PAS yakin Perikatan Nasional tadbir negara, rampas Perlis

November 20, 2022 · Politik

PAS yakin Perikatan Nasional akan membentuk Kerajaan Persekutuan, manakala kerajaan Perlis pula dirampas daripada Barisan Nasional (BN), berdasarkan keputusan tidak rasmi Pilihan Raya Umum Ke-15 (PRU-15).

Presiden PAS Tan Sri Abdul Hadi Awang dalam sidang medianya sebentar tadi berkata, PAS bersama rakan dalam Perikatan Nasional akan berusaha menunaikan segala tawaran yang telah dijanjikan dalam manifesto PRU-15.

“Saya mewakili Pas ingin mengucapkan jutaan terima kasih kepada semua pengundi yang telah meletakkan kepercayaan kepada PAS dan rakan gabungan dalam Perikatan Nasional, terutamanya pengundi muda, pengundi awal dari pelbagai kaum dan latar belakang,” katanya pada sidang media malam ini.

Tambahnya lagi, PAS akan berbincang dengan rakan dalam Perikatan Nasional selepas ini bagi menghadapi cabaran seterusnya iaitu Pilihan Raya Negeri (PRN).

Namun jelas beliau, Perikatan Nasional akan mempertimbangkan segala keadaan semasa termasuk risiko banjir yang dihadapi sebelum memutuskanya.

Sementara itu, keputusan tidak rasmi menunjukkan Perikatan Nasional melepasi majoriti mudah untuk membentuk kerajaan negeri di Perlis selepas mendahului 10 kerusi DUN setakat ini.

Malaysia Memilih
Semak keputusan PRU15
Berita berkaitan
Tanda rakyat tolak penipuan kerajaan campuran PH-BN, kata Muhyiddin
2 jam lalu· Politik
Mesej jelas rakyat tolak kerajaan campuran dan Kabinet kleptokrat: Azman
2 jam lalu· Politik
Perikatan Nasional rampas kubu kuat PH di Padang Serai, peroleh 16 ribu lebih majoriti
12 jam lalu· Politik
Walaupun bergabung dengan PH, calon BN menang dengan majoriti tipis
13 jam lalu· Politik
Popular
Keputusan PRU Parlimen Padang Serai, DUN Tioman penentu landskap politik negara
December 7, 2022
Perikatan Nasional rampas kubu kuat PH di Padang Serai, peroleh 16 ribu lebih majoriti
December 7, 2022
Walaupun bergabung dengan PH, calon BN menang dengan majoriti tipis
December 7, 2022
Kalau nak korek… korek semualah, kata Shahidan pada Anwar
December 7, 2022
Lagi Politik terkini
Perkahwinan politik PH-BN, UMNO mendapat laba besar dan DAP perlu akur
59 minit lalu · Politik
MIC tolak kerusi timbalan menteri ditawar Anwar
12 jam lalu · Politik
Kalau nak korek… korek semualah, kata Shahidan pada Anwar
16 jam lalu · Politik
Dana judi: Anwar cuba bina persepsi negatif terhadap Perikatan Nasional
18 jam lalu · Politik
Hairan macam mana Anwar boleh lantik orang ada kes mahkamah: Dr Mahathir
18 jam lalu · Politik
Video / Foto
[VIDEO] Satu lagi laporan polis dakwa Anwar ligat fitnah Perikatan
19 jam lalu
[VIDEO] Laporan polis dakwa Anwar fitnah Perikatan dibiayai syarikat judi
December 7, 2022

Agenda Daily

Berita tepat dan menyeluruh.

Umum

Tentang kami

Hubungi kami

Penafian

Sosial media

Facebook

Twitter

Youtube

Instagram

TikTok