengan hanya bekerjasama dengan parti-parti terbesar orang Islam iaitu Bersatu dan UMNO, selain badan-badan bukan kerajaan Islam dan kumpulan serta parti bukan Islam yang tidak ekstrem.

“Kita tidak ikut khemah kerana dalam khemah itu ada ‘tikus’, ‘kucing’, ada macam-macam. Segalanya ada dalam khemah itu,” katanya.

Berita berkaitan
Minda Presiden PAS: Kaum Cina dan India jangan tertipu oleh DAP
June 7, 2023· Rencana
PMX kata tak tahu berhubung dakwaan tawaran kepada PAS
May 30, 2023· Politik
Hadi ucap tahniah atas kemenangan Erdogan
May 29, 2023· Isu semasa
Rafizi kata tak tahu wujud tawaran kepada PAS sertai kerajaan campuran
May 28, 2023· Politik
Popular
PAU bukan lagi bincang hal orang Melayu, tapi pujuk ahli sokong DAP
June 8, 2023
Pemuda UMNO menangis selepas beri Najib Anugerah Tokoh Pemuda
June 8, 2023
UMNO bukan lagi dominan boleh bertanding semua kerusi: Noraini
June 8, 2023
Puteri dan Wanita UMNO jemput pemimpin DAP, Pemuda kekal pendirian
June 8, 2023
Lagi Politik terkini
Anak harap usaha bebaskan Najib tidak dilupakan
June 8, 2023 · Politik
Pemuda UMNO tuntut DAP mohon maaf, Zahid kata tak perlu
3 jam lalu · Politik
Zahid ucap selamat maju jaya untuk ‘warlord’ UMNO mahu sertai PN
4 jam lalu · Politik
Pemuda UMNO menangis selepas beri Najib Anugerah Tokoh Pemuda
5 jam lalu · Politik
Kenapa DAP minta maaf kepada GPS boleh, tapi UMNO tak boleh? soal Akmal
6 jam lalu · Politik
Video / Foto
[VIDEO] Pemuda menangis teruk Najib dapat anugerah
3 jam lalu
[VIDEO] Gelombang sudah ada, PN tetap usaha menang PRN enam negeri
20 jam lalu

Agenda Daily

Berita tepat dan menyeluruh.

Umum

Tentang kami

Hubungi kami

Penafian

Sosial media

Facebook

Twitter

Youtube

Instagram

TikTok