PAS tidak boleh dijadikan rumah tumpangan politik: Hadi

May 17, 2023 · Politik

Tan Sri Abdul Hadi Awang menyatakan pendirian PAS tidak boleh dijadikan rumah tumpangan politik demi semata-mata kepentingan pihak tertentu yang mahu mempergunakan mereka untuk mendapatkan sokongan.

Kenyataan Presiden PAS itu selepas veteran DAP, Lim Kit Siang yang mencadangkan supaya mereka menyertai kerajaan campuran yang diketuai Perdana Menteri Datuk Seri Anwar Ibrahim baru-baru ini dan meninggalkan Perikatan Nasional (PN).

“Maka, PAS tidak boleh dijadikan rumah tumpangan politik sementara waktu atau laksana bola yang boleh ditendang oleh pihak lain dengan mudah atau untuk berniaga politik dengan janji pangkat, harta dan takhta,” katanya dalam satu kenyataan hari ini.

Menurut Hadi, PAS mengadakan kerjasama dengan pihak lain atas titik persamaan kemanusiaan dan keadilan kepada semua tanpa melanggar sempadan prinsip Islam dan konsep yang menjadi kewajipan PAS.

“Apabila ada pihak yang melanggar dasar PAS atau memaksa PAS keluar daripada landasan Islam atau melanggar konsep yang wajib seperti kewajipan menegakkan negara Islam atau konsep amar ma‘ruf dan nahi munkar atau ancaman terhadap Islam dan penganutnya oleh pihak lain, maka PAS tidak teragak-agak membatalkan kerjasama atau keluar daripada pakatan politik tersebut.

“Sikap PAS pula tidak jumud tanpa perubahan apabila berlakunya perubahan sikap dan keadaannya. Maka, ada parti yang berulang kali berhubung dan memutuskan hubungan dengan PAS.

“PAS lebih mengutamakan sikap berkebajikan terhadap semua pihak, termasuk terhadap mereka yang pernah bermusuh atau sedang bermusuh atau paling bermusuh, kerana pendekatan tersebut menjadi salah satu cara untuk memperkenalkan Islam kepada pihak lain yang menjadi kebajikan terbaik,” ujarnya lagi.

Berbeza dengan pentadbiran mana-mana kerajaan, Hadi berkata PAS juga tidak mengamalkan sikap politik berdendam.

“PAS melaksanakan kewajipannya dengan penuh kesabaran dan tanpa menyimpan dendam, apabila berada dalam kerajaan pusat dan ketika memerintah kerajaan negeri yang dapat disaksikan oleh ramai kalangan.

“Sebaliknya, PAS pula menjadi sasaran pihak lain yang menipu, menyekat dan menentangnya secara terbuka dan bersembunyi. Namun begitu, PAS tidak sekali-kali membalas dendam apabila berkuasa.

“Sebaliknya, PAS dihalang daripada berkuasa mengikut prinsip Perlembagaan Persekutuan atau demokrasi dalam keadaan tekanan antarabangsa menghalang kemaraan Islam yang diwarnakan hijau melalui demokrasi yang bersikap ‘double standard’,” ujarnya lagi.

Berita berkaitan
PN hantar 3 soalan untuk Anwar jawab di Parlimen
2 jam lalu· Isu semasa
PRN: Bersih gesa SPR buka permohonan undi pos segera
6 jam lalu· Politik
Zahid bawa UMNO tumpang rezeki DAP: Wan Saiful
6 jam lalu· Politik
DAP dan PKR dijemput ke Perhimpunan Agung UMNO, kata Asyraf Wajdi
6 jam lalu· Politik
Popular
Proklamasi Orang Melayu: Tun M disiasat polis
June 2, 2023
Dr M sedia bekerjasama dengan Muhyiddin tapi tidak dengan Anwar
June 1, 2023
Muhyiddin sedia kerjasama semula dengan Tun M
June 2, 2023
DAP dan PKR dijemput ke Perhimpunan Agung UMNO, kata Asyraf Wajdi
June 2, 2023
Lagi Politik terkini
Bukan korek cerita lama, mahu harta rakyat dipulangkan: PMX
June 2, 2023 · Politik
Proklamasi Orang Melayu: Tun M disiasat polis
4 jam lalu · Politik
PN boleh tawan Selangor dengan formula satu lawan satu
4 jam lalu · Politik
Aysraf tegur Puad kritik Rafizi
4 jam lalu · Politik
Muhyiddin sedia kerjasama semula dengan Tun M
6 jam lalu · Politik
Video / Foto
[VIDEO] Perikatan Nasional tak serang peribadi saya macam PH-UMNO
23 jam lalu
[VIDEO] Khairy akan bertemu Muhyiddin dalam masa terdekat
June 1, 2023

Agenda Daily

Berita tepat dan menyeluruh.

Umum

Tentang kami

Hubungi kami

Penafian

Sosial media

Facebook

Twitter

Youtube

Instagram

TikTok