PAS tidak ajar ahli ‘kafir-mengkafir’ orang lain

August 6, 2023 · Politik

KetuaPemuda PAS, Ahmad Fadhli Shaari menegaskan pimpinan parti tidak pernah mengajar ahlinya untuk ‘kafir-mengkafirkan’ orang lain seperti didakwa.

Terdahulu, tular satu video di media sosial menunjukkan kehadiran seorang wanita menemui pengundi ketika berkempen bagi calon Barisan Nasional namun tidak disambut baik penduduk setempat.

Dalam video itu, seorang wanita warga emas memberitahu dia tidak mahu mengundi UMNO kerana ‘akan kafir sampai kiamat’.

“Apa yang disebutkan itu adalah peribadi yang tidak pernah diajar atau diterapkan khususnya kepada PAS hari ini mungkin ia berlaku dalam 20-30 tahun lepas wallahualam. Tapi kami Pemuda membesar dalam situasi tidak melabelkan mana-mana orang sebagai kafir secara mutlak atau orang itu ke neraka atau ke syurga.

“Kalau nak sebut soal syurga neraka, kenapa tidak diambil kenyataan menteri PH sebelum ini yang menyebut penyatuan UMNO-PAS adalah perlumbaan ke neraka?,” kata Fadhli dalam satu klip video dimuat naik di akaun Facebook, hari ini.

Beliau merujuk kepada kenyataan Datuk Seri Dr Mujahid Yusof Rawa ketika menjawat sebagai Menteri di Jabatan Perdana Menteri (Hal Ehwal Agama) pada 2019 yang menggambarkan penyatuan ummah antara UMNO dan PAS sebagai ‘perlumbaan ke neraka.’

Mengulas lanjut, Fadhli yang juga Ahli Parlimen Pasir Mas berkata sekiranya amalan label-melabel itu masih wujud, ia perlu diperbetulkan.

“Agama itu adalah nasihat. Jadi menasihati orang lain supaya tidak terjerumus ke dalam neraka dan tidak melakukan kejahatan, itu intipati agama, bukan melabel kafir dan sebagainya.

“Kalau ada lagi berlaku yang demikian, saya harap supaya perkara ini dapat diperbetulkan, tidak ada lagi label-melabel,” katanya.

Dalam pada itu, beliau turut berkongsi kenyataan Presiden PAS, Tan Sri Abdul Hadi Awang sebelum ini berkait syurga dan neraka di mana jelasnya, hanya ALLAH SWT yang layak untuk menentukan sama ada manusia ke syurga atau neraka, bukannya manusia.

Kata Abdul Hadi lagi, manusia dilarang untuk terus menghukum hanya kerana segelintir daripadanya tidak mengetahui atau jahil terhadap sesuatu perkara sebaliknya kita perlu saling menasihati antara satu sama lain.

Berita berkaitan
Kerajaan tidak lagi diyakini rakyat, gagal tangani permasalahan: Tun Faisal
3 jam lalu· Politik
PAS bidas Tok Mat reka naratif palsu, ingatkan sumpah “No Anwar, No DAP”
16 jam lalu· Politik
Orang PJ dan Shah Alam makan beras import, tak mahal sangat: Mat Sabu
October 2, 2023· Isu semasa
Siarkan pendengaran di Parlimen kes Zahid secara langsung, gesa NGO
October 2, 2023· Politik
Popular
PAS bidas Tok Mat reka naratif palsu, ingatkan sumpah “No Anwar, No DAP”
October 2, 2023
Saya tidak kata Vincent Tan korup, kata Sanusi dalam pembelaan kes saman
October 2, 2023
Permohonan arah Anwar kemuka dokumen dalam saman fitnah oleh Dr M ditolak
October 2, 2023
Kerajaan tidak lagi diyakini rakyat, gagal tangani permasalahan: Tun Faisal
October 3, 2023
Lagi Politik terkini
Saya tidak kata Vincent Tan korup, kata Sanusi dalam pembelaan kes saman
16 jam lalu · Politik
Permohonan arah Anwar kemuka dokumen dalam saman fitnah oleh Dr M ditolak
23 jam lalu · Politik
Exco Kedah sangkal dakwaan larangan seluar pendek, jual arak kepada bukan islam di Langkawi
October 1, 2023 · Politik
Spekulasi tukar kementerian, Zahid tak nafikan bakal ada rombakan Kabinet
October 1, 2023 · Politik
Buat kali pertama, DUN Terengganu bersidang tanpa pembangkang
October 1, 2023 · Politik
Video / Foto
[VIDEO] DAP mahu kerajaan ‘brainwash’ penjawat awam sebab tak undi parti kerajaan
October 2, 2023
[VIDEO] PH hipokrit, menang undi bukan Melayu dengan janji palsu
October 1, 2023

Agenda Daily

Berita tepat dan menyeluruh.

Umum

Tentang kami

Hubungi kami

Penafian

Sosial media

Facebook

Twitter

Youtube

Instagram

TikTok